“Kenapa Tak Cari Saya? Cari Saya Kalau Tak Nak Baby, Sahabat! Terkesan Kes Buang Bayi, Abby Abadi Rayu Jangan Buang, Beri Padanya.

Share

Kes buang bayi baru-baru ini mengundang reaksi dari pelakon Abby Abadi. Beliau yang membela dua anak angkat ada memuat naik perkongsian mengenai hal tersebut di laman instagramnya.

Kenapa tak cari Sy????? Cari Sy kalau taknak Baby Sahabat. Sy usaha beri kehidupan yg terbaik utk Baby ni dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nk menjaga dia.. kenapa buang mcm ni? ?


.
Please adik kakak, makcik.. kalau taknak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Sy usahakan duit belanja utk perbaiki keadaan juga.. Pleaseee!!! 

Itu antara luahan Abby menerusi kapsyennya semalam. Menurut Pelakon Gerak Khas ini, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.

Abby dan suami, Muhammad Faizal sebelum ini mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.

Abby menerusi perkahiwnan pertama mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Perkongsian Abby itu mendapat maklum balas dari orang ramai. Rata-rata yang memberi komen memuji akan sikap prihatin Abby.

Tak kurang yang meluahkan kesedihan dengan sikap tak bertanggung jawab ibu berkenaan yang sanggup membuang bayi sendiri.

suly.roslan Allahuakbar! Kenapa lah dia buang mcm tu. Ya Allah, moga Allah mudahkan urusan beliau…. moga dilindungi oleh Nya

cikpuanzulaihamustaffa Alhamdulillah..si ibu ada hati ada kasih sayang lagi…jikalau ibu yang senasib ibu macam baby dalam gambar mungkin dia tak da hp sahabat yang rapat tolong sampaikan ? ye .

audela_me_beauty comellnya anak syurga ni… semoga dilindungi Allah dn mendpt keluarga yg baik2

shah_ashraf Sis @abby_abadi112 kalau ada baby boy beri pada saya ya. Saya nak! Moga usaha dipermudahkan Allah swt

veilcantik Moga Allah murahkan rezeki kak abbh lagi. Teruskan usaha ni kaka abby.

Sumber: IG abby_abadi112