Lumrahnya bila kita membeli kentang di pasaraya atau pasar malam, ciri utama yang kita jadikan pilihan adalah kentang tersebut mempunyai permukaan yang licin, tidak lembik dan yang penting tidak bertunas.
Ini kerana semua maklum, kentang yang telah bertunas bahaya untuk dimakan dan boleh menjejaskan kesihatan.
Namun bagaimana pula sekiranya kentang yang dipilih dengan teliti dan disimpan beberapa hari, belum pun sempat dimasak sudah bertunas? Adakah anda terus membuangnya begitu sahaja?
Berkongsi cara bila berhadapan dengan situasi tersebut, salah seorang pemilik akaun facebook iaitu yatieimra berkongsi info untuk manfaat bersama.
Ini perkongsiannya
Semua sedia maklum kentang yang bertunas bahaya dimakan. Saya pernah baca komen-komen netizen sebelum ni, ada yang terus buang kentang walaupun baru keluar mata/putik tunas tu..
Memang TAK DINAFIKAN kentang yang dah bertunas BAHAYA DIMAKAN. Tapi bagi kentang yang BARU NAK BERPUTIK, ianya boleh diselamatkan lagi agar dapat elakkan pembaziran.
Sekali lagi saya tegaskan, hanya kentang yang BARU NAK KELUAR PUTIK TUNAS sahaja ye boleh gunakan cara ni. Jangan korang memandai-mandai lak sengaja amalkan makan kentang yang dah bertunas nak jadik pokok tu haa
BUANG KULIT KENTANG & SEDIKIT ISINYA
Kentang yang bertunas bahaya dimakan sebab mengandungi toksin solanine. Solanine ni paling banyak pada kulit kentang hingga ⅛ inci isi kentang (dari luar). Lagi banyak tunas-tunas dah keluar, lagi tinggi kandungan toksinnya sebab tu salah satu cara/ mekanisma kentang mempertahankan diri dari haiwan, dll supaya survive menjadi pokok dengan jayanya. Tapi kat rumah tu, kalau salah cara simpan kentang, kentang akan bertunas awal lak So, apa yang korang perlu buat untuk selamatkan kentang yang baru keluar mata (putik tunas)..
Pastikan buang putik tunas & keseluruhan kulit kentang
Buang juga sedikit isi kentang dalam anggaran ⅛ inci (3.5–4.0 mm). Tak kisahlah nak guna pisau ataupun peeler..tak perlu sayang sebab bahagian ni mengandungi racun ye.
Potong kentang mengikut portion yang disukai/bergantung pada jenis masakan korang (dalam gambar tu saya potong kiub sebab nak buat cucur kentang)
Rendam kentang dalam bekas berisi air & sedikit sahaja cuka selama 5–10 minit (lagi lama lagi bagus sebenarnya)
Bilas kentang & sedia untuk digunakan
KEGUNAAN CUKA
Tujuan rendam kentang dalam air yang ditambah cuka adalah untuk kurangkan racun solanine dalam kentang. Lebih banyak racun solanine dikeluarkan jika kentang dipotong kecil sebab lebih banyak permukaan kentang yang terkena cuka tadi.
Cuka gak bertindak kurangkan penghasilan toksin akrilamida. Jika ada baki kentang mentah yang tak habis digunakan — sebaik²nya sebelum simpan dalam petisejuk, rendam baki kentang mentah tadi dalam air yang dicampurkan dengan cuka sikit. (Jangan letak banyak² cuka tu kang kentang meresap rasa masam lak ) Kalau boleh, gunakanlah kentang tu dalam masa 3 hari.. (sebaik²nya guna dalam tempoh 24jam). Lebih lama biarkan kentang dalam suhu sejuk, lagi tinggi penghasilan akrilamida bila masak nanti.
Selain tu, rendam dalam air & cuka bertujuan nak kurangkan kanji kentang. Sebab tu petua orang² tua dulu, memang selalu pesan rendam kentang dalam air & cuka lepas potong untuk buang “getah” atau kanji ni..
Apapun semoga bermanfaat
Sumber : yatieimra
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club