Pejam celik pejam celik, rupanya berbaki 5 bulan lagi kita akan menuju ke tahun baharu 2023. Terasa cepat betul masa berlalu, begitu juga buat anak-anak kita yang bersekolah tadika atau prasekolah akan melangkah ke sekolah pula.
Menyentuh tentang persekolahan anak-anak ini, tentu ibu ayah sebelum ini telah pun membuat permohonan kemasukan Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 pada bulan Mac yang lalu menerusi Sistem Pengurusan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu jangan lupa pula untuk membuat semakan permohonan tersebut!
Ini sebagaimana dimaklumkan semakan permohonan kemasukan anak-anak ke Tahun 1 bagi sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 boleh dibuat mulai 1 hingga 30 Ogos ini.
Sekiranya anak-anak yang tidak berjaya mendapat sekolah pilihan, rayuan penempatan boleh dibuat dari tarikh 1 hingga 30 Ogos ini. Manakala permohonan yang telah diluluskan perlu lakukan pengesahan penempatan. Kedua-dua ini boleh dilakukan secara dalam talian di pautan https://public.moe.gov.my/
Perakuan penempatan
1) Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
2) Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secra fizikal ke sekolah
3) Namun salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/ penjaga untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Ads
4) Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Rayuan Penempatan
1) Permohonan rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
2) Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/ penjaga dilaksanakan
3) Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
4) Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI
Ads
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila anak-anak tak dapat tidur yang mencukupi, tahu tak mak ayah anak-anak sebenarnya tak dapat tenaga yang cukup untuk kekal fokus ketika berada di dalam kelas.
Menurut perkongsian Dr Harith Ahmad, waktu tidur anak memainkan peranan besar untuk mengembalikan tenaga mereka di waktu siang.
Berikut merupakan waktu tidur yang disarankan serta tip untuk ahli keluarga bagi memastikan waktu tidur anak lebih berkualiti.
“Hari ini saya nak ceritakan mengenai anak-anak kita yang berada di pra sekolah yang mana seolah-olah tidak cukup tidur dan keletihan ketika bangun pagi.
Berapa jumlah waktu tidur yang sebenarnya diperlukan anak kita?
Selalunya kanak-kanak yang berada di pra sekolah, mereka sangat penat. Tidur yang diperlukan pula sekurang-kurangnya lapan jam.
Kalau anak-anak tidur pukul 12 malam macam mana nak cukupkan lapan jam? Waktu tidur yang disyorkan untuk anak adalah dari jam 10 malam hingga 6 pagi.
Waktu ini adalah amat baik untuk mereka dan anak sudah pun mendapat lapan jam yang berkualiti.
Tapi bila anak tidur kita selalu rasa cukupkah anak tidur? Berkualiti kah waktu tidur anak kita? Sebenarnya tidak!
Mana tidaknya, ada orang yang mengganggu, ada ayah yang masih lagi menonton televisyen dan masih ada lagi ahli keluarga yang belum tidur.
Kalau boleh semua ahli keluarga tidur pada pukul 10 malam ini, barulah anak-anak dapat menikmati persekitaran tidur yang baik dan dapat tidur dengan nyenyak dan berkualiti.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Musim cuti sekolah, anak-anak seronok dapat bersuka ria bercuti tanpa perlu nak fikirkan bab sekolah. Habis cuti nanti bermulalah episod baru buat semua, terutama anak-anak yang bakal memasuki darjah satu.
Debaran nak masuk darjah satu mungkin tidak sama sewaktu ke tadika. Tetapi jangan terlalu bimbang kerana semuanya akan baik-baik belaka.
Nur Edzati Kamaluddin menerusi laman facebooknya ada berkongsi 10 tip buat persedian anak-anak melangkah ke alam persekolahan.
Yang risau bab nak ke tandas sendiri, beli makanan di kantin, takut ketinggalan, jom baca perkongsian ini. Moga sedikit sebanyak memberi manfaat pada anak-anak semua!
AWAK NAK MASUK DARJAH 1 2018?
Ini 10 tips untuk awak
(Catatan bekas kanak-kanak darjah 1)
1. Ada banyak benda yang awak masih belum tahu dan di sekolah rendah akan ada baaaaanyak benda menarik yang kita akan belajar!
