
Sekali sekala persoalan ini perlu juga dijawab oleh diri kita yang telah sekian lama mendirikan rumah tangga.
“Kenapa berkahwin kalau tak nak membahagiakan…?”
Sebaiknya jangan hanya tahu ingin diri rasa bahagia dibelai dan dimanja oleh pasangan, namun tidak pula memberi rasa bahagia dan tanggungjawab yang diharapkan oleh pasangan. Hidup ini saling perlu memerlukan di antara satu sama lain.
Berkongsi pandangan tentang persoalan mencari bahagia dalam perkahwinan, Firdaus Shakirin ada berkongsi nukilan di akaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
Kenapa berkahwin kalau tak nak membahagiakan…?
Kenapa berkahwin kalau tak nak menjalankan kewajipan…kenapa berkahwin kalau tak nak bertanggungjawab…kenapa berkahwin kalau hanya ingin menyakiti dan melukai…
Perkahwinan ini didirikan utk saling kasih mengasihi, sayang menyayangi…
Perkahwinan ini bertujuan untuk membahagiakan satu sama lain dengan menjalankan kewajipan, tanggungjawab dan hak ke atas satu sama lain…
Tiada hati yang akan disakiti dan dilukai andai perkahwinan itu kena dengan nawaitunya…
Kita berkahwin bukan sekadar atas dasar suka sama suka…kita berkahwin bukan sebab orang lain kawin, kita pun nak kawin…kita berkahwin bukan sebab usia kita dah lanjut atau org tua kita paksa kita untuk berkahwin…
Fikir balik kenapa kita berkahwin…
Sia-sia kita berkahwin dan hidup bersama jika tujuan, matlamat, nawaitu kita tu tak sama dengan si dia yang kita kahwini…
Perkahwinan adalah penyatuan dua hati yang dapat mencari persamaan dan meraikan perbezaan untuk menuju ke pengakhiran kehidupan…
Tanya diri kita, apa sebenarnya yang kita cari dalam perkahwinan kita pada hari ini…
Sumber : Firdaus Shakirin
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Cara Mudah Cuci Kesan Kotor Pada Kusyen Kereta Dengan Modal RM6 Jer, Boleh Cuci Karpet & Tilam Juga!

Geram bila tengok kesan kotoran pada ksuyen kereta. Nak-nak lagi kotoran akibat sisa makanan yang ditinggalkan anak-anak. Nah cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Farizah Mohamed menerusi facebooknya. Cukup mudah, buat sendiri je, tak perlu hantar ke kedai. Jom tengok caranya!
Nak share benda best utk CUCI KUSYEN KERETA! Xde la berpeta/berdebu lagi.
Boleh utk carpet, sofa & tilam gak!
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat mr diy rm6+ je
Mmg puas hati~
Sy ajar camne nak cuci bagi bersih ye
Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg sy beli ni rm6.75 warna merah tu. Yg lagi 1 tu tough stain rm15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Sy beli yg rm6+ ni sb siap ngan berus sekali hehe


Langkah-langkah:
1) vacuum dulu kusyen kereta tu, jadi habuk/debu besar2 x kacau nnt
2) lepastu amik tin foam cleaner ni dan goncang2 dulu, jarak lebih kurang 10cm dari kusyen tu spray je. Byk pun xpe, nanti kluar buih2 putih. Kena goncang dulu tau!
3) Lepastu guna berus dia bagi tu utk gosok bagi rata dan supaya meresap dlm kusyen tu.

4) Tunggu dalam 2-3 min camtu biar dia meresap lepastu boleh berus lagi pakai berus atau lagi best amik kain basah dan tonyoh2.
5) Lepastu klau x puas hati spray la lagi. Kesan kotoran yg dah lama kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering
6) Tadaa~ bersih dah! Jimat pun jimat!
Baca dulu ye jenis fabric apa yg sesuai. Selamat mencuba~
Alert Tugas Sendiri Di Rumah, Barulah Isteri Kurang Jadi ‘Singa’! Keluarga Pun Sentiasa Harmoni

Tidak kira dari sisi mana pun, orang pertama yang akan dipersalahkan semestinya WANITA. Tapi sedarkah, wanita adalah golongan yang sepatutnya dilindungi, dimuliakan kedudukannya.
