Kepala Udang Jangan Dibuang, Jadikan Stok Homemade Buat Menu Berkuah Super Sedap, Chef Ni Kongsi Caranya!

Share

Stok udang selalu kita gunakan dalam sajian membuat Mi Udang tetapi tahu tak ada banyak menu berkuah lain yang boleh kita gunakan stok udang ini.

Malah kalau nak masak sayur pun boleh gunakan air stok ini sebagai tumisannya. Rasanya memang berbeza. Jadi janganlah dibuang ya, simpan kulit dan kepala udang dan buat stok simpanan.

Menurut perkongsian Chef Sue M Arukin, pakar masakan Melayu, stok air rebusan udang ini boleh digunakan sebagai penambah perisa dalam pelbagai jenis masakan berkuah seperti Mi Bandung, Mi Kari, Mi Udang, Mi Goreng, Sambal Tumis, Laksa dan macam-macam lagi. Ermm..memang rugilah kalau terus dibuang saja. Jom ikut caranya.

CARA HASILKAN STOK UDANG

1. Basuh bersih kepala dan kulitnya.

2. Kemudian rebus dengan air hingga memenuhi periuk. Biarkan direbus hingga air rebusan tinggal separuh.

3. Jika suka, kulit dan kepala udang ini juga boleh dikisar.

4. Kemudian sejukkan dan tapiskan airnya. Sejukkan dalam sejam pada suhu bilik dan simpan air rebusan udang di dalam bekas lalu sejuk-bekukan.

Selalunya saya simpan dalam bekas kecil-kecil (untuk sekali guna). Boleh disimpan beberapa bulan lamanya. Gunakan air rebusan udang ini untuk menambah perisa dalam pelbagai masakan berkuah.

Tip Bersihkan Udang
Malah beliau turut berkongsi cara nak bersihkan udang dengan sebaiknya. Ini penting.

Caranya:

 

  1. Untuk bersihkan udang pula, buang kulit dan kelar bahagian atas yang mengandungi bahan toksid (macam jalur hitam dan hijau).

2. Buang kotoran tersebut lalu basuh udang bersih-bersih.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club