Siapa belum tahu baca lagi? Rileks lah, kalau kita terus cuba & tak putus asa, darjah 1 nanti tiba-tiba kita dah pandai baca! Eh, macammana boleh pandai baca pulak tiba-tiba ni? Cikgu tadika dulu kata, bila otak kita dah bersedia (Age of reasoning). Setiap orang berbeza-beza, ada yang cepat, ada yang lambat. Bukan sebab kita tak pandai.. Yang penting kita CUBA & SUKA MEMBACA <3 Cikgu darjah 1 kita pun power, ada banyak teknik untuk bantu kita membaca bila kita dah bersedia!
2. Ada kawan-kawan yang akan lebih cepat baca/kira daripada kita. Huyooo..!! Ada juga kawan-kawan yang belum pandai baca/kira lagi daripada kita. Ala, kesiannyeee..
Hmm.. Senang je, siapa lagi pandai baca/kira, tolonglah kawan yang belum pandai lagi! Nantikan kita boleh sama-sama pandai, barulah seronok belajar sama-sama!
3. Cikgu tu tak lah garang sangat. Cikgu-cikgu sekolah rendah tu semua baik-baik je sebenarnya..
Kita pernah je nampak diorang kat bilik guru gelak-gelak, gurau-gurau dengan cikgu-cikgu yang lain. Kadang-kadang cikgu tergelak bila kita bagi jawapan kelakar. Cuma kalau cikgu marah-marah sikit tu, maafkan jelah, diorang stress kena kejar silibus. Budak-budak pun ramai sangat satu kelas, bising, cikgu jadi penat.. Kita rasa kalau kita dah besar jadi cikgu macam tu pun, mungkin kita boleh jadi selalu marah/geram-geram kan?
4. Sekolah lebih besar! Wah, besarnyaaa sekolah ni..! Dulu kita duduk rumah, ada 3-4 orang je (mak, ayah, kita, adik). Duduk taska, ada 30-50 orang je. Bila ke tadika, ada 70-90 orang. Bila ke sekolah ni, ada raaamai sangat kawan-kawan, abang kakak & cikgu-cikgu. Beratus-ratus/ribu-ribu orang kot?
Kalau rasa takut sikit tu normal lah, kita nak hadapi suasana baru. Tak percaya cuba tanya kakak abang yang baru daftar universiti tu, dah besar pun masih muka cuak kan? Kalau ibu ayah baru tukar tempat kerja pun kekok sikitkan masa mula-mula daftar masuk? Kita lagilah, baru darjah 1.. Izinkanlah kita ambil masa untuk sesuaikan diri ye..
5. Tandas. Okay, ini memang masalah besar sikit untuk kita kan? Kat rumah ada 2-3 tandas je. Bersambung dengan rumah pulak tu. Kat tadika pun sama. Di sekolah baru ni, tandasnya banyak! Masuk tandas pun kena pakai kasut! Kekoknya.. Mula-mula memanglah susah sikit, alah bisa tegal biasa!
Ada pulak yang terlepas dalam seluar sebab tak berani cakap dengan cikgu. Sebab tu lah kita kena saling kerjasama tau! Kalau kita tengok muka kawan kita tu semacam, duduk serba tak kena, kita tanyalah dia, “awak ok tak? Nak pegi tandas? Jom kita tolong cakapkan kat cikgu”
6. Tandas lagi. Kalau kita belum tau guna tandas sendiri – habis basahkan seluar, tak pandai pakai seluar dalam tandas; cuba tengok kawan yang lagi pandai daripada kita. Macam mana diorang buat eh? Keluar tandas dengan penuh gaya! Huyooo, bagitaulah kita macam mana awak buat!
7. Jaga barang sendiri. Kita jangan bawak barang banyak-banyak tau, kalau kita selalu lupa barang kita. Bawa yang perlu je, yang lain tinggalkan kat rumah. Jadi kita senang periksa, semua barang dah ada ke belum sebelum balik. 1 pensel, 1 pemadam, 1 peraut, 1 pembaris, 1 kotak warna, ada 5 benda je nak kena ingat. Kacang aje kan? Susun buku pulak, game baru untuk kita. Cuba buat sendiri, lama-lama mesti okay punya!
8. Kantin & duit. Aduh, ini memang keliru sikit kan? Kadang-kadang dah bagi duit, ada dapat duit balik. Kadang-kadang takda dapat duit balik. Jangan risau, tanya ke kawan-kawan/ makcik kantin tu betul ke tak. Kat sekolah ni bukan dengan guru je kita belajar, dengan kawan & makcik kantin pun boleh tahu macam-macam!
