“Kenal 3 Hari Sudah Lamar, 2 Bulan Sah Suami Isteri.” 12 Tahun Usia Perkahwinan, Adam Corrie Kongsi Tip Kekal Bahagia!

Share

Sabar, usaha, doa. Demikian bait-bait nasihat oleh Adam Corrie buat pasangan di luar sana yang masih menantikan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka.

Pasangan Adam Corrie Lee dan Fazema Mohd Fuad tidak pernah berputus asa biarpun terpaksa menanti 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat, Adam Fateh Lee.

Menceritakan pengalaman dan pandangannya yang menanti lama sebelum dikurniakan zuriat, perkongsian Adam Corrie sebelum ini mendapat perhatian ramai. Tak kurang yang tersentuh dengan kisahnya dan isteri sewaktu mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Sempena 12 tahun usia perkahwinan mereka hari ini, ADAM CORRIE 

berkongsi tip rumah tangga. Semoga bermanfaat buat semua.

12 tahun . Alhamdulillah usia perkahwinan kami dan selamat hari jadi wahai bidadariku puan_fazi_fuad.
.
Kenal baru 3 hari sudah melamar . Tak sampai 2 bulan dah sah jadi suami isteri .. Alhamdulillah.
.
Mungkin oleh krn perkenalan yang singkat, Allah bg kami honeymoon 10 thn dahulu , baru Allah hadirkan @adamfatehlee dlm hidup kami.


.
Nak tips perkahwinan. Sebenarnya tak ada pon tips. Mcm org lain juga. Bergurau senda selalu , bergaduh pon selalu.. itu mmg lumrah rumahtangga. Proses kenal diri pasangan dan juga sendiri juga.
.
Yang penting kita tahu tanggungjawab kita. Kalau pasangan kita buat salah, mmg lah kita rasa marah.. tp jgn marah lama2 . Lepas marah tu, buat mcm biasa balik. Tak payah biarkan marah tu berpanjangan. kalau kita buat salah, cepat-cepat minta maaf.


.
Ungkit mengungkit elakkan.
Cakap jgn berkias-kias.. cakap terus terang, pendek tapi padat dan sampai maksudnya.


.
Selalulah buat aktiviti bersama. jangan biarkan pasangan keseorangan.
Jgn terlalu ambil hati dgn pasangan.
kalau nak hubungan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah , agama jgn tolak ke tepi… InsyaAllah.
.
jika kita rasa rumahtangga kita sudah bahagia luarannya tp jika tak solat, tak jaga aurat, tak tunai perintah Alllah & tinggalkan laranganNya pon tak guna.. tiada berkatnya rumahtangga..
.
elakkan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
.
elakkan bandingkan pasangan kita garang dengan pasangan orang lain romantik .. kita sedih.
.
elakkan bandingkan orang lain ada anak, kita pula tak ada anak.. begitulah sebaliknya.


.
Setiap org ada kelebihan & kekurangan yang kita tak tahu ceritanya
Saling mendoakan itu lebih baik 😊
.
Kita lah yang mencorakkan & menceriakan kehidupan kita. Terus bergantung kepadaNya.

jadikan rumahtangga jambatan kita semua ke syurga. insyaAllah aamin allahumma aamin

senyum selalu
selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang

#adamcorrie

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club