
Hari ini 10 Jun seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan boleh disemak mulai jam 10 pagi ini. Manakala keputusan untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan oleh KPM dari masa ke semasa.
Pastinya debaran terasa bukan sahaja oleh anak-anak kita, malah kita sebagai ibu ayah juga merasainya. Apatah lagi bila mengenangkan begitu besar cabaran dan ujian yang dilalui oleh semua calon SPM 2020 akibat ‘dibelenggu’ pandemik Covid-19.
Hari ini tibalah masanya untuk kita semua menerima dengan berlapang dada apa sahaja keputusan yang diperolehi oleh anak-anak. Mereka telah berusaha dan kita sebagai ibu ayah wajar untuk terus memberi semangat dan dorongan untuk kebaikan masa depan mereka.
Jadi di sini dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan SPM 2020, iaitu dengan 2 kaedah mudah.
- Secara dalam talian di pautan myresurlt1.moe.gov atau myresult2.meo.gov.my untuk mendapat keputusan penuh.
- Semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), anda perlu menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan mulai diaktifkan pada jam 10 pagi ini sehingga 6 petang pada 17 Jun akan datang.
Selain itu jika pelajar tidak mempunyai capaian internet, anda boleh terus menghubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan SPM.
Cara Muat Turun Slip Keputusan
Bagi calon atau ibu ayah yang ingin memuat turun slip keputusan SPM, ia juga boleh dilakukan dengan mendapatkan slip tersebut melalui pautan berikut.
- myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my
- Slip keputusan penuh hanya boleh dimuat turun mulai 14 Jun 2021 di laman web myresult3.moe.gov.my
Sumber : Kementerian Pengajian Malaysia (KPM)
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
‘Ayah Penoreh Getah, Ibu Cleaner.” Terlantar Sakit Kanser Limfoma Tahap 4, Gadis Ini Perlukan Darah B+ Atau O Untuk Teruskan Hidup.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Siapa sangka, anak yang dahulunya sihat kini terlantar sakit tidak bermaya.
Luluh perasaan ibu dan ayah bila mengetahui anaknya menghidap Kanser Limfoma tahap empat. Kehidupan yang serba kekurangan menyebabkan keluarga ini semakin dihimpit kesusahan.
Kisah gadis ini dimuat naik di facebook oleh Noorhafizah Ramli yang merupakan sepupunya.
Itulah situasi yang dihadapi ibu dan bapa kepada gadis berusia 21 tahun ini, Nur Farahannis Hasdee, namun mereka tidak putus asa dan berhempas pulas bekerja memastikan rawatan terbaik kepada anak gadisnya itu.
Mungkin ini merupakan dugaan terbesar buat ibu dan bapa Farahannis yang perlu ditempuh dalam meneruskan kehidupan. Ibunya hanyalah seorang cleaner manakala bapanya seorang penoreh getah.
Jarak rumah dan hospital kira-kira 70 Kilometer menyebabkan suami isteri ini terpaksa berulang alik dari rumah mereka di Sik ke hospital di Alor Setar. Allahu hebatnya dugaan buat mereka.
Meskipun mereka menaiki kereta untuk ke hospital namun kenderaan tersebut sentiasa mengalami masalah selain sejak kebelakangan ini kesihatan ayah Farahannis juga terjejas sekaligus pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada si ibu
Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu kini sedang tenat dan terlantar di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah. Malah ketika ini dikhabarkan Farahannis memerlukan darah jenis B+ atau jenis O kerana palet darah nya kembali 0.
Difahamkan Nur Farahannis dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dari sudut kos perubatan. Bagaimanapun ibu ayahnya masih perlu menanggung beban membaiki kos kereta yang sering kerosakan, kos sara hidup sekeluarga selain juga kos minyak kereta untuk berulang alik dari Sik ke Alor Setar.
Atas rasa simpati dan perikemanusiaan, Noorhafizah Ramli di facebook telah memuatnaik perkongsian ini bertujuan meringankan beban keluarga Farahannis. Selain memaklumkan keadaan Nurfarahannis yang sedikit sebanyak menyukarkan lagi ibu dan ayah gadis tersebut untuk menjalani kehidupan
Bagi anda yang ingin meringankan beban keluarga ini boleh lah berbuat demikian di Bank Simpanan Nasional ini : 02115-4100011046-5 atas nama Shaharom Bt Che Amin (Ibu).
Sumber: Noorhafizah Ramli
Keluarga Besar Sepakat Bercuti, Siap Booking Satu Bas Ke Kelantan. Wanita Ni Kongsikan Itinerary!

Dapat bercuti diakui adalah merupakan momen terindah. Apatah lagi andai dapat bercuti bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Pasti bermakna dan meriah suasananya.
