
Benarlah pepatah mengatakan bahawa kasih ayah sepanjang masa. Begitulah yang dilakukan oleh pelakon Que Haidar yang tidak pernah berputus asa untuk memastikan anaknya, Cleo berbahasa Melayu.
Malah baru-baru ini, beliau muat naik video yang memaparkan kepetahan Cleo berbahasa Melayu ala-ala macam makcik-makcik bila bercakap. Dulu anaknya bercakap melayu pelat kerana biasa menggunakan bahasa Inggeris di rumah.
Malah, jika Cleo berbahasa Inggeris, sebutan slang London begitu menarik perhatian.
View this post on InstagramOhhhh Sbb tu lah kalah.. ok2 paham.. ?❤️
A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on
Menjengah diruangan komen peminat melahirkan rasa kagum melihat kepetahan anak Que haida ini.
Pertama kali dengar Cleo cakap melayu
Bebel tu macam makcik–makcik betul
Sumber: Instagram the_haidars
Tengku Hassanal Jalani Pembedahan, Rakyat Doakan Kesembuhan Pemangku Raja Pahang

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatudin Al-Mustafa Billah Shah baru sahaja selesai menjalani prosedur pembedahan.
Anakanda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini berkongsi kenyataan berkenaan di Instagram miliknya.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
LOKASI PROSEDUR PEMBEDAHAN DI NATIONAL UNIVERSITY HOSPITAL, DI SINGAPURA
Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai masalah kesihatannya tidak dinyatakan, namun hanya memaklumkan lokasi terkininya berada di Singapura.
Merujuk IG Story yang dikongsinya, prosedur pembedahan itu dijalankan di National University Hospital di Singapura.
BARU HABIS PEMBEDAHAN, TETAP INGAT RAKYAT
Dalam pada itu, anak raja ini membuat ramai yang meluahkan rasa kagum melihat pribadinya yang mulia.
Masih dalam wad masih tetap mengingati kesukaran rakayatnya. Menerusi kapsyennya, baginda memohon kerajaan negeri dan Persekutuan bertindak segera menangani situasi banjir di negeri itu yang semakin memburuk.
“Alhamdulillah, saya selesai menjalani operation.”
“Saya mendapat maklumat keadaan banjir di Pahang agak teruk.”
“Saya memohon pihak kerajaan Negeri Pahang dan kerajaan persekutuan agar bertindak dengan segera untuk menangani mangsa-mangsa banjir.”
“Saya sentiasa mendoakan semoga semua orang kampong saya selamat dan berjaya dalam menempuh keadaan bencana banjir yang melanda ini.”- Tengku Hassanal
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan doa buat anak raja yang sentiasa meraih perhatian ramai ini.
Sumber: this.7
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
“Syukur Ankle Tak Patah. Hanya Sakit Biasa.” Kaki Tunku Azizah Cedera Main Golf, Warganet Titip Doa Cepat Sembuh!

Mengenali Ratu hati Tuanku Agong ini, pasti rakyat cukup familiar dan teruja apabila baginda sering kali berkongsi gambar dan video tentang aktiviti harian baik yang rasmi mahupun peribadi.
Aktiviti tersebut dikongsikan di laman Instagramnya setiap hari secara terbuka untuk tatapan rakyat jelata.

Terbaru, Tunku Azizah memuat naik gambar satu insiden kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.
Dengan kapsyen yang ringkas namun perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Termasuklah foto kakinya yang tercedera, dengan kapsyen ringkas.
pagi tadi saya main golf, tak perasan lobang sprinkler dan sy jatuh/terseliuh kaki kiri saya ….. alhamdulillah hanya bengkak .. hari selasa sy akan buat MRI …. terima kasih kerana ramai yg mendoakan …..
” nak sangat jadi golf champion!!! ” … syukur ankle tak patah ….. hanya sakit bisa je !
Perkongsian itu mendapat reaksi rakyat sehingga ramai yang menitipkan doa dan mengharapkan supaya baginda Tunku Azizah agar diberikan kesembuhan dengan segera.
Sumber: Instagram Tunku Azizah
Jom cuci mata di SINI
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ibu-Ibu Cuba Praktis Petua Nenek Ini Jika Mahu Anak Hafal Al-Quran, Sangat Berinspirasi!

Tiada yang mustahil dalam membentuk dan mendidik anak menghafal al-Quran dalam usia muda. Yang penting disiplin.
Biarpun dibesarkan oleh nenek dan datuknya, adik Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin membuktikan kesungguhan dan dispilin yang tinggi membolehkan dia muncul juara Qari Junior 2017. Sekali gus memenuhi impian neneknya, Asmah Jusoh, 59 dan datuknya Mohd Nasir Mohd Din, 60 yang mahu menjadikannya seorang tahfiz akhirnya menjadi kenyataan.
Ibu-ibu di luar sana boleh menjadikan petua nenek Haikal ini sebagai panduan:
Petua Nenek Latih Cucu Cintakan Al-Quran
- Mulakan pendedahan pada al-Quran seawal usia 4 tahun. Haikal mampu khatam dalam tempoh 2 bulan dan menghafaz 30 juzuk al-Quran ketika usia 8 tahun.
- Setiap bulan khatam al-Quran 2 kali.
- Setiap pagi bangun seawal 4.45 pagi untuk solat sunat, mengaji satu juzuk sebelum ke sekolah. Pada hari cuti, perlu habiskan 7 juzuk al-Quran. Sambil siapkan kerja sekolah, Haikal akan mengaji.
- Tak mengambil sebarang makanan ringan. Setiap hari bawa bekal yang dimasak nenek ke sekolah.
- Merakam surah dan membaca semula surah yang dirakam
Sejarah Sukar Haikal
Ketika usia setahun setengah, Haikal tidak boleh meniarap dan bercakap serta alami masalah saraf dan hampir menjadi orang kurang upaya.
Sejak itu, nenek latih Haikal menulis agar tangannya kuat. Diurut kaki dan tangan cucunya sambil tak henti berdoa pada Allah.
Umur 2 tahun, Haikal baru boleh berjalan tapi belum boleh bercakap.
Disebabkan tidak lekat nak sebut nama mama mahupun babah, nenek ajar Haikal sebut Allah. Sebut berulangkali sampai “Allah’ menjadi sebutan pertama anak kecil ini.
Ini Cara Haikal Hadapi Tekanan
Didikan nenek yang kental disiplin ada ketikanya membuatkan Haikal alami tekanan. Subhanallah… sungguh hebat Haikal atasi tekanan dirinya.
“Rasa tu timbul pada awal dulu. Tapi saya dah ok, mula-mula saja rasa tertekan. Kalau saya penat, saya main basikal dalam 15 minit dan kembali mengaji. Tak susah pun, cuma perlu fokus.”
Sumber: Sinar Harian/GPS Bestari