Lumrah orang yang makan gaji, akan menerima kenaikan gaji tahunan daripada majikan sesuatu yang cukup menggembirakan. Bukan sahaja untuk dirinya malah seisi keluarga tumpang bersyukur. Lazimnya kenaikan gaji setahun sekali, dan tempoh itu bukanlah sekejap. Pun begitu, apabila membaca perkongsian daripada Harith Faisal tentang strategi untuk mendapatkan jumlah kenaikan yang sama pada waktu yang lebih cepat dan mudah, siapa sangka bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.
Ini memandangkan, jalan 'kira-kira' yang ditunjukkan begitu mudah difahami dan tidak mustahil untuk direalisasikan. Nak tahu lanjut, apa rahsianya jom semak perkongsian penuh daripadanya.
Tak ada orang puas hati dengan kenaikan gaji setiap tahun. Boss naikkan RM100, kau harap RM200. Dah dapat RM200, kau nak RM300 pula. Mana pernah cukup.
Kalau boleh, kau mesti nak request kat boss untuk naikkan gaji kau RM1,000 setiap tahun, kan. Ha! Berangan saja lah.
Katakan standard kenaikan setiap tahun lebih kurang RM240 sekali naik untuk anak muda termasuk yang kerja swasta dan penjawat awam bergaji sederhana.
Naik RM240 setahun sekali samalah dengan naik RM20 secara purata sebulan. Bila kau kira ikut bulan macam ni barulah kau nampak RM240 tu tak lah besar mana pun.
Ads
Sengaja saya nak nampakkan yang nilainya kecil supaya kau sedar kau kena buat sesuatu. Masa ni barulah kau nampak betapa pentingnya buat side income.
Kalau kau tak buat side income, kau perlu tunggu 12 bulan untuk dapatkan kenaikan RM240. Sesungguhnya kau adalah antara orang yang sangat sabar.
Kos sara hidup sentiasa naik, anak semakin bertambah, anak dah mula masuk sekolah, sewa rumah makin naik, rumah nak dibeli makin mahal, semua naik.
Jadi, kenaikan gaji kau RM240 tu hanya sekadar untuk tampung inflasi dan kenaikan kos belanja keluarga kau setiap tahun. Iya, naik yang tak pernah turun.
Ads
Pasal tu kalau kau nak harap kat kenaikan yang boss kau bagi tu saja, kerja dah 10 tahun pun kau belum boleh simpan 30%-50% daripada income.
Simpanan 30%-50% tu sangatlah penting tau. Dengan simpanan itulah kau boleh buat modal beli rumah sendiri, buat dana kecemasan dan pendidikan anak.
Dah nampak, kan. Kenaikan RM240 tu sikit sangat.
Ads
Jadi, mula hari ni otak kau kena ligat untuk buat side income. Kau juallah apa-apa yang patut asalkan boleh dijual. Tolonglah netizen jangan kau nak buat lawak macam ni, “Kalau semua orang sibuk nak jadi penjual, siapa pulak yang nak jadi pembeli?”. Serius hambar dan tak lawak. Sebab, orang yang jual tudung, dia tak makan tudung tu kalau lapar wei. Dia kena beli makanan daripada orang yang jual burger ke, sandwich ke, keropok lekor ke.
Malaslah nak bagi contoh banyak-banyak. Kalau kau tak ada idea, kau scroll down saja news feed Facebook kau. Berlambak orang bisnes, macam-macam benda dijual.
Cubalah.
Target dapat naikkan income RM100 setiap bulan, lepas setahun dah naik RM1,200. Entah-entah lebih lagi. Berusahalah. Kau yang kena ubah nasib keluarga kau sendiri.
Mencedok idea yang dikongsikan oleh saudara Mohd Faridzul Ishak ini mungkin dapat membantu bagi anda sekeluarga yang sedang tercari-cari idea untuk memperindahkan ruangan dinding di bahagian car porch.
Andai sebelum ini dinding dibiarkan kosong tanpa sentuhan dekorasi, apa kata buat begini dengan lakukan DIY yang mudah dan pastinya juga tidak memerlukan bajet tinggi, namun hasilnya cukup luar biasa.
Ini perkongsiannya.
Ni kayu Nyatoh Plain..Design ni pun dulu tengok dalam fb & google.. So try Diy sendiri..
Tak susah sangat.. Ramai yang mampu buat if minat.. saya buat simple-simple je.. Asalkan ruang tak kosong…
Bahan
– kayu
– gergaji
– paku concrete
– maxbond glue
– filler
– measure tape
– cat
Menurut Mohd Faridzul Ishak, dia memperuntukkan 8 jam untuk menyiapkan ruangan tersebut dengan menggunakan lebih kurang 12 batang kayu untuk mendapatkan design yang diingini.
Manakala anggaran harga untuk sebatang kayu tersebut adalah berbeza-beza di antara satu kedai dengan kedai yang lain, boleh dianggarkan lebih kurang RM 13-15 sebatang dan anggaran kos keseluruhan termasuk cat dan barang-barang lain adalah sekitar RM 350.
Manakal apabila ditanya dari mana datangnya idea meletakkan pokok hiasan bergantung, nyata ianya hasil gabungan idea suami isteri setelah sekembalinya bercuti di Cameron or Frazerhill.. Disebabkan di sana banyak pokok-pokok cantik, dan bila balik terus dipraktikkan pada wall tersebut.
Selain itu, tidak dinafikan olehnya semua itu terhasil dek kerana minat menghias rumah. Katanya, “kalau upah orang mahal, So tanam kat diri, org lain bole buat kenapa aku tak bole.. So terus gamble dan proceed.. Tak cuba tak tau istilah orang kata”
Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Namun, kelibatnya hilang di halaman bidang seni tanpa dikesan. Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah sebelum ini pernah berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 14 tahun lalu.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beba kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
"Yang saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat " Itulah kata Edika Yusof yang telah menjaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun sehingga sekarang. #SinarKongsi
Tak perlu perabot mewah untuk menampakkan ruang dalam kediaman cantik. Yang penting sedap mata memandang. Walaupun dekorasi cukup simple namun menarik mata memandang.
Ditambah pula dengan gabungan konsep moden dan klasik menambahkan keserian pada ruang kediaman ini.
Cuaca di luar agak panas hari ini. Bawa masuk pkok2 berdaun hijau utk hias dapur saya. Kemas2 dapur sambil cuci mata lihat kesegaran pokok2 yg comel ni..
Dari dapur tambahan ditepi rumah saya. Brg moden ada, antik dn klasik pun ada.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...