Bila sebut tentang poligami, tak semua boleh terima dengan rela hati. Iye lah, dah elok bahagia berdua bersama suami tiba-tiba muncul orang ketiga nak berkongsi kasih.
Namun, siapalah kita nak menidakkan jodoh dan takdir yang ditetapkan oleh Dia. Apa yang penting, dalam isu ini sang suami kena pandai berbahagi kasih seadilnya dan mengeratkan hubungan antara isterinya. Kalau isteri-isteri bahagia dan gembira, suami lagi bertambah bahagia.
Itulah perasaan yang digambarkan oleh penyanyi yang berasal dari Sabah, Adira Suhaimi yang dilihat akrab bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red yang menarik perhatian ramai apabila mereka berdua memuat naik hantaran yang sama di laman TikTok.
Dalam video tersebut memaparkan Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi bersama Datin Red hadir ke sebuah majlis pertunjukan fesyen yang menampilan kemunculan pertama anak sulung Datuk Red di atas pentas peragaan. Paling mendapat perhatian di mana dalam video tersebut mereka kelihatan berpimpinan tangan ketika berjalan.
“Hari itu post video lelaki (suami). Hari ini video madu. Screetshot (tangkap layar) cepat,”tulis Adira.
@adira.suhaimi tu ari pos video laki .. hari ini post video madu 😍 screen shot cepat . #fyp ♬ original sound – adira.suhaimi
Manakala hantaran Datin Red pula menyatakan dia sangat sayang akan madunya dan berharap dapat pelihara hubungan akrab menggunakan video yang sama.
“Alhamdulillah, semoga Allah SWT menjaga hubungan ini. Kepada maduku yang cantik, saya sayang awak dunia akhirat,”tulis Datin Red.
@pila4535Alhamdulillah semoga Allah Swt menjaga hubungan ini ❤️..to my beautiful honey saya syg awak dunia ahirat ❤️.. To kakak awin congrats on your first fashion show love u♬ original sound – adira.suhaimi
Datin Red turut menitipkan ucapan tahniah buat anak sulungnya, Awin atas kemunculan pertama di pentas peragaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan hubungan akrab antara mereka. Malah, ada yang juga mengatakan kemesraan yang terjalin antara kedua-dua isteri tersebut adalah berdasarkan kepayahan seorang suami menjaga keharmonian rumah tangga.
Untuk rekod, Adira berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red) di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.
Adira merupakan isteri kedua, manakala perkahwinan pertama bersama Datin Red dikurniakan lima cahaya mata.
Sebelum itu, Datuk Red pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah lima tahun kemudian. Menerusi perkahwinan itu dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu berusia 22 dan 17 tahun. Secara keseluruhannya, Datuk Red memiliki 10 orang cahaya mata.
Sumber: TikTok @adira.suhaimi , @pila4535