Ada segelintir ibu ayah sedang diuji dengan anak autism, pastinya bukan mudah untuk membesarkannya berbanding anak-anak normal yang lain.
Malah ada juga yang tidak dapat menerima dan terus mencari punca dan ingin mengetahui sebab utama anak tersebut jadi begitu.
Hal ini turut dikongsikan oleh Dr. Rozanizam Zakaria di akaun fbnya, yang turut mengakui kerap kali diajukan pertanyaan yang sama tiap kali berdepan dengan ibu bapa yang anaknya baru disahkan autism.
Ini perkongsian semoga bermanfaat.
Photo by Chinh Le Duc on Unsplash
KENAPA ANAK SAYA DAPAT AUTISM?
Ini antara persoalan yang selalu di tanya apabila anak disahkan oleh doktor mengalami autisme (ASD).
1. Oleh kerana sifat autisme itu yang sangat heterogenous (datang dalam pelbagai bentuk, tahap dan outcome), maka secara saintifik adalah amat sukar untuk menentukan punca spesifik.
2. Hanya 10% ASD berlaku bersekali dengan syndrom tertentu (seperti Fragile X syndrome). 90% lagi berlaku secara idiopathic (tiada punca specific).
3. Walaupun berbilion dollar telah dilaburkan oleh negara maju, mereka masih belum menemui gene specific yang bertanggungjawab.
4. Walaubagaimanapun, pattern kajian menunjukkan trend perkaitan dengan genetic – 90% (9 dari 10 kes melibatkan perkaitan genetik).
5. Dari mana mereka dapat data ini – dari kajian genetik. Contohnya, kalau kembar ada ASD, mereka dapati dalam 60% kes, kembar yang satu lagi akan ada ASD juga.
6. Kalau Adik beradik pula, risiko sekitar 2-8% (berbanding 0.6 peratus dalam kalangan mereka yang tiada adik beradik dengan ASD). Bermakna risiko meningkat hampir 10 kali ganda.
Ads
7. Kalau keluarga darjah ke dua (pak sedara mak sedara – 0.18%), kalau darjah ke tiga (sepupu – 0.12%).
8. Selain genetik, ada juga faktor persekitaran yang menyumbang kepada meningkatnya risiko. Antaranya – berat kelahiran yang rendah, masalah sewaktu kesihatan sewaktu kehamilan, usia ayah yang meningkat, sejarah keguguran. Sejarah pengambilan dadah atau ubat tertentu sewaktu kehamilan (seperti ubat sawan).
9. Vaccine tidak menyebabkan autism. Tiada bukti saintifik yang menyokong fakta ini.
Kesimpulannya, jangan risau sangat pasal punca. Tapi fokus kepada usaha kita memahami keadaan anak, melakukan intervensi bersama.
Juga penting, rancang kehamilan anda seterusnya supaya ada masa dan ruang yang cukup untuk anak. Juga jaga kesihatan sewaktu hamil.
Selebihnya, serah pada Allah.
Kerana saya percaya, perancangan Allah tidak terikat dengan sebab dan akibat seperti kita. Dia berkehendak menurut-Nya. Apa yang disusun itulah yang terbaik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga kan melihat pencapaian anak-anak mereka. Walaupun di usia yang masih keanak-anakan, namun dia sudah menunjukkan otaknya yang genius dengan menghafal sifir 12 dengan lancar.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang bapa kepada kanak-kanak bernama Noah.
Menurut Shamer, anaknya itu telah menunjukkan minat yang mendalam dalam subjek matematik sejak usianya memasuki dua tahun.
“Sekarang Noah mampu menjawab soalan sifir satu hingga 12. Bukan sahaja bijak dalam sifir, malah Noah juga dapat membezakan nombor dari sa, puluh, ratus, ribu, juta, bilion dan keatas.
Selain itu, dia juga cekap dalam mengingati nama-nama benda, haiwan dan lain-lain.
“Kami banyak menggunakan cara atau teknik belajar sambil bermain. Ini membuatkan dia lebih suka dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu yang baru.
“Malah, isteri pun yakin penggunaan kad imbas dalam mengajar anak cukup berkesan,” jelas Shamer lagi.
Dalam pada itu Sahmer turut berkongsi beberapa tip untuk dijadikan panduan buat ibu lain dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak.
5 Aktiviti Yang Boleh Parent Lakukan Bersama-sama Anak di Rumah.
. Since ramai yang dm kami tanya macam mana nak buat supaya anak cepat ‘tangkap’ apa yang ibu bapa ajarkan. Kami share sikit lah ye apa yg kami buat. Activity apa yang sesuai untuk anak-anak. . Kami sendiri pun masih belajar dan bukannya Pakar dalam bidang ‘Parenting’ ni sebenarnya. Tapi tak salah kalau kami kongsikan sedikit apa yg kami buat. . Lagi banyak masa kita luangkan bersama anak, lagi banyak benda anak boleh explore. Antara aktiviti yg boleh kita buat :-
.
