Biasanya masa nak beli bahan-bahan untuk memasak seperti sayur atau buah-buahan, kita mesti pilih yang nampak elok dan cantik. Yalah, bahan-bahan nak dimakan, mesti kita nak pilih yang baik.
Tapi, kadangkala kalau tak cukup masa atau tak sempat nak memilih, kita pun main ambil je mana yang ada di depan mata tanpa tengok betul-betul keadaan bahan tu.
Sama juga macam kentang, tak boleh ambil yang sembarangan terutamanya yang sudah bertunas atau berwarna hijau.
Ini perkongsian Dr Kamarul Ariffin di akaun Twitternya
.Dr Kamarul menjelaskan kesan memakan kentang yang berwarna hijau dan bertunas ialah cirit birit, muntah dan sakit di bahagian abdomen.
Toksin yang terdapat pada kentang ini juga tidak dapat dihapuskan dengan membakar, merebus atau menggoreng kentang tersebut.
Tapi, kandungan toksin ini boleh dikurangkan dengan mengupas kulit kentang.
Jadi, lepas ni kalau nak beli kentang, kena pilih kentang yang permukaannya licin, tidak berwarna hijau dan tidak bertunas untuk elakkan dari jatuh sakit.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin