
“Kenapa Tak Macam Mak Orang.” Lepas Pantang Tampil ‘Slim’ Syafiqah Aina Bikin Warganet Cemburu, Ramai Minta Tip!
Bagaikan irama dan lagu, wanita dan kecantikkan memang tidak dapat dipisahkan. Selepas berpantang pun wanita tetap mahu kembali langsing.
Usahawan, model dan instafamous, Syafiqah Aina meraih perhatian ramai apabila ‘mantain’ cantik selepas berpantang.
Syafiqah yang juga dikenali sebagai pengasas pengasas Ainaa Beauty bersama suaminya, Hafiz Mahamad berkongsi video berpantangnya.
Hantaran dengan kapsyen penuh makna membuatkan ramai kagum.
Ikuti perkongsiannya
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Selepas 9 bulan mengandung, 44hari berpantang, now its time to come back!”
Lepas ada anak, langsung tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri
Mommies, you’re amazing! Kena tahu tu. Kita mampu buat banyak benda dalam satu masa
Kita uruskan rumah, jaga anak, sediakan susu, makan & keperluan anak, sambil bekerja pun kita boleh buat semua tu, takan nak bersiap untuk diri sendiri kita tak boleh buat kan?
It’s the time to come back! Bahagi sikit masa untuk diri sendiri & love yourself before others k. Fill yourself up so that you can give more to others
TAK MACAM BADAN MAK-MAK
Meninjau di ruangan komen, para netizen teruja melihat ibu kepada dua orang anak ni kembali langsing. Antara komen adalah seperti berikut.
“Geramm ekk lepas bersalin anak dua pun makin cantik.”
“Kenapa tak macam mak orang pun.”
“Ni mak anak 2 ke ni, girl crushhhhh.”
“Akak.. macam mana cara akak maintain kan berat badan?”
“Nak tip slim please.”
“Tercabar tengok kita yg belum kawin.”
Sumber: syafiqahaina
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Anak Ni Mengadu Keadaanya Tak Sama Setelah Ibunya Meninggal. Undang Sebak & Ramai Doakan Terus Kuat!

Perginya seorang wanita bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil pastinya cukup terkesan untuk seisi keluarga meneruskan kehidupan tanpanya. Sama ada bagi si suami mahu pun anak-anak. Sekelip mata perjalanan hidup telah berubah 360 darjah. Begitulah yang dialami oleh Nazri Ahmad bila isterinya dijemput Ilahi pada tanggal 6 Februari 2021 yang lalu.
Apa yang lebih menyentuh perasaannya bila mana dia terbaca whatsapp Indah, anak perempuan mengadu tentang betapa dia sedih menguruskan pelbagai kerja di rumah. Sebagai ayah, hatinya seakan retak seribu dan merasakan betapa gagalnya menjadi ayah terbaik buat Indah.
Semalam baca whatsapp Indah.
Tapi dia bukan whatsapp ke saya. Ke orang lain yang dia selalu mengadu sekarang ni selain saya.
Hati retak seribu rasanya. Feels like a failed daddy.
Saya di Cheras on the way ke Bangi semalam masa ni, dan sepatutnya lepas setel di Bangi ada niat nak jumpa kawan sekejap di situ yang mai dari Kulim.
Tapi semua tu saya cancel. Perjalanan dari Cheras ke Bangi tu rasa macam jauh sangat. Dan dari Bangi patah balik ke Shah Alam tu speeding macam apa lagi. Lantaklah nak dapat surat speeding ka apa.
Nak cepat-cepat ja sampai rumah. Rasa macam Indah ni dah burn out. Luluh ja hati ni.
Dalam banyak anak, dia sorang ja yang betul-betul boleh buat abah jadi serba tak kena.
Harapnya ada sinar di sebalik semua kesedihan dan ketidakpastian dalam nak adapt semua benda baru ni.
Bahagia itu kita cipta dan akan datang sendiri nanti in sha Allah.
* Gambar pertama tu, tahun lepas. 2020.
Passed away. Sudden death | 6th Feb 2021

Sumber : Nazri Ahmad
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Miss V Lebih Ketat & Mantap Dengan Jus Detoks 7 Bahan, Wanita Sudah Bersuami Wajib Amalkan!