9. Mak ayah stress. Eit? Ingat kita je yang stress? Kan kita yang nak masuk darjah 1? Memanglah, walaupun yang nak masuk darjah 1 tu kita yang budak ni, mak ayah kita tu adalah kerisauan tersendiri.
Kadang-kadang kita pun keliru bila tengok muka mak kita tu macam nak nangis je.. kenapa ye agaknya? Mungkin dia tak sangka baby dia ni dah besar dan dah nak masuk darjah 1 kot? 😀 Ayah pulak, banyak keluar belanja nak sekolahkan kita.
Aha, it’s time for a group hug!!
10. Mak ayah paksa belajar. Hmmm, dulu-dulu masa kita kecik semua gembira je. Kita pandai buat apa-apa mak ayah tepuk tangan. Sekarang ni, kita rasa semua kita tak pandai. Semua kita tak tahu buat. Macam susah sikit buku-buku baru ni. Banyak benda kita nak pahamkan.
Kita pulak dengar mak ayah baca kat FB, semua benda darjah 1 ni susah. Sistem salah. KBAT itu ini. Lepas tu mak ayah geram-geram, suruh kita belajar cepat. Faham lagi cepat. Kita dah cuba tapi tak boleh lagi. Otak kita macam penat sikit. Otak kita macam tak boleh faham lagi. Hati kita rasa geram-geram. Kita nak main, otak kita dah penat..
Tapikan, kita rasa, kalau kita dah besar sikit kita boleh faham benda ni. Takpelah, bagilah kita peluang & ruang nak faham perlahan-lahan.
Kita kan ada bertahun-tahun perjalanan mencari ilmu terbentang di hadapan kita. Cikgu selalu cakap, jadi pelajar sepanjang hayat. Maksudnya selagi tak mati, kita kena terus belajar. Kita rasa, kalau kita tak faham hari ni, esok lusa kita akan faham juga akhirnya kalau kita CUBA. Tapi, dalam usaha kita untuk cuba hingga jaya tu, mestilah ada gagal sikit-sikitkan.. Izinkan kami merasa sedikit kegagalan ye dalam usaha kami untuk mencuba..
Tanggung jawab belajar, tanggung jawab kitalah sebagai pelajar. Kita kalau dah suka, minat, teringat-ingat benda yang kita suka belajar tu, tak payah paksa pun kita boleh belajar sendiri. Izinkan kami untuk membina minat belajar, supaya kami dapat jadi pelajar sepanjang hayat ye.
BONUS: Kami anak-anak tak syok kalau tengok cikgu & mak ayah stress. Bila mereka stress, mereka pindahkan stress tu pada kami. Lepas tu, bila sama-sama stress, depa duk gaduh pulak sama sendiri. Dah dah lah tu.. Berdamailah.. Uruskan stress & kerisauan kalian dulu.. Kami perlukan persekitaran yang aman damai untuk belajar dengan lebih berkesan.
Kami perlukan kasih sayang daripada kalian semua, kasih sayang ibu ayah & juga daripada cikgu 🙂 Dengan kasih sayang & sikap hormat menghormati inilah kami belajar menjadi insan yang penuh kasih dalam hati kami. Sikap ni tak dapat kami fahamkan melalui buku, hanya boleh diperhatikan melalui perlaksanaan orang-orang dewasa. Doakan kami boleh menyesuaikan diri dengan baik darjah 1 nanti! Kami sayang ibu ayah & cikgu baru kami <3
Salam sayang,
Bekas kanak-kanak darjah 1
—————————–
“The journey of learning is not an early sprint,
But a life-long, never-ending marathon.”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usai genap tujuh hari melahirkan anak kedua, penyanyi Tasha Manshahar dan suami mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat bayi lelakinya itu.
Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Begitu pun itu merupakan satu momen yang cukup bermakna.
“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.
“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah,” tulisnya.
Momen majlis tersebut dimuatnaik sendiri isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.
Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Bukan Aku turut mengumumkan dia dan suami telah memutuskan untuk menamakan anaknya itu, Mateen Rizqi.
Dalam perkongsian yang sama, Tasha turut berkongsi dia dan suami memilih untuk menamakan anak kedua mereka dengan nama, Mateen Rizqi.
Begitu pun pasangan suami isteri ini masih belum mahu mendedahkan wajah penuh anak mereka itu.
“Introducing adik Muammar yang kami namakan Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.
“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin,” kongsinya lagi.