Setiap pasangan suami isteri inginkan rumahtangga yang bahagia. Lebih manis apabila suami semakin sayang kepada isteri. Tetapi bagaimana untuk mengenali tanda-tanda itu.
Disini dikongsikan 10 tanda suami sayang terlebih sayang pada anda
#1 Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
#2 Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
Ads
#3 Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
#4 Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
#5 Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
Ads
#6 Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.
#7 Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.
#8 Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.
Ads
#9 Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.
#10 Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh Allah.
Sumber: www.bidadari.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah pastinya apabila melakukan pengubahsuaian rumah perlu dilakukan dengan cara berhemah terutama melibatkan sejumlah peruntukkan.
Bagi pasangan suami isteri ini, setelah agak terkilan apabila pakej membuat kabinet dapur tidak disertakan dengan backsplash.
Malah jika mahu memasangnya mereka perlu menambah kos ribu ringgit lagi. Menyedari akan peningkatan kos, suami isteri ini secara tidak sengaja mendapati terdapat produk Backsplash DIY (Aluminum Backsplash Wall Tile) yang murah.
Ikuti lanjut perkongsian mereka.
_________________
Cabinet buat hrga dah ribu2..igt kn dah termasok skli dgn backsplash..rupanya belum lagi..duit dah habis dekat cabinet n accessories dapur yg lain..tanya tukang berapa plk kos nk buat backsplash..tukang ckp paling murah rm500 depend jenis mcm mana nk buat..boleh cecah ribu2 lgi..mana nk cekau duit lgi..last kami decide hold dlu..duit byk lagi nk guna untuk benda lain..
Finaly terjumpa benda alah ni dengan xsngaja di tempat yg xde kena mengena pon..harga pon jauh murah rm5/pcs..so kami terus beli n pasang sndri..hasil tersangat luar biase dengan modal hanya rm80 kami dapat hasilkn backsplash yg cantik di mata kami.
Sebenarnya backsplash diy ni ada je jual d sesetengah kedai mr DIY tapi sllu nye stock xckup..xbyk pilihan..hrga dlm rm8/pcs..kalau korang rajin mencari dekat shopee pon ada..cume sama ke x tu sy xpasti semoga bermanfaat untuk semua.
Menarik perkongsian ni, apa lagi sungguh jimat!
Sumber: Aiman Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nyata kehebatan pahlawan Pahang ini tiada tandingannya. Setelah difilemkan, riwayat hidup Mat Kilau menjadi perhatian.
Ini dikongsikan oleh pelakon Adi Putra yang juga melakonkan watak pahlawan dari Pahang itu.
HEBAT MAT KILAU KERANA AGAMANYA!!
Merujuk kepada Sejarah “Tok Shahrum, Tok Gajah dan Mat Kilau”yang ditulis oleh Prof Talib Samat, dan disebutkan juga oleh Cikgu Alhamadi, beberapa sifat Mat Kilau yg wajar untuk kita contohi adalah seperti berikut:
1. Mat Kilau seorang g kuat beribadah kepada Allah. 2. Tidur lepas Isyak dan bangunnya sebelum subuh. 3. Sentiasa menjaga hubungannya dgn Allah dgn berjaga disepertiga malam untuk bertahajud dan bermunajat. 4. Sentiasa menjaga solat fardhu 5 waktu. 5. Seorang ayah g penyayang kepada anak-anaknya. 6. Tidak akan minum air kecuali selepas makan. 7. Sentiasa mengamalkan Surah Al-Ikhlas. 8. Beramal dan beratib dengan Zikir “Ya Latif”. 9. Berpagi-pagi dengan berjalan di rumput dan bermandi air embun. 10. Mempunyai sifat tawaduk dan sangat merendah diri.
Inilah diantara 10 sifat yg ada pd diri Mat Kilau. Jadi dalam kita duk semangat menghayati sejarah perjuangannya, adalah lebih utama kita mencontohi sifatnya yang merupakan seorang ahli ilmu dan ahli ibadah dIm agama kerana dengan agama yang ada pada dirinyalah yang mengangkat beliau menjadi salah seorang pahlawan agung tanah Melayu!!
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat. Namun, cepat atau lambat itu bergantung pada rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa/.
Bagi pelakon, Siti Elizad itulah yang beliau doakan ketika berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Elizad ke sana dengan ditemani suami, Shamsul Baharin Rahman serta keluarga yang lain.
Menerusi entri di Instagram miliknya, Elizad mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga.
Pelakon drama Syurga Yang Kedua itu turut melahirkan rasa syukur kerana dapat membawa bersama ahli keluarga ke tanah suci untuk kali ini.
“Assalamualaikum wahai kesayangan2 ku semua. Kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada mereka yg ada terguris atau terkasar bahasa dlm bergurau.
“Ku panjatkan rasa syukur ini kepada Mu Ya Allah, kali ini dpt membawa keluarga pula bersama2 ke tanah suci.
“Moga semuanya dipermudahkan. Doakan kami sekeluarga ya semua. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Elizad turut mengharapkan agar dia dikurniakan zuriat suau hari nanti.
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba2mu.
“Doakan kami punya zuriat yg sihat , cantik & sempurna ya semua , dapat sorang pun dah memadai sgt2 . ?? Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya . Moga punya rezeki buat kita semua.
Elizad dan Shamsul berkahwin pada 11 Januari 2015. Selain doa untuk mendapat anak, beliau juga mengharapkan dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan pintu rezeki supaya dapat membantu golongan memerlukan.
Lebih manis lagi, pasangan ini yang mengerjakan umrah selama dua minggu turut berkesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di sana.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...