
Sesetengah antara kita kalau dapat makan kerabu sudah cukup lengkap baginya. Tanpa perlu lauk pauk penuh semeja, sudah mampu membuatkan makan bertambah.
Apatah lagi diakui menyediakan kerabu tidaklah susah dan buat yang belum mencuba, apa kata kali ini sediakan menu ringkas dan enak ini untuk dirasa bersama seisi keluarga.
Bahan-bahan yang digunakan mudah dan yang penting sedap rasanya. Selamat mencuba.
Resepi Kerabu Kerang Taugeh
Bahan-bahan
1 mangkuk taugeh ( celur sekejap)
5 biji kacang botol ( saya xda stok pakai kacang panjang je)
1 biji bawang besar ( mayang)
5 biji cili padi
1 batang bunga kantan ( hiris nipis)
1 genggam udang kering
1/2kg isi kerang rebus
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa
Cara2
1.Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula Dan garam serta kerisik gaul sebati..
2. Satu kan semua bahan dalam bekas Dan gaul rata, rasa dan boleh lah ejas rasa mengikut selera masing2..
Selamat mencuba…
Sumber : Nor Khomariah Norrohman via MAHN
Siapkan Stok Sabun Khas Cuci Baju Sekolah. Confirm Putih Bersih. Ibu-ibu Boleh Tiru Cara Ni!

Kalau dikira-kira sudah setengah tahun anak-anak kita bersekolah, cuba lihat baju sekolah mereka. Masih putih bersih atau sudah berubah menjadi kelabu asab?
Jadi untuk pastikan cucian pakaian sekolah anak-anak bersih seputihnya, bolehlah mencuba teknik yang dipraktiskan oleh Mama Liesyah ini.
Mama liesyah mau kongsi sikit pada ibu-ibu yang selalu ada delima baju sekolah anak kotor dan hitam..ni ada cara mau bagi bersih dan sentiasa nampak baru dan putih..viral kan hari tu sabun dan cara ni..bahan dan caranya seperti di gambar.. semoga bermaanfaat buat semua ibu-ibu..
Bahan-bahan yang diperlukan :
Sabun Mandi
Penyagat
Bekas berpenutup
Cara penggunaan :
1. Rendam semalaman baju sekolah dengan air dan sabun yang telah disagat.
2. Masukkan ke dalam mesin basuh, campurkan dengan sedikit sabun cuci kain biasa.
3. Cuci seperti biasa dan bilas dengan pelembut fabrik.
4. Kemudian bilas sekali lagi dengan air nila Ujala. Hasilnya baju seperti baru.
Sumber : Ejah Ziah Roslan
Kobis & Sayuran Lain, Penyeri Laman Rumah! Ibu Ni Kongsi Tip Menanamnya Dengan Mudah.

Setiap orang ada hobinya yang tersendiri, begitu juga buat Puan Nur Allia Zahra ini yang mempunyai minat dan kecintaan pada aktiviti bercucuk tanam di laman rumah. Usahanya itu, turut dikongsikan di lama fb hingga pernah mencetuskan viral dek kerana lamannya yang dihijaukan dengan sayur-sayuran khususnya kobis. Jadi apa kata kita kenali wanita ini dan cungkil rahsia menanam kobis daripadanya. Jom semak.
Minat berkebun
Timbul minat sejak sekolah, saya ambil aliran sains pertanian masa tingkatan 1 lagi dan keluarga saya memang dari dulu bercucuk tanam.
Saya pilih kobis sebagai hiasan laman sebab ia pokok lasak dan tahan panas. Bertepatan juga di tempat saya, iaitu di Felda Bukit Tongkat Kluang, Johor ni ada masuk pertandingan keceriaan antara felda-felda 1malaysia bertahun dulu. Jadi saya cuba hias laman dengan pokok kobis.
Jadi tidak sangka pula rumah saya pernah viral dalam group-group kecil di Johor. Ramai yang datang buat lawatan dan selfie di laman kediaman saya.
Bahagikan masa
Rutin harian saya sedikit berbeza, umumnya semua kerja rumah diurus pada waktu malam. Bab basuh kain, lipat kain, membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya dilakukan pada waktu malam. Manakala waktu siang kerja saya hanya sibuk di luar rumah. Mengurus semua tanaman sambil-sambil uruskan anak-anak dan memasak.
Sebenarnya saya tidak ada niat pun untuk jual apa-apa hasil tanaman saya. Ianya saya anggap bonus saja, sedekah dan kalau ada permintaan dari kedai saya hantar dan duitnya saya sedekah dekat anak-anak.
Urus Sendiri
Mula-mula saya urus sendiri laman sebab saya dengan suami ‘pjj’, anak-anak ada juga membantu. Pun begitu sejak-sejak kebelakangan ni suami ada bantu juga bila dia bercuti.

