Kenapa Kena Peluk Isteri Setiap Hari? Suami Wajib Tahu Ni!

Share

Akad besar maknanya dalam kehidupan berumahtangga. Kuasa akad inilah yang mencetuskan segala rasa bahagia apabila disahkan sebagai suami isteri. Salah satu kuasa yang hebat kuasa pelukan suami isteri. Mudah.

Tak susah pun nak rasa bahagia, peluk dengan ikhas sahaja dah buat isteri atau suami rasa lega.

Menurut Pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, menerusi kajian yang dijalankan oleh seorang pakar dari Jerman berkata, seorang suami yang memeluk isterinya sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan lebih panjang umurnya sebanyak lima tahun. Kajian ini membincangkan kaitan antara sentuhan dan tahap kesihatan seseorang individu.

Kajian juga membuktikan pelukan setiap pagi mampu membuat sistem reproduktif wanita lebih cergas dan aktif dengan kuasa pelukan ini.

Jadi bagaimana? Mari bentuk semula kuasa pelukan ini sebelum anda melangkah ke pejabat dan lihat bagaimana semua ini memainkan peranan cukup penting dalam keutuhan rumah tangga anda.


Kenapa Kena Peluk?
Seseorang itu dikatakan panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Pelukan ringkas dan tidak bernafsu sebenarnya cukup disarankan setiap pagi, sebelum anda melangkah ke pejabat. Sebelum keluar rumah, peluklah seketika isteri dan kucup keningnya tanda anda menyayanginya.

Remeh pada anda, namun besar maknanya pada si isteri. Ia umpama terapi diri yang dapat melancarkan pembuluh darah ke seluruh anggota tubuh dan pembakar semangat untuk isteri melakukan kerja-kerjanya sepanjang hari. Bukan hanya cantik tetapi bahagia di dalamnya.


Perlu Tahu!
1. Kaji selidik menunjukkan pelukan sang suami kepada isteri mampu gembirakan dan sembuhkan hati isteri yang gundah gulana dan bimbang.

2. Jika anda bersedih, mintalah suami memeluk anda dengan erat supaya ia mampu dilepaskan dan anda akan kembali tenang. Bukan pelukan bernafsu, tetapi lebih kepada penyejukan hati dan buat anda rasa lebih selesa dan selamat di sisinya.

3. Ketika memeluk, dekatkan kepala atau tubuh pasangan ke tubuh kita. Cantuman dan ekanan dari hati ke hati membolehkan pasangan berlaku jujur di antara satu sama lain.

4. Setiap sentuhan lembut anda di pinggang, punggung baik di kawasan belakang badan mencerminkan kejujuran dan kepercayaan yang utuh kedua pasangan. Ini membantu komunikasi terbuka dan lebih jujur. Usaplah tubuh isteri dengan lembut dan pandang matanya ketika berpelukan. 

Rangkulnya erat dalam pelukan anda.

5. Pelukan dapat melumpuh dan meredakan otot-otot tubuh sekali gus tekanan dalam tubuh. Ketika isteri sedang sakit sama ada senggugut, migrain atau masalah sakit lain, pegang tangannya dan peluklah dia erat supaya meredakan kesakitan yang
dialaminya.

6. Hormon yang terhasil akan meningkatkan pengaliran darah secara sempurna ke dalam tisu-tisu lembut. Belai dan urut lembuttangannya mesra dan beri dia kucupan paling istimewa. Biarkan dia berbaring lena dalam pelukan anda. Tidak mampu membantu secara
teknikal, bantuan psikologi sudah cukup meredakan isteri.