“Kenapa Perlu Hina Mak Orang?” Anne Jobling Kesal Netizen Kata Ibu Macam ‘Orang Gaji

Share

Sejak tular drama Melur Untuk Firdaus, nama Anna Jobling semakin menjadi dikenali dan sering mendapat perhatian.

Namun baru-baru ini, timbul isu yang kurang enak didengari apabila ada segelintir netizen tergamak meninggalkan komen-komen buruk terhadap ibu kandungnya iaitu dikatakan ‘orang gaji’ menerusi satu tinggalan komen telah menjadi buah mulut ramai.

Anna Jobling memberikan reaksi mengenai perkara tersebut. Katanya, dia berasa pelik kenapa perlu hina mak orang macam itu?

Dipetik dari temubual bersama OhBulan!, Anna akui terkilan dengan sikap sesetengah individu yang tidak menghormati keluarganya terutama ibu.

Kata aktres berumur 22 tahun ini, ibunya tidak pernah mengusik dan mengendahkan hal orang lain namun menjadi sasaran buli siber.

“Kenapa perlu hina mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family?

“For me, jangan ganggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.

“Apa yang kamu akan rasa kalau ada seseorang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?” katanya.

Ditanya keadaan ibu, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata wanita yang sentiasa menjadi tulang belakangnya itu langsung tidak terkesan dengan komen ‘pedas.’

“Alhamdulillah, ibu saya seorang wanita yang kuat. Dan dia tak kisah pun. Dia hanya memberi fokus penuh pada saya. So you know what… buatlah apa yang kamu nak buat.

“Sedih tu memang sedih sebab ibu saya tak buat apa-apa. Mungkin sebab saya merupakan seorang figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa sahaja tentang saya.

“Kenapa tak komen tentang kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut… mereka akan sentiasa bercakap.” tambahnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Melur Untuk Firdaus turut tersentuh dengan sokongan peminat yang tidak putus memberi kata-kata semangat.

“Peminat saya baik-baik. Mereka faham saya macam mana dan saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka.” jelasnya.

Sumber: Oh Bulan, Instagram @annajobling