Menjadi wanita bergelar isteri haruslah sentiasa menjaga kecantikan diri sendiri. Kebersihan diri antara yang wajib wanita berikan perhatian setiap hari. Paling tidak haruslah berpakaian kemas dan wangi buat suami.
Rutin wajib yang semua wanita bersuami kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita. Suami pun tumpang sekali gembira kalau isteri pandai menjaga keperluan yang satu ni.
Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih
sahaja. Senang!
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada
serai dan daun pandan.
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau
habbatus sauda. Selamat mencuba!
Sumber: Fyza Shah
“Mujur Isteri Tahu CPR.” Setelah 5 Minit Lemas, Anak Ini Dapat Di Selamatkan. Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas, Moga Jadi Iktibar!

Siapa sangka dalam waspada menjaga keselamatan anak, kejadian yang tidak diingini tetap berlaku.
Bukan tidak prihatin tentang soal keselamatan anak-anak terutama di sekitar rumah.
Namun anak yang lincah kadang kala ibu ayah terlepas pandang.
Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini yang hampir kehilangan anak tersayang akibat lemas dalam kolam buatan sendiri.
Anaknya yang masih kecil tanpa disedari keluar ke halaman rumah tanpa sengaja telah jatuh di dalam kolam.
Setelah hampir 5 minit telah berjaya diselamatkan oleh ibunya sendiri dengan bantuan CPR.
Siapa yang tidak sedih dan trauma kejadian ini terjadi kepada darah daging. Lebih lagi kejadian berlaku didepan mata.
Jauh di sudut hati tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada keluarga lain, pasangan suami isteri ini berkongsi detik cemas itu. Ikuti perkongsian saudara Abdul Rahim menerusi facebooknya.
Moga jadi ikhtibar!
Pengajaran buat kami sekeluarga hari ini.
Pertama, betapa penting pengetahuan CPR.
Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, petang tadi Atikah Mohd Ramzan dapat kembali anak bongsu kami selepas berjaya buat CPR sejurus selepas angkat dari kolam. Hampir 5 minit ibunya buat CPR anak kandung sendiri. Super Mom.
Kedua,
Penghadang yang lebih tinggi dari kepala pun dia boleh ambil kerusi dan panjat.
Jadi berwaspadalah sentiasa dengan anak kecil.
Kolam ni dah pun kami simpan.
Tak pasang dah lepas ni.
Pasang sebelum ni pun untuk ajar anak-anak berenang dan apungkan badan.
Kakaknya dah mahir, dia saja belum.
Mohon doakan banyak2 lagi untuk anak bongsu kami Alita Raysha Abdul Rahim.
Update dari ward kanak-kanak HRPB yang Alita mungkin dimasukkan ke ICU malam ni.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami.
Video untuk ikhtibar bersama
Video ini asalnya untuk rekod sahaja kepada doktor mengenai berapa lama durasi kanak – kanak tersebut lemas tanpa oksigen.
Alhamdulillah semuanya selesai dan saya boleh simpan sendiri video ni. Tapi saya tekad untuk kongsi kecuaian dan kelemahan diri saya ini supaya menjadi kesedaran kepada ibu bapa lain, bahawa ‘hazard’ ada di mana-mana dan dari perkongsian ini kemalangan seperti ini boleh dielakkan dan banyak nyawa kanak-kanak lain juga boleh diselamatkan.
Kerana kerusi atau alatan untuk anak memanjat halangan ini ada di mana – mana, bukan penghadang kolam saja, malah penghadang di rumah kondo atau flat.
Tentang pagar yang terbuka, kami berada di luar berhampiran ketika itu. Semua sedang mencuci seluruh rumah termasuk kolam tersebut. Tentang lalai kami akui. Kerana itu kami berkongsi.
Ini kelemahan kami pada waktu itu. Itu yang kami ingin kongsikan. Realiti tak sentiasa indah, Video berdurasi 3 minit. Kurang 10 saat selepas tu kami tiba dan dengan izin Allah sempat diselamatkan.
Tapi jika ingin berlaku kemalangan, 10 saat kecuaian kami pun sudah cukup. Tentang kolam pula, air akan dikosongkan atau kolam ditutup apabila tidak digunakan.
Saya mendoakan dan memohon kepada Allah SWT agar anda semua disini dihindari dan dijauhi dari perkara seperti ini berlaku kepada ahli keluarga anda. InsyaAllah.
Kronologi kejadian
Ini video & kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;
1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.
2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat – cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.
4. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.
5. Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.
6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil – manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.
7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.
9. Alhamdulillah, (Gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.
10. Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama – lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.
11. Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak – anak sentiasa diperlukan.
12. Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.
10. Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul – betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.
11. Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati – hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.
Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.
Alhamdulillah. Semuanya selesai.
Terima kasih kepada yang mendoakan.
Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga.
Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.
Sumber: Abdul Rahim
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club