Begitulah yang cuba digambarkan oleh Puan Nur Dalilah, apabila dapat berkumpul bersama 40 ahli keluaga besarnya dengan menjayakan family day ke negeri Kelantan baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, percutian kali ini siap booking satu bas!
Berkongsi cerita lanjut, menurut Dalilah atau lebih mesra disapa Dell, “Idea ini tercetus bila bulan Syawal yang lalu. Ketika itu makcik saya buat aqiqa cucu dan bersekali buat open house. Kiranya semua keluarga berkumpul untuk bertungkus lumus buat persiapan rewang kenduri. Jadi terus dia kata nak buat rombongan ke Kelantan naik bas,” jelasnya.
Rombongan Cek Pah Ke Kelantan
“Tidak dinafikan ketika zaman kami kecil, kami selalu buat family day.. tapi bila masing-masing dah dewasa.. dah kerja dan berkeluarga.. agak susah nak gather kan semua dalam satu masa.
“Jadi bila mendengar cadangan tersebut ahli keluarga ramai yang teruja, dan kalau ikutkan family kami besar. Cuma yang pergi kali ini hanya 5 keluarga, ada dalam 6/7 keluarga lagi yang tak dapat sertai.
“Nak dijadikan cerita, ketua rombongan kali ini adalah sepupu saya Eyfa Ariffin.. kitaorang panggil dia Cek Pah.. kira ni Rombongan Cek Pah Ke Kelantan…. Dia yang booking bas, deal dengan homestay.
“Kami cari bas yang selesa (2 tingkat Executive Coach) untuk keselesaan.. sebab ahli rombongan ada warga emas dan juga bayi. Kalau nak dikira ahli rombongan, total 40 orang. Itu tak termasuk ada 1 family yang turut serta tapi naik kereta sendiri,” ceritanya lagi.
Bercuti Sambil Shopping
- Perjalanan kami bermula dari 11:00 malam bertolak dari Klang menuju ke Kelantan
- Kemudian kami berhenti solat subuh di Masjid Paloh Gua Musang pada jam 5:45pg.
- Sambung perjalanan ke Rantau Panjang.
- Berhenti breakfast di Kok Lanas, nama kedai KEDAI NASI KERTAS pelbagai menu di sediakan… terutama sekali nasi.. dan roti telur goyang
- Selesai sarapan kita sambung perjalanan menuju rantau panjang, sampai rantau panjang around 11am. Kami diberi masa 2 jam untuk shopping.
- Selesai di Rantau Panjang, kami bergerak ke pasar Siti Khadijah..sampai sana around 2:30ptg.. dan diberi masa sejam setengah untuk shopping.
- Kami bergerak ke Homestay di Wakaf Baru.. ada drama sikitlah..sebabkan homestay kami agak jauh ke dalam dan bas kami tak boleh masuk so kami kene berhenti dijalan luar dan ada 4×4 pick up kami dan beg2.. kat situ agak penatlah sebab dah seharian kan..tapi kami tetap enjoy… sebab homestay tu ada pool, anak-anak pon enjoy the momen mandi pool..
- Malam tu kami makan di Restoran KST.. antara restoran seafood yang femes di Kota Baharu.. settle makan malam kami ke wakaf che yeh untuk sambung shopping…dan kami kembali ke homestay pada jam 12:00mlm
- kami berehat dan esok pagi tu kami check out dari homestay jam 8pg dan menuju ke Kedai Kopitiam kita.
- Ini antara kedai sarapan pg yg popular, alhamdulillah kami dapat special arrangement sebab dah booking terlebih dahulu.
- Selesai sarapan jam 10pg dan kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk melihat Draw bridge dan juga beli keropok lekor di Kelulut.
- Perjalanan pulang mengambil masa lebih 12 jam sebab byk persinggahan.. 🙂 walaupun letih kami tetap enjoy sebab dapat spent time with family…
Akan Datang Ke Cameron Hinghlands Pula
Apabila ditanya mengenai kos untuk percutian kali ini, nyata tidaklah memerlukan kos yang tinggi. Apatah lagi bila adaya yang baik hati menaja bas untuk ke sana.
“Kalau nak kira kos, ikutkan setiap ahli rombongan hanya perlu bayar RM90 untuk dewasa dan RM45 untuk bayi dan kanak-kanak.
“Ini sebabnya ada yang sponsor untuk bayaran bas.. yang lain-lain macam duit makan and shopping tu ikut poket sendirr.. tapi kebanyakkannya, time makan.. ada yang tolong bayarkan.. alhamdulillah.. kami sama-sama kongsi rezeki bersama keluarga kami.