Dan hari ni saya nak share cara saya semai kobis sampai saya berjaya tuai kesemuanya.
Pertama sekali proses semai saya guna tanah biasa campur tanah hitam sawit campur sabut kelapa, gaul sebati. Basahkan sebasah basahnya media tu, gembur, tabur biji kobis. Biarkan media ditempat teduh 100%.
Biji benih akan cambah seawal 1 hari atau 2..3 hari..tahap ni perhatikan setiap masa kerana siput halus dan belalang mudah serang anak pokok.
Bila anak pokok naik, dia akan naik secara melentok. Jangan melatah, biarkan saja naiknya begitu. Tunggu batangnya keras sikit dan punya daun 4 helai atau 5 helai dah boleh pindahkan ke dalam polibag besar saiz 18 (berat media mungkin dlm 7kg+ 1polibag)
Dalam polibag media tidak sama macam media semai…dalam polibag cuma guna tanah biasa gaul rata dengan tanah hitam sawit..Tak ada tanah sawit pun tak apa, guna tanah hitam biasa..pindahkan anak pokok kobis yang naik melentok tu tanam dalam-dalam sikit, jangan tanam bahagian akar saja, tanam sekali bahagian batang yang naik melentok tu…biar dia membesar tegak dan kukuh.
Lepas pindahkan ke dalam polibag tunggu pokok nampak hidup dan kuat baru bubuh baja gemuk. Bila pokok dah besar tapak tangan, susun semua derect panas tak nak selindung-selindung redup, tak nak teduh-teduh pokok atau apa pun yang reduplah. Tindak balas media, baja, matahari adalah kesempurnaan yang bagus. Pokok akan naik sama saiz seperti dalam gambar saya…keseluruhan gambar adalah laman saya sendiri…dah masuk 5 musim saya semai dan tuai..baja gemuk seminggu sekali ye, saya guna yaramila 16…racun saya guna brogard untuk elak belalang, siput dan ulat ratus…tapi biasanya pokok kobis saya rosak dicubit-cubit daunnya sama anak kecik saya saja…hahaha…
Di harap ada sedikit info yang boleh membantu anda dalam post saya kali ni…
sumber : Nur Allia Zahra
Praktis 7 Cara Bijak Ini Jika Mahu Jimatkan Bil Elektrik Setiap Bulan Walaupun Guna Aircond, . Ibu-Ibu Patut Cuba !

Cuaca panas yang berterusan menjadikan penyaman udara atau ‘air conditioner’ bagaikan suatu ‘keperluan’ pada pada kediaman masa kini.
Namun cara penggunaan penyaman udara yang tidak bijak boleh menyumbang kepada pembaziran elektrik sekaligus meningkatkan bayaran bil setiap bulan.
Agar tidak pening kepala melihat bil elektrik setiap bulan, berikut adalah langkah bijak yang perlu dilakukan jika anda menggunakan penyaman udara di rumah.
1. Tutup Suis Utama
Tutup suis utama setiap kali menutup suis aircond. Tabiat menutup suis utama nampak seperti tiada beza tetapi tahukah anda bahawa dengan melakukan ini, anda telah jimat 10% dari jumlah penggunaan elektrik di rumah!
Walaupun anda telah menutup penghawa dingin menggunakan alat kawalan jauh tetapi tidak menutup suis utama, tenaga untuk siap sedia masih lagi menggunakan elektrik tanpa anda sedari.
2. Set Masa
Gunakan pemasa (mod tidur) untuk menutup penghawa dingin anda secara automatik selepas beberapa jam apabila bilik telah sejuk atau selepas kita tidur. Anda boleh ON untuk satu atau dua jam kemudian tutup secara automatik dan gunakan kipas.
Tengah malam lebih sejuk, jadi anda tidak perlu menggunakan penyaman udara. Ketika kita tidur, suhu badan kita sebenarnya akan menurun dan pada masa tersebut, kita tidak perlukan persekitaran yang sejuk. Penyaman udara lebih diperlukan untuk memberi keselesaan ketika kita hendak tidur.
3. Tetapan Suhu
Set penyaman udara pada mode ‘Dry’.Tetapkan suhu pada 24°C atau lebih. 24°C ialah suhu yang selesa. Untuk makluman, kompresor penyaman udara akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak apabila bekerja untuk menyejukkan udara di bawah suhu 24°C.
Apabila anda tetapkan pada suhu 24°C, kompressor akan berhenti apabila telah suhu bilik telah mencapai suhu tersebut dan akan berfungsi kembali ketika suhu bilik lebih panas. Anda jimat elektrik bila kompressor tidak digunakan. Dalam kata lain, semakin rendah tetapan suhu, semakin tinggi penggunaan elektrik.
Elakkan daripada melaraskan suhu penyaman udara di tahap terendah, iaitu 16 atau 18 darjah celcius. Sebolehnya selaraskan ia sekitar 23-25 darjah celcius sahaja mengikut keperluan. Setiap 1 darjah celcius penurunan suhu telah meningkatkan 10% penggunaan elektrik anda.
4. Gunakan Kipas
Gunakan penyaman udara bersama kipas. Buka kipas dan pintu/tingkap untuk mengeluarkan udara panas dari dalam bilik kemudian barulah gunakan penyaman udara (pastikan untuk menutup pintu dan tingkap terlebih dahulu).
5. Bersihkan Atau Tukar Penapis Penyaman Udara Setiap Bulan
Menyelenggara sistem penghawa dingin anda adalah kritikal dalam memastikan ia berfungsi dengan baik. Sistem yang tidak diselenggara dengan baik menggunakan 10 hingga 30 peratus lebih tenaga dan jangka hayat lebih pendek.
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit anda, menggunakan elektrik lebih banyak dan kos yang lebih tinggi.
6. Jadualkan Penyelenggaraan Tetap Untuk Penyaman Udara Anda
Servis unit penyaman udara anda jika ia meniupkan udara panas. Anda perlukan penyaman udara untuk udara yang sejuk, bukan peniup udara panas. Jika ia tidak berfungsi dengan baik, ia tidak menjimatkan kos. Anda masih membayar bil elektrik tetapi tidak dapat apa yang anda bayar.
7. Beli penyaman udara yang ada logo Energy Star
Tukar penyaman udara yang lebih 10 tahun, kerana penyaman udara yang terlebih usia tidak lagi beroperasi dengan elok. Dengan kata lain, elektrik guna banyak, tapi bilik tak sejuk pun!
Beli penyaman udara yang memiliki logo Energy Star, logo ini menunjukkan barang elektrik tersebut lebih menjimatkan dan lebih cekap dalam penggunaan elektrik.
Jadilah pengguna yang bijak!