Kepak Ayam Manis-Manis Pedas, Sekali Hidang Licin Sekelip Mata. Sedap Layan Ketika Aktiviti BBQ!

Share

Waktu anak-anak berkumpul di rumah sempena musim cuti sekolah ini, seronok juga jika kita anak beranak melakukan aktiviti BBQ atau adakan acara makan beramai-ramai di laman rumah. Kemeriahan akan berganda dirasai apabila turut menghidangkan pelbagai juadah seperti kepak ayam yang dibakar dengan citarasa manis-manis pedas umpamanya.

Bahkan menurut perkongsian daripada Victoria Van Bennekum, menu Kepak Ayam Manis-Manis Pedas yang disajikan jika ada acara party di rumahnya pasti akan sekelip mata habis dimakan.

 

 

“Bila saya masak kepak ayam dalam oven begini untuk party, memang habis dalam sekelip mata. Pedas dan manis rasanya, memang kegemaran ramai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Jadi buat anda yang ingin mencuba keenakan rasa hidangan ini, bolehlah buat mengikut resipi yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.

Kepak Ayam Manis-Manis Pedas

Bahan-bahan:

1 kg kepak ayam- bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.

Madu (honey)

BAHAN REMPAH

1 sudu kecil serbuk jintan

1 sudu kecil serbuk ketumbar- beli online di sini

1 sudu kecil serbuk bawang putih

2 sudu kecil serbuk bawang

2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)

1 Sudu kecil serbuk kunyit

3 sudu makan tepung jagung

2 sudu besar kicap manis

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.

2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).

3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

4.Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .

5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kepak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup … lebih kurang 10 – 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Petua:

Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba.

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club