Biasanya bab kita ingin membeli kereta ini ada macam-macam alasannya, antaranya dengan adanya kerata yang ingin kita beli akan dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dasar sebagai pengangkutan untuk kita bawa keluarga ke destinasi tertentu dengan selesa dan mudah. Keduanya ada orang beli kerata disebabkan ingin menunjukkan status diri pada orang lain dan tidak kurang juga sebagai suatu kepuasan diri.
Berkongsi tentang pembelian kereta ini, Dr Azizul Azli Ahmad ada berkongsi pandangannya dan bolehlah dijadikan panduan agar pilihan yang dibuat tidak membebankan kewangan sendiri. Ini kerana kenderaan itu ada yang menyamakan sebagai ‘monter’ yang telan banyak duit.
Kenapa begitu? Ini kupasannya.
BOLEHKAH GAJI BESAR, KERETA KECIL BANG?
“Bang, gaji saya RM7000, tapi nak pakai Bezza saja boleh bang?”
“Boleh sangat dik, lebih bagus berjimat dari membazir”
“Bang gaji saya layak pakai City dan Vios bang”
“Pakai sahaja dik jika mampu tak salah”
“Orang kata bodo bang, gaji besar pakai kereta kecil bang?”
“Sesungguhnya dia tak membantu waktu kita susah nanti”
“Malu bang, belajar susah susah kereta murah macam nie pakai?”
“Lagi malu pakai kereta mewah, tapi masih duduk rumah sewa”
“Kita ambil hak orang lain nie bang?”
“Stok kereta dah habis ka?”
Kawan kawan,
Saya jumpa ramai orang yang ‘mampu’, tapi rendahkan kemampuan kewangan mereka untuk hidup dengan baik.
Kereta mereka biasa biasa sahaja.
Tetapi ada hartanah yang baik, buat simpanan emas, ada simpanan persaraan yang baik, Sediakan dana pendidikan anak yang baik.
Tidak salah, walau kita mampu beli kereta yang bagus. Hiduplah secara sederhana sahaja waktu begini.
Sekarang bukan masanya buat hutang yang ada susut nilainya.
Kenderaan lokal, ada susut nilai RM10,000 setahun. Kenderaan import ada susut nilai RM20,000 setahun.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 2 kali ganda dari susut nilai ini atau tidak?
Ads
Saya dulu pernah terjebak juga dengan dunia kereta kayangan ini. Maklumlah waktu itu gred jadi 52. Bila kita semakin bijak, kita tahu mana yang perlu kita dahulukan.
Saya jual kereta MPV besar dan 3 tahun saya hanya sewakan kenderaan besar bila nak balik kampung bercuti. Ia selesa dan tetap menjimatkan.
Kenderaan adalah monster yang telan banyak duit kita bak kata sahabat saya Ahyat Khalissabri Bin Ishak.
Saya jumpa ramai kawan hebat yang gaji RM7000 tetapi masih naik Myvi dan ada hartanah yang baik buat dirinya.
Jika mampu beli dan nikmati, jika tidak lebih baik hindari .
Bercucuk tanam di laman rumah menarik juga dijadikan hobi, apatah lagi katanya dengan menanam pokok boleh dijadikan terapi pada diri seseorang. Sesuai sangatlah untuk dipraktikkan bagi hilangkan stres setelah seharian berkerja.
Jadi apa kata kita cuba dengan menanam sawi di dalam petak tanaman terlebih dahulu.Cara ini lagi mudah, mengurus tanaman jadi lebih mudah. Nanti bila dituai hasilnya bolehlah dijadikan untuk makan sendiri, pasti puas hati.
Jadi sila hadam step bercucuk tanam sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Azuan ini.
“Tips Tanam Sawi Dalam Petak Tanaman”
Sawi giant antara tanaman yang paling mudah ditanam dirumah. Macam saya, saya biasa tanam sawi ini dalam bekas tanaman. Antara bekas tanaman yang selalu saya guna adalah petak tanaman, tayar, tong cat dan pasu.
Baik, pagi ni saya nak kongsi tips tanam sawi dalam petak tanaman.
.
1. Petak tanaman boleh dibina samada dengan batu bata atau papan terbuang. Tiada saiz yang tertentu. Ianya bergantung pada keadaan tempat. Cuma, lebar petak tersebut biasanya tidak akan lebih daripada 3 kaki. Ini untuk memudahkan kerja – kerja pengurusan nanti.
2. Media yang biasa saya gunakan adalah tanah campuran. Nisbah tanah campuran yang saya biasa buat adalah 1 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian kompos / bokashi.
3. Tanam anak benih yang telah disemai supaya tumbesarannya menjadi seragam. Biasanya saya akan tanam anak yang berusia antara 2 – 3 minggu lepas semai. Lagi besar anak yang ditanam, lagi cepat boleh harvest.