Jom ikuti perkongsian bermakna dari Maryam Jamadi ini.
SALAH ISTERI?
Rumah bersepah, salah isteri.
Dapur tak berasap, salah isteri.
Tak ada zuriat, salah isteri.
Anak lewat perkembangan, salah ibunya.
Anak ada sindrom, salah ibunya.
Anak nakal, salah ibunya.
Anak dapat nombor corot di sekolah, salah ibunya.
Keluarga tak bahagia, salah isteri.
Berdasarkan banyak penulisan di media sosial, untuk jadi orang perempuan ini kena hebat semua, barulah jadi calon menantu, isteri dan ibu yang terbaik. Kalau tak cukup “tick”, nanti takut tak jadi kahwin atau suami cari ibu lain untuk anak-anak. 🔥
Kerap kali saya mendengar keluahan ibu-ibu yang dah tak mampu nak menampung beban di kepala, fizikal penat tak apa tapi bila “kepala” pun dah penat memang parah. Ditambah lagi dengan kritikan orang sekeliling, lagi parah jadinya. 😥
Saya rasa mungkin dah tiba masanya masyarakat kurangkan expectation yang terlampau tinggi untuk kaum hawa. Bagi yang sudah ada kesedaran, tahniah! Yang mana belum ada kesedaran, mohon baca.
Saya terbaca baru-baru ini berkaitan isu rumah tangga, salah satu kenyataan yang saya tak berapa setuju:
“Jadi orang perempuan ni kenalah pandai mengemas dan pandai masak sebab cuba bayangkan kalau suami demam nak makan bubur, isteri tak pandai buat. Ataupun nanti dekat sekolah kawan-kawan anak kata rindu masakan mak tapi maknya tak pandai masak.”
Cuba terbalikkan situasi, isteri pula demam? Ataupun anak sepanjang hidup tak pernah rasa masakan ayah?
Bagi saya, bukan jadi orang perempuan sahaja perlu pandai memasak dan mengemas. Tapi jadi MANUSIA, kenalah pandai semua skil asas kehidupan tak kiralah perempuan atau lelaki.
Cuma mungkin ada orang bakatnya lebih terserlah pada skil memasak, ada orang lebih pada skil dekorasi rumah dan sebagainya.
Tapi kalau anda seorang isteri yang boleh buat 100% menguruskan urusan rumah, alhamdulillah anda wanita hebat. Tapi janganlah anda “meng-downgrade” wanita lain yang tak mampu.
Awas bila isteri jadi ‘mental load’
Pernah tak para isteri mengalami situasi:
1. Pukul 11 pagi, kita nak masak nasi untuk makan tengahari tapi masa kita nak ke dapur ternampak pula bakul baju kotor yang melimpah.
2. Kita pun pergi masak nasi sambil berfikir “lepas ini nak kena basuh baju”.
3. Dah siap masak nasi, nak basuh baju pula tiba-tiba teringat yang lupa nak keluarkan ayam nak masak masih beku.
3. Kita pun minta “tolong” pasangan kita yang tengah main game di hp untuk keluarkan ayam. Pasangan kita kata “kejap,kejap”.
4. Tengah kita angkat bakul baju kotor nak basuh, anak yang sedang belajar bebas diaper pula datang beritahu nak kencing. Kita pun terpaksa tinggalkan bakul baju kotor sebab nak kena berlari bawa anak ke tandas takut “tercicir”.
5. Sambil pantau dan tunggu anak habis membuang, mata kita melilau tengok keadaan tandas yang dah mula berlendir semula walaupun baru cuci 3 hari lepas. Terfikir nak cuci tandas lepas habis makan nanti.
6. Anak pun selesai membuang, kita sambung dengan tugasan basuh baju. Kita nampak pasangan kita masih dengan hp dengan “kejap-kejapnya”, kita pun basuh baju dan keluarkan ayam sendiri.
