Bagi yang pernah mengerjakan umrah, pasti akan ada kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna buat mereka. Masih panas dengan isu istiqamah dan tudung, setiap orang baik selebriti mahupun orang biasa berkongsi pengalaman dan juga pandangan sendiri.

Bagi  penyanyi yang lahir dari program realititi tv ini, dia banyak memikirkan tentang istiqamah usai pulang menunaikan umrah pada awal Februari lalu.

“Kenapa Di Makkah, Boleh Jaga Aurat Sebaiknya. Balik Sini Bertudung Tetapi Tak Tutup Dengan Sempurna. Deep Perkongsian Mila Jirin Ni!

Mila, 31 yang juga seorang usahawan dalam satu perkongsian memberitahu, setiap hari dia mempersoalkan dirinya yang boleh menutup aurat dengan sempurna ketika di Makkah dan Madinah namun tidak mampu melakukan perkara yang sama selepas pulang ke Malaysia.

“Semenjak balik dari #umrah2019 dengan @bizmillahtravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang ‘ISTIQAMAH’… Hati seperti berbicara dengan diri sendiri.

“Kenapa waktu di Makkah dan Madinah, boleh menjaga aurat sebaiknya… Kenapa balik Malaysia masih berseluar jean. Bertudung tetapi masih tak tutup aurat dengan sempurna?

Ads

“Persoalan ini hari-hari bermain di fikiran dan hati saya… Benar… Malunya pada Allah. Waktu mengerjakan umrah aurat ditutup sebaiknya,” katanya.

“Kenapa Di Makkah, Boleh Jaga Aurat Sebaiknya. Balik Sini Bertudung Tetapi Tak Tutup Dengan Sempurna. Deep Perkongsian Mila Jirin Ni!

Dia merujuk cara berpakaian yang betul menurut kehendak Islam iaitu seharusnya seseorang wanita Islam menutup aurat dengan memakai pakaian longgar.

Mila telah mengambil keputusan untuk bertudung penuh pada hujung bulan Ramadan 2014 dan penghijrahan itu dilakukan sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Ads

Dalam pada itu, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin ini memberitahu dia menyedari betapa pentingnya untuk menutup aurat dengan sempurna ketika berada di sana namun mula lupa mengenai perkara itu.

“Kenapa Di Makkah, Boleh Jaga Aurat Sebaiknya. Balik Sini Bertudung Tetapi Tak Tutup Dengan Sempurna. Deep Perkongsian Mila Jirin Ni!

“Saya secara automatik tahu tentang penting tutup aurat. Tetapi bila pulang ke sini (tanah air), kembali seperti biasa dan mula lupa apa itu aurat.

Ads

“Allahuakbar! Bimbanglah kami agar istiqamah dan taat kepada mu ya Allah… Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah,” ujarnya.

Mila berkahwin pada 11 November 2015 bersama Ahmad Ailis Mohamed Mustapha, 38.  Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.

View this post on Instagram

Semenjak balik dari #Umrah2019 dengan @bizmillatravel banyak sangat yang saya fikirkan tentang "ISTIQAMAH" …. Hati seperti berbicara dengan diri sendiri "Kenapa waktu di Makkah Madinah, boleh menjaga AURAT sebaiknya…kenapa balik Malaysia masih berseluar Jeans..BERTUDUNG tetapi masih tak TUTUP AURAT dengan sempurna???" . . PERSOALAN ini hari hari bermain di fikiran dan hati saya… BENAR…MALU nya pada ALLAH ?…Waktu mengejakan Umrah AURAT ditutup sebaiknya…Saya secara AUTOMATIK tau tentang PENTING tutup aurat…tetapi bila pulang ke sini, back to normal dan mula LUPA apa itu Aurat…. Allahuakbar! Bimbinglah kami agar ISTIQAMAH & TAAT kepada mu ya ALLAH… . . Sekadar pengkongsian dari hati seorang hamba Allah. @bizmillatravel

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Mila berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram dan rata-rata pengikut mendoakan dia supaya terus istiqamah mengekalkan imej menutup aurat dengan sebaiknya.

linalokman240199 @lyndanaim Kan ramai yg g2.kat blk je Malaysia pakai baju x cukup Kain,seluar kecik Ade yg x pakai tudung .x malu ke Masa umrah leh pulak pakai elok2 ??

haziahhaniff1453 Semoga mila sentiasa mnjaga aurat sb aunty suka tgok mila bepakaian menutup aurat tetap cantik

ina.whb Alhamdulillah..istiqomah tu yg penting..Jubah beli kat mane ye? Susah nak dapat size kecik ? @mila_jirin

azziezieroselan @mila_jirinmilaaa…doakan saya juga. senantiasa istiqomah dalam bab bab aurat wanita ni

nutrition.vita Kak milaaa. I adore u. Keep istiqamah. Ramai doakan kakmila.?

aisyah_lani Mudah-mudahan kita semua berjaya istiqamah.. Amin

Sumber: IG mila_jirin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI