Kenaikan Gaji Tahunan, 12 Bulan Kena Tunggu. Trik Nak Segera, Lelaki Ni Kongsikan Memang Superb!

Share

Lumrah orang yang makan gaji, akan menerima kenaikan gaji tahunan daripada majikan sesuatu yang cukup menggembirakan. Bukan sahaja untuk dirinya malah seisi keluarga tumpang bersyukur. Lazimnya kenaikan gaji setahun sekali, dan tempoh itu bukanlah sekejap. Pun begitu, apabila membaca perkongsian daripada Harith Faisal tentang strategi untuk mendapatkan jumlah kenaikan yang sama pada waktu yang lebih cepat dan mudah, siapa sangka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

Ini memandangkan, jalan 'kira-kira' yang ditunjukkan begitu mudah difahami dan tidak mustahil untuk direalisasikan. Nak tahu lanjut, apa rahsianya jom semak perkongsian penuh daripadanya.

Tak ada orang puas hati dengan kenaikan gaji setiap tahun. Boss naikkan RM100, kau harap RM200. Dah dapat RM200, kau nak RM300 pula. Mana pernah cukup.

Kalau boleh, kau mesti nak request kat boss untuk naikkan gaji kau RM1,000 setiap tahun, kan. Ha! Berangan saja lah.

Katakan standard kenaikan setiap tahun lebih kurang RM240 sekali naik untuk anak muda termasuk yang kerja swasta dan penjawat awam bergaji sederhana.

Naik RM240 setahun sekali samalah dengan naik RM20 secara purata sebulan. Bila kau kira ikut bulan macam ni barulah kau nampak RM240 tu tak lah besar mana pun.

Sengaja saya nak nampakkan yang nilainya kecil supaya kau sedar kau kena buat sesuatu. Masa ni barulah kau nampak betapa pentingnya buat side income.

Kalau kau tak buat side income, kau perlu tunggu 12 bulan untuk dapatkan kenaikan RM240. Sesungguhnya kau adalah antara orang yang sangat sabar.

Kos sara hidup sentiasa naik, anak semakin bertambah, anak dah mula masuk sekolah, sewa rumah makin naik, rumah nak dibeli makin mahal, semua naik.

Jadi, kenaikan gaji kau RM240 tu hanya sekadar untuk tampung inflasi dan kenaikan kos belanja keluarga kau setiap tahun. Iya, naik yang tak pernah turun.

Pasal tu kalau kau nak harap kat kenaikan yang boss kau bagi tu saja, kerja dah 10 tahun pun kau belum boleh simpan 30%-50% daripada income.

Simpanan 30%-50% tu sangatlah penting tau. Dengan simpanan itulah kau boleh buat modal beli rumah sendiri, buat dana kecemasan dan pendidikan anak.

Dah nampak, kan. Kenaikan RM240 tu sikit sangat.

Jadi, mula hari ni otak kau kena ligat untuk buat side income. Kau juallah apa-apa yang patut asalkan boleh dijual. Tolonglah netizen jangan kau nak buat lawak macam ni, “Kalau semua orang sibuk nak jadi penjual, siapa pulak yang nak jadi pembeli?”. Serius hambar dan tak lawak. Sebab, orang yang jual tudung, dia tak makan tudung tu kalau lapar wei. Dia kena beli makanan daripada orang yang jual burger ke, sandwich ke, keropok lekor ke.

Malaslah nak bagi contoh banyak-banyak. Kalau kau tak ada idea, kau scroll down saja news feed Facebook kau. Berlambak orang bisnes, macam-macam benda dijual.

Cubalah.

Target dapat naikkan income RM100 setiap bulan, lepas setahun dah naik RM1,200. Entah-entah lebih lagi. Berusahalah. Kau yang kena ubah nasib keluarga kau sendiri.

sumber : Harith Faisal