“Apa yang pasti percutian keluarga sangat menyeronokkan. Lagi pun mungkin sebab keluarga kami ni sangat close.. even dalam kehidupan hari-hari biasa, kami ni selalu je jumpa.. selalu je bersama2.. tapi setiap kali jumpa atau berkumpul.. ada je cerita yang nak digelakkan bersama.. pendek kata tak boring.. tak jemu..kami suka berkumpul.
“Mungkin sebab dari zaman ada arwah atok nenek lagi kami dah begini… kerjasama dan tolak ansur.. tak berkira pon.. and yang pntg kami SEPAKAT..kami masing-masing selesa dengan apa yang kami sepakat kan..
“Next ada rancangan nak buat rombongan ke Cameron Highland pula.. tapi yang tu balik hari.. ehhe.. moga ibu bapa kami dan ahli keluarga kami yang lain diberi kesihatan yang baik dan boleh lah kami buat lagi aktiviti ni bersama,” ujarnya lagi.
ARTIKEL MENARIK :Ditipu Agensi. Berhabis RM76K Nak Pergi Haji, Namun Suami Isteri Ni Terkandas Di KLIA!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Ibu Ni Kongsi Pengalaman Jelajah Turki 30 Hari Guna Kereta Bersama Anak Beranak!
Baca Ini Juga :“Mahu Lihat Anak Jadi Doktor…” Lisa Selesa Tak Libatkan Anak Dalam Dunia Seni!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
“Tak Susah Handle Waktu PdPR & Bersemuka.” Aaisyah Suka Jumpa Kawan, Che Ta Tak Risau Anak Kembali Ke Sekolah!

Jika ibu bapa lain teragak-agak untuk menghantar anak-anak usai sekolah dibuka selepas lama melaksanakan pembelajaran atas talian atau PdPR, Che Ta mengakui anaknya sendiri suka untuk ke sekolah.
Begitu pun soal pelajaran tak diabaikan walaupun Aaisyah Dhia Rana yang banyak mengikut jejak langkah ibunya dalam bergaya.
Anak Private School
Bahkan, Che Ta menerusi laman instagram anaknya, ada dikongsikan aktiviti anak bongsu dari tiga beradik ini ketika PKP sebelum ini.
“Nasib Aaisyah pun baru standard 1 jadi senang untuk kami handle sebenarnya. Dia pun private school so dalam kelas pun tak ramai student tak ada la beza sangat online dengan fizikal kelas.
“Tak susah pun untuk handle online class dan jimat masa travel at least 2 jam 1 hari. Tapi bila sekolah dah start bukak dan Aaisyah sendiri yang nak pergi sekolah. Yelah di sekolah boleh jumpa kawan-kawan.
“Saya rasa ada dua-dua. Mak dan ayah dia. Ada perkara tertentu dia ikut saya , ada juga perkara lain yang Aaisyah ikut Zain.
Mengulas mengenai isu pemberian vaksin, jelas Che Ta setakat ini belum nampak lagi sejauh mana keberkesanan vaksin ni
“Bila dah ambik 2 dose kena ambik pula dos penggalak so kita tak tau lepas ni dos apa pula yang nak kena ambik ..😤
Rindu nak kembali melancong
Che Ta yang terkenal suka melancong sebelum ini mengakui sedikit sebanyak ‘rindu’ untuk berbuat demikian.
“Bohonglah andai kata tak rindu, sudah tentu rindu. Tapi apabila saya tanya pendapat pemandu pelancong, katanya lebih baik tunggu tahun hadapan. Jadi saya memegang nasihat itu. Insyaallah tahun depan,”ujarnya lagi.
Tolak Tawaaran bukan ‘demand’ tapi realistik
Menyentuh mengenai pembabitan dalam bidang seni, dia baru baru ini menolak tawaran sebuah produksi mega drama 40 episod yang menawarkannya watak menjadi ibu kepada aktor Remy Ishak. keputusannya menolak tawaran itu bukan kerana ‘demanding’ tetapi realistik.
“Saya okey saja watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar.
“Cuma agak agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik akal,” katanya.
Rugi Jutaan Ringgit ubahsuai rumah gagal
Che Ta yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan dengan Zain Saidin pada 11 Disember ini juga mengakui tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baru di Petaling Jaya, Damansara.
“Soal pindah rumah baru ini memang tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 semasa. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor dilantik.
“Tapi sekarang perlahan demi perlahan, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktror lain.
“Adik ipar saya pun yang tahu selok belok hartanah dan perumahan banyak membantu serta beri nasihat,” katanya.
Sumber: aaisyahdhiarana111
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club