Penggunaan produk kecantikan bagi seorang wanita memang sesuatu yang lumrah. Malah terasa janggal pula sekiranya ada seorang perempuan yang langsung tidak menggunakan apa-apa produk kecantikan yang terjual dipasaran.
Mungkin jika ingin disenaraikan antara produk yang paling asas semua antara kita pakai adalah seperti krim pencuci wajah, syampo, bedak, lipstik dan minyak wangi.
Bila bercerita tentang penggunaan produk-produk kecantikan ini pula, pelbagai macam ragam pengguna. Ada orang memang sekali sekala guna, jadi tidak hairanlah bertahun-tahun pun produk tak habis-habis. Ada pula yang jenis pakai hari-hari tapi guna sikit-sikit, kononnya nak pastikan produk tidak cepat habis. Nak berjimatlah katakan.
Tapi tahukah anda, sebenarnya setiap produk kecantikan yang digunakan apabila dibuka sahaja penutupnya, ia mempunyai tarikh luput bagi memastikan produk yang dipakai kekal berkualiti. Dan setiap satu produk itu juga berbeza-beza jangka hayatnya.
Apa kesannya menggunakan produk tamat tarikh luput?
– Produk kurang berkesan atau tidak berkesan langsung jika digunakan
– Takut memberi efek pada kulit seperti radang dan sebagainya
Ini cara nak lihat jangka hayat produk selepas dibuka.
Lihat logo Tempoh Selepas Pembukaan (PAO) yang biasanya ada pada setiap produk yang dijual. Contohnya “12M” atau “24M” dan ini bermakna, produk itu boleh digunakan 12bulan ataupun 24bulan selepas dibuka.
PAO mula diguna pakai dalam penglabelan produk kosmetik pada 2005. Penggunaan tersebut diwajibkan oleh Europe Commission dimana semua syarikat pengeluar produk kosmetik perlu meletakkan label PAO pada produk mereka sekiranya produk tersebut mempunyai tarikh luput di bawah 30 bulan.
Jom Semak PAO produk yang ada dipasaran.
Ini pula bagi produk Loreal Elseve Extraordinary Oil, PAO menunjukkan 18 bulan lamanya.
Minyak wangi pun ada ye, contohnya bagi minyak wangi Amouage ini dilabelkan 30 bulan sahaja.
Jadi tidak hairanlah ye kalau simpan lama-lama minyak wangi yang telah digunakan melebihi jangka hayatnya maka kurang berbau dan tidak kekal lama harumannya. Semoga info ini dapat memberi manfaat untuk kita sebagai pengguna produk yang bijak.