1. Aktiviti Seni atau Projek DIY
.
2. Lipat Baju, Susun Barang bersama
.
3. Membaca Buku ikut Minat Anak (ikut kesesuaian umur)
.
4. Mengaji Al-Quran atau Menghafal Surah Surah Pendek
.
5. Main Puzzle atau mainan menguji kemahiran berfikir anak
.
Insyaallah kami akan kongsikan lagi tips yang lain pada post akan datang ☺️.
Kisah petugas hospital yang terpaksa menjahit sendiri peralatan perlindungan diri (PPE) selain ada yang menggunakan plastik serta beg sampah sebagai perlindungan diri menyebabkan ramai yang bersimpati dan membantu dalam mengatasi masalah tersebut.
Justeru, ramai yang tampil menghulurkan bantuan. Sebuah gerakan dilancarkan oleh sekumpulan anak yatim dan asnaf di Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Kajang, Selangor bagi memanfaatkan masa lapang susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 17 Mac lalu.
Inisiatif berkenaan menumpukan kepada pembuatan PPE seperti pelindung muka (visor), topeng muka (mask), coverall, gaun bedah, tudung kepala dan lain-lain untuk memenuhi permintaan yang amat tinggi oleh barisan hadapan negara yang sedang mendepani COVID-19.
Kira-kira 120 warga RPWP menyumbangkan tenaga dan masa mereka dengan sasaran menghasilkan sehingga 3,000 unit pelindung muka sehari.
“Projek ini bermula dengan panggilan seorang doktor perubatan dari sebuah NGO yang terlibat membantu tugas barisan hadapan pada jam 1 pagi. Bekalan PPE sudah amat meruncing.
“Para doktor sudah sampai ke tahap menggunakan plastik sampah dan apron pakai buang tukang masak untuk melindungi diri. Ramai juga barisan hadapan yang telah dijangkiti,” ujar Pengasas Bersama RPWP, Saiful Nang, dalam satu kenyataan.
Disebabkan permintaan yang sangat tinggi dan mendesak rentetan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh dunia, maka proses pengimportan barangan memakan masa yang lama.
“Malam itu juga gerakan ini dilancarkan dan alhamdulillah 2,000 unit yang diminta dapat disiapkan dalam masa dua hari namun habis diedarkan kepada barisan hadapan tidak sampai satu hari,” ujarnya.
Difahamkan, jumlah pengeluaran PPE telah melonjak kepada 3,000 unit sehari. Penghasilan dilakukan sepenuhnya di rumah kebajikan asnaf dan anak yatim RPWP di Sungai Ramal Baru tanpa melanggar PKP yang telah ditetapkan.
Proses pembuatan secara Do-It-Yourself (DIY) tidak semestinya secara sambil lewa sebaliknya ia menuruti kaedah pembuatan yang diperakui sebagai amalan pengeluaran yang baik (good manufacturing practice – GMP). Sehubungan itu, kebersihan dan pengawalan kualiti produk turut diutamakan.
Malah, bahan-bahan yang digunakan adalah dua kali ganda lebih tebal dan kukuh berbanding di pasaran yang ditempah khas dari kilang.
“Anak-anak RPWP sangat gembira dengan aktiviti begini. Di samping dapat mengisi masa lapang di rumah ini, kerja tangan mereka turut berperanan sebagai barisan sokongan kepada wira-wira negara di barisan hadapan.
“Lebih-lebih lagi, projek ini dapat memberikan pendedahan pendidikan dan pengalaman kepada mereka dalam bidang pembuatan dan pengilangan,” tambah Saiful.
Projek Pelangi PPE ini menyasarkan sejumlah minimum 100,000 unit. Kini mereka telahpun berjaya menghasilkan sebanyak 15,000 unit. Sumbangan dari orang awam mampu menggandakan lagi keluaran bagi mencukupkan keperluan bagi petugas kesihatan kita yang semakin mendesak.
Untuk rekod, Projek Pelangi yang dijalankan warga RPWP bermula pada tahun 2015, sewaktu inisiatif menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Untuk menyumbang boleh terus ke laman sesawang www.projekpelangi.com dan menyokong crowd funding Bantuan PPE (COVID-19) ataupun berhubung terus di talian 016-360 5047.
Tip buat sambal belacan yang sedap, ikut sukatan dan petua ini. Sambal yang berasaskan cili dan belacan ini bukan sahaja pembuka selera, malah menjadi pelengkap wajib bagi pelbagai hidangan seperti nasi putih, ulam-ulaman, ikan goreng, mahupun nasi lemak.