Menyediakan kudapan yang berkhasiat untuk anak-anak makan perlu juga difikirkan oleh kita sebagai ibu. Bukan apa, lazimnya anak-anak memang suka ‘menguyah’ tak kira waktu. Jadi jika tiada kudap-kudapan tersedia di rumah pasti mereka akan membeli makanan ringan dan bimbang juga boleh membahayakan kesihatan mereka jika dimakan selalu. Oleh itu, apa kata kita sediakan menu Kentang Viral yang dikongsikan oleh Sha Roziah Al Yahya. Menyediakannya juga mudah dengan menggunakan bahan-bahan masakan yang asas. Untuk itu, jom semak ramuannya.
“Kentang Viral sempena cuti sekolah…. Ranggup-rangup je krup krap bila makan… Mula-mula anak cakap tak nak makan sekali dia rasa… Asal sedap sangat ni ummi… Nanti buat lagi ya.. Itulah jangan cepat menolak bila ummi masak…”
KENTANG VIRAL
.
Bahan-bahan:
Kentang 4 biji..rebus/kukus
5 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
Carrot
Daun sup
Cili merah besar
Susu full cream/fresh
Garam sedikit je jika perlu
Cara Penyediaan :
1. Kentang rebus atau kukus.. Lepas tu lenyekkan…
2. Hiris halus daun sup, carrot dan cili merah…
3. Masukkan tepung jagung dan juga tepung beras.. Gaul semua bahan bagi rata
4. Jika nampak adunan berderai masukkan susu full cream/fresh dalam adunan sehingga dapat doh yang senang di bentuk…
.
5. Gelek-gelekkan atas dulang dan potong macam dalam gambar ( jika takut melekat alaskan plastik)
6. Goreng seperti biasa… Pasti kan minyak jangan terlampau panas masa letak kentang ni… Sebab nanti dia akan mengelembung dan tak garing… Api kecil je ya… Dan balik-balikkan selalu…
.
7. Bila goreng dengan cara yang betul akan dapat hasil yang ranggup krup krap
sumber : Sha Roziah Al Yahya via MAHN