Kepala Udang Jangan Terus Dibuang, Hasilkan Stok Udang Untuk Pelbagai Menu Berkuah, Ibu-ibu Kena Buat Ni!

Share

Selalunya ketika bersihkan udang kita akan terus membuang kulit dan kepalanya. Jangan terus dibuang dahulu kerana kalau nak tahu, inilah rahsia menyedapkan beberapa menu berkuah.

Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.

CARA HASILKAN STOK UDANG


1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.

2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.

3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.

4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.

Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.

Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.

Caranya:

  1. Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam dan hijau).

2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.

Sumber: Chef Sue M Arukin.