Kenalah Rendahkan Ego! Lelaki Ini Tak Kisah Pakai Baju Corak Dinasour. Sweet!

Share

Untuk membahagiakan pasangan itu boleh dikecapi dengan pelbagai cara. Ada yang membawa pasangan melancong ke luar negara, beli barang kemas, surprise atau kediaman yang mewah. Malah suami bancuh air untuk isteri pun, boleh buat keluarga itu bahagia! Apa yang pasti, bahagia bukan sekadar wang ringgit tetapi layanan yang baik dan menghargai pasangan itulah yang terbaik!

Sebagaimana pasangan bahagia ini. Bila isteri buat surprise membeli pakaian tidur tema dinasour, suami pula tunjuk sporting walaupun janggal untuk berpakaian sebegitu.

Suami Pakai Dinosaur! Tak Salah Rendahkan Ego

Sikap inilah kunci kebahagiaan. Suami rendahkan ego dengan tinggikan darjah isteri dengan melayan kerenahnya. Sweetkan!

Tentu ada sebab suami ini bersikap begitu!

IKUTI PERKONGSIAN INI

CINTA ITU PENGORBANAN

“Bang!! Baju kita dah sampai”

Aikkkk..
Bila aku beli baju?

“Cuba laaa pakai… Mesti comey”

Yer laaaa.. Yer laaa…

Berjalan masuk bilik dan salin pakai baju dinosor. Lepas tarik nafas 3 4 kali… Aku buka pintu bilik…

Taaadaaaaaaaaaaaaaa….

Saat tuu aku tgk bini aku dah tertiarap berbuih mulut sbb gelak kat aku.. Cuuihhhhh…

Dia xpernah tgk citer dinosor ke? TRex semua ganas2 tau.. Ceeiiitttt..

Ko gelak pehal? Tak pernah tgk dinosor gemok?

RENDAHKAN EGO LELAKI

Kita sebagai lelaki.
Persiapan paling penting untuk hadapi alam perkahwinan adalah rendahkan ego kita supaya kita dapat bergaul sebati dgn anak2 dan isteri kita.

Melihat mereka bahagia adalah puncak pencapaian tertggi kita sebagai seorang suami.

“Ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya”

Mewahkan dan lambakkan mereka dgn harta bukanlah satu2nya jalan untuk bahagia.

Adakah mereka impikan rumah banglo sebesar istana?
Tidak…

Adakah mereka impikan kenderaan mewah bagaikan raja?
Tidak…

Adakah mereka inginkan makanan sedap bagaikan santapan si putera?
Tidak…

Mereka hanya perlukan KITA… Yaaa.. KITA..

Kita hanya perlu jadi seorang suami yang wujud melayani mereka sehendaknya…

Sayangi keluarga kita..

Kredit: Hazwan Hj Yusof (Papa Dinosor)