Jangan buat main ye, buat mereka yang suka mencangkung atas tandas duduk. Jika tandas pecah boleh mengakibatkan urat keting terhiris oleh ceramik tandas. Bayangkan ketika itu, anda perlu perlu segera melalui pembedahan menyambung balik urat yang putus itu. Ngeri membayangkan situasi itu. Begitu situasi yang dipaparkan oleh Pakar Ortopedik, Mahyuddin Mohamed mengenai hal ini. Baca dan hadam info ni ye.


Saya baru sahaja buat pembedahan bagi sambung balik urat keting (tendon Achilles) yang putus.

Sepanjang kerjaya saya, ada 2 sebab utama urat keting putus:

1. Main badminton  tanpa warm-up yang cukup. Terutamanya masa smash.

2. Mencangkung atas jamban duduk. Jamban tak dapat tampung berat badan kita & pecah. Buku lali yang sedang mencangkung terhiris oleh ceramik jamban yang pecah.

Ads

Kepada Yang Suka Mencangkung Atas Tandas Duduk, Boleh Menjadi Punca Urat Keting Putus. Ambil Peduli Penjelasan Pakar Ortopedik

Nasihat saya,
1. Bila nak bersukan, pastikan panaskan badan dan buat regangan dulu.

Ads

2. Kalau melabur di jamban duduk tu, duduk la. Kalau nak mencangkung, sila cari jamban cangkung.

Kalau mencangkung di atas jamban duduk tu memang anda sengaja cari nahas. Kalau anda budak kecik & ringan tu mungkin tak pecah jamban tu, tapi kalau… anda sambunglah ayat ni sendiri.

Ads

Proses penyembuhan selepas urat keting dijahit mengambil masa 6 minggu minimum. Perlu memakai simen & buat fisioterapi untuk dapatkan fungsi terbaik. Itu pun mungkin masih ada kemungkinan sendi agak ketat kerana tisu sembuh secara fibrosis. Tisu fibrous ini tidak sama kualiti dengan tisu asal yang Tuhan cipta.

Jaga diri anda.

Kongsikan ye. Anda boleh ikuti perkongsian nasihat & tips perubatan saya di Channel Telegram saya:
https://t.me/NotaDrMahyuddin

#drmahyuddin
#achillestendonrupture

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI