13 September 2019 menjadi detik paling bermakna buat Rizman Nordin menamatkan zaman bujang. Dengan sekali lafaz, pereka fesyen terkenal ini sah menjadi suami kepada Nurida Suraya.
Rizman Nordin dan Nurida Suraya sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu selepas setahun mengenali hati budi masing-masing.
Majlis akad nikah ini turut dihadiri beberapa rakan artis dan pereka fesyen yang lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fazura, Fattah Amin, Alving Chong dan ramai lagi.
Dato Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi momen sahabatnya itu yang kini sudah selamat bergelar suami.
Ini namanya normal baharu. Sejak penularan covid 19, kita sudah biasa dengan SOP yang telah ditetapkan apabila memasuki sesebuah tempat tumpuan ramai. SOP yang wajib dilakukan adalah scan QR, ukur suhu, menulis nama dan nombor telefon.
Namun kadang kala, kita agak risau terutama apabila dikendaki menulis nama dan nombor telefon di buku catatan. Maklumlah perlu berkongsi pen. Lebih melucukan, tulisan memang cakar ayam lah.
Bagaimanapun perkongsian yang dipaparkan ini sungguh menarik apabila seorang lelaki begitu kreatif dengan menggunakan cop nama dan telefon apabila daftar kehadiran di buku catatan. Mudah sekali. Confirm tulisan pun jelas dan tidak berkongsi pen!
_________________________________
Terhibur rasa baca ni !! dpt drp wasap grup
Sekarang ni, selain pakai topeng muka, tembak dahi dan social distancing, kita juga kena scan QR code atau pun tulis nama sebelum masuk mana2 premis.
Dua hari dah gua lepak di KPJ Seremban, cafeteria dia boleh tahan juga lah makanannya. Atau mungkin sebab gua malas nak keluar ke Palm Mall.
Tapi tiap kali ambil makanan dan bayar, akak cashier akan suruh customer tulis nama dan nombor telefon dalam buku log.
Tadi, waktu nak bayar dan tulis nama, gua beratur belakang seorang pakcik yang boleh tahan juga berusia gua rasa.
Gua terfikir payah juga kalau warga emas macam mak gua yang tak pakai smartphone untuk ke mana2 sebab tak boleh nak scan QR code. Mesti kena tulis nama kat buku, keluar cermin mata dulu dan tulis slow slow, tangan menggigil2….uhhhh…..
Gua bayangkan benda yang sama untuk pakcik depan gua.
COP NAMA/ TELEFON
Akak cashier bagitau “pakcik tolong tulis nama kat dalam buku yo”.
Sekali…. jeng jeng jengggg…. pakcik tu seluk poket seluar dan keluarkan satu benda. Cabut sarung.
Pappppp!
Ishak bin Mat Hassan, Batu Kikir, 019-XXXXXXX.
Fuhhh! Pakcik tu pakai *rubber stamp* gua cakap luuuu…… . Tak terfikir langsung gua……
Power *orang Batu Kikir jambatan bosi, berfikir luar kotak!!!!*
Kredit: Masnita Bt Talib
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selain membeli di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid. Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail pastinya membantu anda menyuburkan lagi tumbuhan. Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
.
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
.
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
.
Selamat Mencuba!
.
Kredit Foto: Zulkifli Mamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pokok kobis jika dilihat bentuknya yang seakan kelopak bunga berkembang memang cantik dipandang. Jadi tidak hairanlah bila mana kobis yang ditanam bukan sahaja bertujuan untuk dituai, bahkan turut menjadi tanaman hiasan di laman rumah.
Untuk yang baru pertama kali ingin menanam, apa kata fahami langkah demi langkah penanaman yang dikongsikan oleh puan Nor Hayati Ismail. semoga bermanfaat.
Ini perkongsiannya
Ramai yang bertanya cara tanam kobis.. Saya tunjuk cara saya tanam kobis ikut kaedah saya :
Kaedah penanaman kobis Step 1:
Sediakan biji benih kobis (boleh beli dari nursery/ online/pusat beli belah)
Tabur biji benih kobis (kaedah semaian) dalam pasu besar dan tunggu sehingga bercambah dalam 1/2 minggu. Letak tempat teduh tapi masih dapat cahaya matahari.
Step 2:
Penyediaan tanah pula mestilah menggunakan tanah cocopeat atau tanah polos tidak padat untuk menyemai biji benih. Boleh beli di nursery.
Step 3:
Pindahkan anak semaian;
Setelah semaian bercambah daun pucuk 3/4 helai baru pindahkan ke pasu besar yang bersesuaian dengan campuran tanah sawit(tanah hampas sawit) dan tanah organik(beli di nursery).
Step 4:
Menanam;
Jangan dedahkan pada matahari secara langsung selama 1 minggu dan siram secukupnya. Lepas seminggu baru slow-slow dedahkan pada cahaya matahari.
Step 5:
Kaedah menyiram;
Jangan siram sehingga bertakung air dalam pasu. Elok sekadar biarkan tanah itu lembab sahaja.
Step 6:
Baja;
Baja yang sesuai mempengaruhi tumbesaran kobis. Baja ezigrow sangat sesuai untuk proses pembesaran kobis sehingga boleh dituai. Siram baja seminggu sekali.
Step7:
Tuaian kobis;
Biasanya kobis boleh dituai sekitar 3/4 bulan selepas di tanam. Kalau lambat tuai kobis boleh pecah sendiri.
Dapat duit raya, gadis beli emas sejak Sekolah Menengah. Sudah menjadi kelaziman anak muda hari ini menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli gajet terbaru atau barangan fesyen yang sedang menjadi ikutan.