Bila sebut pasal kerabu, bagi la jenis apa pun sememangnya boleh menaikkan nafsu makan tau! Dari tak lapar, terus rasa lapar bertambah-tambah nasi dibuatnya!
Sama la juga dengan kerabu kaki ayam, dari yang tak suka makan kaki ayam, sekali pekena kerabu ni terus tak boleh lupa! Yang mana selalu rasa air tangan orang je buat, apa kata buat sendiri je guna resipi dari Eida Ilham ni. Mudah je rupanya, bahan pun senang nak dapat. Jom cuba!
Kerabu Kaki Ayam Pedas Sepedas Mulut Makcii Bawang
Menu hari ni memang lain macam. Pedas pedas belaka, geram punya pasal dengan perangai mak leha!
Bahan-bahannya :-
Kaki ayam (beli yg dah siap proses kat pasaraya)
1/2 Bwg besar *hiris
4-5 tangkai Cili Api *lenyek
1 biji Tomato *potong dadu
1 batang Serai *cincang halus
Daun ketumbar *cincang
Akar daun ketumbar *ketuk
Air perahan limau kasturi / limau nipis
2 sudu Sos ikan
Cara-caranya :-
Rebus kaki ayam sampai empuk. Angkat dan toskan. Masukkan semua bahan di atas, gaul rata dan perasakan dengan garam dan maggie cukup rasa.
Begini rupanya setelah digaul.