Biasanya bab kita ingin membeli kereta ini ada macam-macam alasannya, antaranya dengan adanya kerata yang ingin kita beli akan dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dasar sebagai pengangkutan untuk kita bawa keluarga ke destinasi tertentu dengan selesa dan mudah. Keduanya ada orang beli kerata disebabkan ingin menunjukkan status diri pada orang lain dan tidak kurang juga sebagai suatu kepuasan diri.
Berkongsi tentang pembelian kereta ini, Dr Azizul Azli Ahmad ada berkongsi pandangannya dan bolehlah dijadikan panduan agar pilihan yang dibuat tidak membebankan kewangan sendiri. Ini kerana kenderaan itu ada yang menyamakan sebagai ‘monter’ yang telan banyak duit.
Kenapa begitu? Ini kupasannya.
BOLEHKAH GAJI BESAR, KERETA KECIL BANG?
“Bang, gaji saya RM7000, tapi nak pakai Bezza saja boleh bang?”
“Boleh sangat dik, lebih bagus berjimat dari membazir”
“Bang gaji saya layak pakai City dan Vios bang”
“Pakai sahaja dik jika mampu tak salah”
“Orang kata bodo bang, gaji besar pakai kereta kecil bang?”
“Sesungguhnya dia tak membantu waktu kita susah nanti”
“Malu bang, belajar susah susah kereta murah macam nie pakai?”
“Lagi malu pakai kereta mewah, tapi masih duduk rumah sewa”
“Kita ambil hak orang lain nie bang?”
“Stok kereta dah habis ka?”
Kawan kawan,
Saya jumpa ramai orang yang ‘mampu’, tapi rendahkan kemampuan kewangan mereka untuk hidup dengan baik.
Kereta mereka biasa biasa sahaja.
Tetapi ada hartanah yang baik, buat simpanan emas, ada simpanan persaraan yang baik, Sediakan dana pendidikan anak yang baik.
Tidak salah, walau kita mampu beli kereta yang bagus. Hiduplah secara sederhana sahaja waktu begini.
Sekarang bukan masanya buat hutang yang ada susut nilainya.
Kenderaan lokal, ada susut nilai RM10,000 setahun. Kenderaan import ada susut nilai RM20,000 setahun.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 2 kali ganda dari susut nilai ini atau tidak?
Saya dulu pernah terjebak juga dengan dunia kereta kayangan ini. Maklumlah waktu itu gred jadi 52. Bila kita semakin bijak, kita tahu mana yang perlu kita dahulukan.
Saya jual kereta MPV besar dan 3 tahun saya hanya sewakan kenderaan besar bila nak balik kampung bercuti. Ia selesa dan tetap menjimatkan.
Kenderaan adalah monster yang telan banyak duit kita bak kata sahabat saya Ahyat Khalissabri Bin Ishak.
Saya jumpa ramai kawan hebat yang gaji RM7000 tetapi masih naik Myvi dan ada hartanah yang baik buat dirinya.
Jika mampu beli dan nikmati, jika tidak lebih baik hindari .
Sumber : Azizul Azli Ahmad
ARTIKEL MENARIK : Buat Macam Ni Lagi Rasa Seronok Nak Menabung, Boleh Follow & Janji Tak Mengecewakan!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club