.
4. Jarak tanaman adalah 1 kaki antara pokok. Jarak yang sesuai amat penting supaya pokok mendapat ruang yang secukupnya untuk membesar. Pengalaman saya, satu pokok boleh mencapai berat melebihi 1 kg.
5. Kaedah pembajaan yang saya guna adalah melalui siraman dan foliar.
6. Baja disiram seminggu sekali. Guna baja NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siraman dibuat pada waktu pagi dengan kepekatan antara 2.0 – 2.5 mS.
.
7. Biasanya lepas sebulan kita dah boleh ambil untuk dimasak. Potong 2 – 3 helai je dulu daun yang paling bawah. Pengalaman saya, ia boleh bertahan hingga 3 bulan.
8. Andai kata kita tak potong daun paling tua, beratnya boleh mencapai 1 kg 1 pokok pada usia 2 bulan lebih.
Berkebun dapur ni menjadi lebih seronok bila segala usaha kita berhasil. Ia bukan sekadar hobi malah menjadi terapi minda buat kita. Ramai sahabat yang telah mengakuinya, stress hilang bila berkebun. Alhamdulillah.
sumber : Azuan Abdullah Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Figura seni ini memang cukup hebat orangnya. Selain berbakat dalam bidang bisnes, selebriti bernama Neelofa ini juga cukup dikagumi dan menjadi idola buat anak gadis di luar sana terutama dari segi berfesyen.
Terbaru, pengacara dan usahawan muda ini menerima anugerah Entrepreneur menerusi Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco beberapa hari lalu. Dalam satu perkongsian, ibu kesayangannya Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyampaikan ucapan tahniah.
Datin Noor Kartini memuat naik satu coretan yang cukup istimewa menerusi laman instagramnya.
MashaAllah Tahniah ❤️.. syukur Ya Rabb dengan karuniamu mashaAllah tiada kata yg dpt di ucapkan hanya mampu bersyukur pada yang Esa.. janji Allah sesiapa yg membahagiakan orang tuanya, yang menghormati dan menyayangi mereka maka ganjaran Allah tidak terbatas untuknya..
Memanggil anak perempuannya itu dengan panggilan manja Love, jelas Datin Noor kartini, anaknya itu seorang yang taat kepada ibu bapa dan penuh dengan rasa kasih sayang.
@neelofa anak yang sentiasa menjaga hati mamanya, menghormati dan membahagiakan saya setiap masa.. apa yg dilakukan selalu di katakannya love buat untuk mama.. masyaAllah inilah yg dikatakan sejuk perut ibu mengandung .. anak yang taat penuh kasih sayang .
Mama love you dan selalu bangga dengan love .. moga Allah qabulkan segala doa love, capaikan segala hajat love dan sempurnakan segala cita2 love..
Selamat pulang ke malaysia love, moga Allah karunia barokah dan rahmah sepanjang perjalanan pulang dgn sehat dan bahagia juga di angkat darjat love setinggi tingginya.. Amiin Allahumma Amiin
Meskipun bertambahnya umur, kita orang perempuan sebolehnya tidak mahu wajah terlihat tua. Jika boleh biarlah sentiasa awet muda.
Berharap sahaja mana mungkin boleh terjadi, tapi perlu ada usaha bagi melengahkan kesan penuaan terlihat diwajah.
Jika diikutkan petua orang dulu-dulu umpamanya, memang banyak. Sama ada secara luaran hinggalah melalui pemakanan. Dan semua itu, 5 yang mudah untuk dilakukan kami sediakan untuk anda amalkan. Jom semak apakah cara terbaik tersebut untuk kekal muda.
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
Selain perawatan dari luaran, amalan minum air herba tertentu juga dapat membantu wanita untuk kekal muda.
Antaranya seperti mengamalkan minum air rebusan serai. Penyediaannya cukup mudah, ambil 10-15 batang serai, kemudian di rebus dengan air 10 liter selama 2 jam atau hingga pekat dan keluar bau harumnya. Amalkan selalu dan akan nampak kesannya pada wajah dan tubuh badan.
Selain itu, minuma air halba yang dicampur dengan kurma juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri disamping mambantu untuk kekal muda.
Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Dr Malinda.
Bahan-bahan:
1 sudu halba (Fenugreek)
7 biji kurma (saya prefer guna Kurma Mariami sebab tak manis, kalu tak just guna kurma biasa yang tak manis )
Air – setengah cerek
Caranya:
1. Masukkan air dalam cerek untuk merebus.
2. Masukkan halba dan kurma tadi.
3. Rebus sampai warna air kelihatan seperti teh.
4. Siap! Ambil airnya dan minum seperti teh biasa.
Anda tak perlu tambah gula sebab manisan dari kurma tu dah cukup. Minum 2 kali sehari untuk kesihatan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.