
Pengambilan makanan juga berperanan dalam menurunkan berat badan tau. Jadi, kalau nak kurus tapi pengambilan makanan pada waktu yang salah, memang apa yang dibuat takkan menjadi.
Elakkan mengabaikan pengambilan makanan kononnya kerana diet, ia sebenarnya mengundang lebih banyak masalah.
Biar makan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit dari tak makan langsung. Kenalah ubah cepat sebelum terlambat. Nah ikut perkongsian dari Fyra Tasya ini.
TIPS UNTUK KURUS, KENAL PASTI WAKTU PENTING UNTUK MAKAN
*WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI*
?5 – 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri untuk *buang air besar* dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.
?7 – 9 pagi
Wajibkan diri utk *bersarapan* . Jika tak, metabolisme badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!
?9 – 11 pagi
Organ limpa bekerja.
*Elakkan makan* dalam waktu ini.
?11 – 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. *Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika* . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.
?1 – 3 petang
Usus kecil bekerja. *Sebaiknya buang air besar kali kedua* dalam waktu ini.
?3 – 5 petang
Pundi kencing bekerja. *Sebaiknya buang air kecil* dalam waktu ini.
?5 – 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. *Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air* dalam waktu ini.
?7 – 9 malam
Perikardium bekerja. *Elakkan makan makanan yang berat* pada waktu ini.
?9 – 11 malam
*Waktu terbaik utk berehat dan tidur* .
?11 – 1 pagi
Hempedu bekerja. *Elakkan makan* , berat badan akan naik mendadak.
?1 – 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. *Elakkan berjaga* . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.
?3 – 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, *elok amalkan bangun* pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
SHARE!
“Biarlah Tangan Sendiri Mengasuh & Mencorakkan Mereka.” Rela Tolak Tawaran Berlakon, Anzalna Mahu Jaga Anak Sendiri

Isi Kandungan
ToggleApabila bergelar ibu, perkata utama yang menjadi impian setiap wanita adalah melihat zuriat membesar di depan mata. Namun, keterbatasan waktu seperti kerjaya menyebabkan ada antara ibu yang terpaksa mengorbankan hal ini.
Pun begitu, seboleh mungkin, mereka mahu membesarkan dan menjaga anak sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Bagi pelakon cantik manis, Anzalna Nasir turut berkongsi perkara yang sama.
Menurutnya dalam satu perkongsian di laman instgram baru-baru ini, dia mahu mengasuh anaknya, Mohamad Eidrees yang kini berusia tujuh bulan tanpa bantuan pembantu rumah, Anzalna menggunakan rezeki dan peluang yang diberikan kepadanya.
Malah dia sanggup menolak tawaran berlakon demi anaknya itu.
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah. Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu. @mohamadeidrees #EmoMommy #HanifJunior #8MonthsOld
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Perkongsian tersebut turut mendapat respond daripada pengikutnya.
_tiararara pun nak jaga anak sendiri. Tapi apakan daya. Kerja bantu suami cari rezeki. Kadang sedih rasa bila tak dapat tengok perkembangan anak depan mata.
ciknarra Alhamdulillah sy jaga 5 anak depan mata. Buat kerja partime dirumah je .. Sambil kerja sambil jaga anak.. Pernah gak kerja tinggalkan anak tp bergilir dgn suami lah yg jaga.. Sy doakan anzalna juga kelak cmni … Dpt tgk anak membesar dpn mata… 👍👍
rosmarina6536 Ye betul tu, ada rezeki boleh la jaga sendiri ,hari2 tengok perkembangan anak kan @anzalnanasir88 😍😘
ezadibrahim Proud of u 👏👏👏 ye betul sapu luar umah pun sendiri!!! Dtg umah igt bibik skali anzalna!!!!
Sumber: IG anzalnanasir88
“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Untuk Ngaji.” Tegas Ajar Staf Mengaji, Cara Rosyam Noor Dipuji Warganet!

Aktor serba boleh dan juga usahawan ini sememangnya cukup dikagumi ramai baik dalam lakonan mahupun di luar bidang seni.
Terbaru, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies ini berkongsi sebuah video menerusi akaun YouTube. Dalam Video tersebut menunjukkan Rosyam Nor atau nama sebenar Datuk Mohamed Noor bin Shamsuddin sedang mengajar pekerjanya mengaji iqra.
Apa yang menarik perhatian kami lagi, pekerja yang Rosyam mengajar bukan saja lelaki tapi perempuan juga dan kesemua pekerjanya lebih kurang 20 orang.
Ketegasan jelas terpancar menerusi cara Rosyam Nor mengajar. nampak garang namun sesekali dia menyelitkan sedikit jenaka. Rosyam atau lebih mesra dengan panggilan Tok Syam bukan saja mengajar mengaji tapi turut memberi nasihat tentang kehidupan dan agama supaya pekerjanya tidak lupa pada Dia Yang Satu.
Sebelum ini, Rosyam pernah berkongsi kisah belajar tentang agama tatkala usianya memasuki 45 tahun. Segala-galanya bermula selepas dia kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.
Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.
Pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.
“Jauh di sudut hati saya ada satu perkara yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.
Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.
Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Sumber: youtube. Sinar Harian & Ustaz Ebit Lew
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Demi Anak, Banyak Ibu Bertahan Dalam Derita…” Peguam Ni Kongsikan, Jadikan Pengajaran!

Bahagia diri kita itu kita yang tentukan. Namun, realitinya bukan semudah yang diucapkan dalam mencari dan mengejar bahagia bagi wanita bergelar isteri dan ibu bila berada dipersimpangan delima. Umpamanya bila membaca perkongsian daripada Peguam Syarie Fahmi Ramli ini. Katanya, demi anak banyak ibu bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Sumber : Fahmi Ramli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club