Pasangan kita pun kata “relakslah nanti saya buat, beritahulah nak buat apa-apa”. Tapi realitinya buat semua sendiri lagi kurang stress daripada minta orang lain buatkan sebab stress di kepala lagi penat dari penat fizikal. 🙆♀️
Cuba bayangkan perkara ini berulang SETIAP HARI? Saya yang menaip ini pun berasap kepala memikirkannya, apatah lagi nak menghadap setiap hari. 🤯
Inilah yang dipanggil “MENTAL LOAD”, keperluan merancang, menguruskan hidup diri sendiri dan hidup orang lain yang bergantung kepada kita. Semakin banyak, semakin berat beban mental yang kita alami.
Bila terlampau banyak “mental load” boleh buat seorang isteri yang lemah lembut bertukar jadi “hijau” di rumah. 🦁
Suami lebih banyak masa lapang bebanding isteri
Ada survey di lakukan di Australia (HILDA) pada tahun 2019, yang terbukti ada gap di antara kerja di rumah suami dan isteri.
1. Pasangan yang tiada anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 4 JAM seminggu menguruskan rumah berbanding suami.
2. Pasangan yang mempunyai anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 7 JAM seminggu melakukan kerja rumah dan TAMBAHAN 7 JAM lagi menjaga anak lebih berbanding suami.
3. Memang terbukti yang suami mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian yang sepatutnya memudahkan kaum lelaki dan perempuan, bukannya untuk menyenangkan lelaki dan menyusahkan perempuan.
Kurangkan Beban Isteri Dengan Lantik Diri Jadi Ketua
Maka, saya cadangkan para suami yang berminat untuk kurangkan “mental load” isteri, apa kata tukar daripada anda hanya tanya apa yang perlu dibantu. Apa kata pilih dan melantik diri sendiri untuk menjadi KETUA untuk mengurangkan beban di otak isteri:
BIRO DAPUR
BIRO MENGEMAS
BIRO BAJU
BIRO ANAK
BIRO LAMAN RUMAH
BIRO SAMPAH
BIRO JAGA KERETA
Bila dah pegang antara jawatan di atas, mohon ingatlah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Percayalah isteri yang asyik bertukar jadi “hijau” mungkin boleh kembali jadi lemah lembut.
Dalam kes saya, sebelum berkahwin lagi saya dan suami dah bincang tentang kerja-kerja di rumah. Saya tak hebat memasak (selalu masak tak jadi 🤭) tapi suka urus baju, suami tak suka urus baju tapi suka memasak (dan sedap). 😋
Tapi kurang mahir dan tak suka, bila dalam keadaan memerlukan boleh sahaja buat asalkan masing-masing tahu skil asas hidup. Contohnya semasa saya berpantang, suamilah ambil alih bab mengemas dan urus baju walaupun saya Ketua Biro Mengemas. Sama juga bila suami tak ada, saya akan masak masakan mudah untuk saya dan anak walaupun suami Ketua Biro Dapur.
Mudahkan Untuk Menguruskan Rumah
Bila ada pembahagian tugas, secara tak langsung kuranglah beban mental yang kita perlu fikir. Saya tak perlu fikir
Nak beli barang basah apa? 🚗
Barang basah apa dalam peti ais? 🐓
Nanti malam nak masak apa? 🥗
Elok lagi ke ikan dalam peti ais? 🐟
Suami pula tak perlu fikir baju kotor dah penuh bila nak basuh? 🧦
Baju dah kering ke belum? 👕
Tandas dah kotor bila nak sental? 🚽
Anak nak pakai baju apa pergi kenduri? 👗
Dinding kotor macam mana nak bersihkan? 🤔
Dengan kerjasama suami dan isteri, kita tak perlu pun nak korbankan apa-apa. Sama-sama membahagiakan hidup masing-masing.
Ada orang tunjukkan cinta dengan kata-kata manis, ada orang tunjukkan cinta dengan perbuatan. Ada orang tunjukkan cinta dengan kedua-duanya.
Kalau kita rasa boleh urus segala benda di rumah dan penuhi expectation jadi seorang isteri yang sempurna seperti ditonjolkan di dalam drama TV, janganlah kutuk atau hina orang yang tak mampu lepas itu takutkan orang lain “nanti suami cari lain”.
Bila dah namanya tak ada jodoh, kita buatlah macam mana pun tak jadi apa juga. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi penyebab.
Samalah kes zuriat, tak dapat anak salah isteri. Tahukah yang nak dapatkan zuriat perlu pastikan tahap kesuburan suami dan isteri, bukan isteri sahaja? 👫
Anak semua perempuan, tak dapat anak lelaki salah isteri. Tahukah yang menentukan jantina anak adalah sperma suami? 👶
Anak ada sindrom, salah genetik isteri. Tahukah yang anak itu adalah gabungan ovum dan sperma yang mengandungi genetik suami dan isteri yang menentukan adalah genetik siapa yang lebih dominan. 🙄
Anak nakal, salah isteri tak pandai jaga anak. Tahukah yang tugas didik anak perlukan kerjasama suami dan isteri?
Cadangan saya, bagi yang merancang untuk berkahwin. Bincanglah juga peranan suami dan isteri dalam rumah tangga supaya masing-masing sedar tanggungjawab dengan harapan tak ada kes salah menyalahkan di masa akan datang. Jangan lupa kenali bakat diri masing-masing juga! 😍
Mana yang handal melipat baju, jadilah Ketua Biro Baju. 👕👖
Mana yang lebih sedap memasak, jadilah Ketua Biro Dapur. 🍳
Mana yang lebih teliti menyental kotoran, jadilah Biro Mengemas. 🌈
Bincanglah “biro” masing-masing sebelum berkahwin supaya beban mental terbahagi sama rata. Kalau tak nak pegang semua jawatan, beritahulah pada pasangan awal-awal supaya pasangan anda boleh bersedia mental dan fizikal. 🏋️♀️
“Berkorbanlah” bersama-sama supaya kesihatan mental kita terjaga, melainkan memang tiada pilihan (PJJ, frontliners, pasangan sambung belajar dll) 💪
Semoga bermanfaat, terima kasih ❤
Mudahnya Nak Instighfar Lebih 70 Kali Dalam Sehari Seperti Rasulullah SAW, Ikuti Saranan Ustaz Ini.

Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW beristighfar lebih daripada 70 kali dalam masa sehari.
Amalan yang wajib kita luangkan untuk menjadi seorang muslim yang sempurna dunia dan akhirat.
Moga muhasabah diri buat kita agar hidup lebih berkat.
Sebagaimana peringatan ustaz ini mengenai amalan tasbih yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Ikuti perkongsiannya.
Pagi ni saya nak bagi tips macamana kita semua boleh istighfar cara Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW beristighfar lebih daripada 70 kali dalam masa sehari.
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”.
[Riwayat al-Bukhari (6307)]
Itu level Rasulullah SAW. Seorang yang maksum. Seorang yang tak melakukan dosa. Seorang yang dijamin masuk syurga. Pun masih beristighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Level kita mesti la kena istighfar lebih banyak. Sebab kita tak terlepas dari melakukan dosa. Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja.
Kita pun boleh contohi Rasulullah SAW. Kita mesti memperbanyakkan istighfar. Paling kurang 70 kali dalam sehari.
So, saya nak share tips macamana kita semua boleh beristighfar lebih daripada 70 sehari macam Rasulullah SAW.
-Selesai solat Subuh – 14 kali.
-Selesai solat Zohor – 14 kali.
-Selesai solat Asar – 14 kali.
– Selesai solat Maghrib – 14 kali.
– Selesai solat Isyak – 14 kali
Semuanya berjumlah 70 kali.
Macamana nak bagi lebih daripada 70 kali macam Rasulullah SAW?
Ambil la peluang selain daripada waktu solat tadi untuk tambah sendiri supaya jadi lebih daripada 70 kali.
InsyaAllah kita dah berjaya mengamalkan antara sunnah Rasulullah SAW yang paling mudah.
Salam Jumaat buat semua teman atas talian.
Perbanyakkan istighfar di hari yang mulia lagi berkat. Semoga hidup kita mendapat keredhaan dan juga rahmat.
Sumber: Khairul Anuar Basri