Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang, Buatkan Stok Air Rebusan Untuk Masakan Lebih Sedap!

Share

Kepala & Kulit Udang Jangan Dibuang, Buatkan Stok Air Rebusan. Nak Lebih Tahan Lama, Ni Rahsianya!

Mungkin ada yang tidak tahu bahawa kulit dan kepala udang yang selalunya di buang begitu sahaja sebenarnya boleh dijadikan air rebusan udang yang dapat digunakan untuk penambah rasa dan menyedapkan lagi masakan yang dimasak.

Menurut Siti Hazneza binti Abdul Hamid, air rebusan udang jika dibuat dengan kaedah yang dikongsikan ini akan dapat menghasilkan air rebusan yang lebih manis dan lebih tahan lama berbanding dengan rebus semata-mata.

Malah tambahnya lagi air rebusan udang tersebut boleh digunakan untuk buat kuah mi Hokkien Pulau Pinang (berkuah, bukan goreng seperti di Kuala Lumpur); mi Jawa; pasta, kuah putih dengan makanan laut dan nasi berperisa. Boleh dipelbagaikan dengan menambah bawang putih, lada hitam/putih dan cili.

Jadi jom ketahui lanjut rahsia untuk pastikan stok air rebusan udang yang dibuat dapat bertahan lebih lama sebagaimana yang dikatakannya itu.

 

 

Stok Air Rebusan Udang

Cara buat :

1.Kulit dan kepala udang dibasuh bersih dan ditoskan. Lebih kering lebih baik

2.Panaskan minyak dalam kuali/ periuk

3.Masukkan kulit dan kepala udang dalam minyak yang sudah panas

4.Goreng sehingga air kering (jika masih berair) dan warna kulit udang berubah

 

 

 

5.Tambah air sehingga tenggelam kulit udang

 

6.Apabila sudah mendidih, renehkan untuk seketika (5-10 minit)

7.Tapis air rebusan

8.Tapisan pertama, warna air rebusan agak jernih/ cair

9.Masukkan kulit dan kepala udang dalam blender dan mesin kasar dengan sedikit air

10.Cukup sekadar begini, tidak perlu terlalu halus

11.Tapis air kisaran kulit dan kepala udang

12.Warna air kisaran lebih pekat dan lebih berperisa.

13.Boleh simpan dalam tempat sejuk beku dan guna apabila perlu

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club