Siapa yang tak rindu, bila adik kesayangan dan yang paling bongsu pergi buat selama-lamanya. Hanya barang-barang tinggalan arwah yang jadi peneman, pengubat kerinduan.
Pasti anda ingat lagi kisah Allahyarham Prebet Iman yang meninggal dunia akibat stok haba dan kegagalan fungsi organ selepas dilaporkan rebah ketika menjalani latihan ketenteraan iaitu kursus orientasi asas komando pada 19 September tahun lalu.
Setelah lima bulan, kakak kepada Allahyarham Prebet Iman telah menemui satu nota yang penuh dengan tanda tanya. Ianya ditulis sendiri oleh Allahyarham di dalam diarinya.
Menurut kakak kepada Allahyarham Prebet Iman, Noorzihansafira Arbain, dek kerana peresaan rindu yang menebal terhadap adiknya itu, dia kuatkan diri untuk menyelak helaian demi helaian bagi membaca catatan diari adiknya, Muhamad Iman walaupun sebenarnya diari itu telah lama ditemui.
Pembacaannya terhenti pada satu nota ini yang sangat menimbulkan tanda tanya lebih-lebih lagi, Allahyarham Prebet Iman tidak pernah bercerita apa-apa mengenainya.
Ia benar-benar mengejutkan si kakak sementelah kematian mengejut adiknya sebelum ini memberi pelbagai tanda tanya.
‘Baru-baru ini aku ketuk pintu bilik jurulatih. Ketuk, hentak kaki dan bagi salam. Selesai semua, aku buka pintu. (Jurulatih) kata aku kurang ajar ketuk pintu tak bagi salam, dan terus buka.’
Begitulah luahan Allahyarham Prebet Iman menerusi catatan diari itu.
‘Aku kena hukum, kepala aku dihayun oleh jurulatih banyak kali sampai pintu pecah. Dahi aku pun luka, ujian buat diriku,” tulisnya lagi.
Ads
Namun kata Zihan, coretan tulisan tangan itu tidak dinyatakan tarikh dan masa kejadian itu berlaku.
“Sebelum ini, saya buka macam tu je, tak tengok secara terperinci. Baru-baru ini baru tergerak hati nak tengok sebab rindu sangat kat dia.
“Saya buka dan baca satu demi satu muka surat, kebanyakannya yang ditulis ialah tentang rutin arwah iaitu apa aktiviti yang dia buat. Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila saya terbaca satu luahannya pada bahagian tengah,” katanya
Wanita berusia 31 tahun itu berkata, kejadian tersebut mungkin didakwa berlaku pada 2021 ketika arwah menjalani latihan sebelum bergelar prebet.
Sebagai kakak, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika membaca luahan adiknya.
Ads
“Saya terbayangkan situasi yang berlaku, terbayangkan dia memang tak akan melawan… sebab apabila ayah marah pun, dia tak akan melawan.
“Terutamanya part dia tulis ‘ujian untuk aku’, bermakna dia reda. Saya berlinang air mata kerana rasa sedih dan sakit hati,” ujarnya yang turut menegaskan bahawa luahan di dalam diari tersebut tiada kaitan dengan kematian adiknya lima bulan lalu itu.
Antara lain kandungan diari Allahyarham Prebet Iman yang memperuntukan gaji bulanan untuk mengembirakan ahli keluarga.
Menurut Zihan lagi, dia menegaskan bahawa perkongsian mengenai diari adiknya sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua pihak.
“Kesedaran apabila seseorang jurulatih itu diberikan tanggungjawab, dia seharusnya memikul amanah itu sebaik-baiknya.
Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian setelah tamat latihan… tapi tak kesampaian.
“Setiap latihan kena telus. Kita tak mahu budaya ragging berlaku dalam mana-mana badan beruniform mahupun asrama.
Ads
“Jangan gunakan pangkat untuk menunjukkan diri ada kuasa, menindas orang yang berada di bawah. Jangan melakukan sesuatu yang melampaui batas,” katanya dengan nada sebak.
Dalam pada itu, Zihan memberitahu dia tidak menyangka kekuatannya untuk membaca diari arwah adiknya turut menemukan luahan lain yang menyentuh hati.
“Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian dia setelah tamat latihan. Tapi tak kesampaian seperti nak hias dan ubah suai biliknya sendiri.
“Ini termasuklah kiraan bajet dia nak bagi duit kat ayah, adik-beradik dan anak-anak saudara.
“Tapi syukur ada juga pencennya yang ditinggalkan untuk ayah,” katanya yang merancang untuk menyambung hasrat arwah adiknya dengan mengubah suai bilik tidur di rumah bapa mereka di Rawang, Selangor.
‘Baby bump’ nampak jelas – Nabila Razali hamil anak pertama? Hampir setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali, 32, kini dikatakan hamil anak sulung.
‘Baby bump’ Nampak Jelas – Nabila Razali Hamil Anak Pertama?
Spekulasi tercetus selepas ramai yang perasan ‘baby bump’ pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd. Razali itu ketika sedang menari dalam sebuah video TikTok. Ramai peminat yang perasan ‘baby bump’ Nabila. Ia mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengikutnya.
“Nampak penampakan di situ.. kalau betul tahniah. Jaga diri”
Bagaimanapun, menurut sumber laporan Kosmo, usaha untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nabila mengenai spekulasi ini tidak berhasil. Nabila pernah menyatakan sebelum ini bahawa dia lebih selesa menyimpan hal peribadi, terutama selepas berkahwin.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Nabila di laman Instagramnya juga membuatkan ramai peminat dan warga maya berteka-teki tentang kesahihah kehamilan pelantun lagu Peluang Kedua itu.
Sejak akhir-akhir ini, kecoh tentang isu poligami apabila pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar yang sekaligus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.
Namun, para suami sedar atau tidak, ‘hukum’ bila berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isterinya sehingga membuatkan hati wanita remuk dan kecewa? Di sini ada ada video penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus yang menjawab pertanyaan sama ada sah atau tidak seorang suami berkahwin seorang lagi tanpa pengetahuan isteri pertama.
“Hukumnya (poligami) sah tetapi perbuatan itu tak betul kerana perkahwinan ini adalah bergembira, bukan bersedih,” ujarnya.
Ustaz Azhar menjelaskan, hidup berpoligami bermaksud kesemua mereka terlibat iaitu suami, isteri pertama dan isteri kedua (serta seterusnya jika ada) perlulah bergembira tanpa ada salah seorang tercicir sehingga menanggung penderitaan sendirian.
Oleh itu, adalah penting seorang suami mendapatkan keizinan daripada isteri pertama bagi mengelakkan mereka rasa ditipu hidup-hidup.
“Minta izin, saya nak berkahwin seorang lagi. Inilah orangnya (sambil tunjuk gambar), awak berkenan atau tidak. Dia cakap tak suka, okey cari lain sampai mendapat restu dari isteri pertama,”ujar Ustaz Azhar Idrus.
Isteri tipu, suami marah. Kalau suami kahwin lain tanpa pengetahuan, ingat isteri tak marah ke?
Tambah Ustaz Azhar Idrus, tindakan seorang suami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama seolah-olah mereka telah melakukan penipuan dan semestinya menimbulkan rasa marah.
“Kalau isteri tipu, kita marah tak? Sama jugalah dengan konsep kahwin tanpa pengetahuan isteri. Dia masih ingat kita tak beri dia ‘madu’. Betul tak? Jadi, isteri rasa tertipu. Jangan sebab jasa isteri sangat besar dengan kita (suami),”jelasnya lagi.
Begitu sempurna hidup selebriti terkenal ini, Mawar Rashid yang bakal menimang cahaya mata tak lama lagi serta suami yang penyayang. Terbaru, Mawar muat naik status melahirkan rasa kesyukuran setelah menamatkan pengajiannya.
Lebih manis, suaminya Raf Yaakob memberikan ucapan begitu inspirasi buat dirinya. Nyata pasangan ini saling melengkapi satu sama lain. Bahagianya!
“Syukur Alhamdulillah,” Mawar melahirkan rasa bersyukur apabila dapat menggengam segulung diploma dalam jurusan perniagaan di Management & Science University (MSU), Shah Alam.
Sementara itu, suaminya, Raf Yaakob memberikan kata ucapan kepada isterinya di instagramnya.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.