Tak dinafikan ada antara ibu-ibu yang tak pandai nak potong ayam. Sebab itu, apabila ke pasar, ada yang minta ia dipotong siap-siap oleh penjual.
Namun adakalanya ayam yang dibeli dipasaraya misalnya tiada perkhidmatan memotong ayam, jadi nak tak nak kenalah buat sendiri.
Bagi yang tak pandai tu, jangan risau. Admin kongsikan cara mudah dan cepat untuk ibu-ibu cuba. Saudara Krboyy Asnizam II menerusi page MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL kongsikan caranya.
Assalamualaikum..ok Hari ni abam nk ajar cara amatur potong ayam ye.
Ini potong 14..potong basic utk peniaga ayam mcm sy 😊.
Tapi sebelum potong tu tolong pastikan beberapa perkara:
Ayam tu dah mati
Pisau tajam.
Kalau besar dan berat sikit lagi bagus. Kalau takde pisau besar, carilah Batu lesung untuk hentak sikit kat pisau tu.
Cara Potong:
Ads
Potong Bahagian belakang dahulu. Antara tulang belakang dan paha tuDah potong part 1, tarik 2 ayam tu biar putus 2. Kemudian potong 2 part itu pula.Ni Hasilnya. Kemudian potong kaki.Kemudian, potong part ini pula. Potong antara bahagian pada dan tight itu. Ada sendi di situ.Kemdian, potong 2 tight itu. Dah siap bahagian bawah ayam tersebut.Okey untuk bahagian atas pula, tarik keluar isi dalam dahulu. Kosongkan dalam itu.Kemudian, potong 2 begini.Untuk bahagian akhir, bahagian banyak isi. nak mudah, kelar dahulu ikut saiz. Kemudian hentak sikit pada bahagian kelar untuk mudah putus.
Nota tambahan..
Untuk elakkan hempedu pecah..tarik dari bahagian paling dalam..jari telunjuk masuk ke dalam sekali.. Ibu jari kepit dari atas..tarik je.
Insyaallah takkan pecah..sebab masa tu kedudukan hempedu akan berada kat tapak tangan Kita..😊
Tak semua org pandai potong ayam. Saya pun umur dah 30+ baru belajar potong ayam ni. Pertama kali potong dekat 10 minit jugak la🤣🤣…so jangan kecam yang tak pandai tu ye..Mana Ada org sempurna..
Nak Masak Rendang Padang Ori Macam Di Indonesia, Buatkan Dulu Ramuannya Guna Rempah Ni!
Sesiapa yang pernah pergi ke Indonesia khususnya di Padang, tentu telah merasai betapa enaknya masakan Rendang di sana. Ramuannya begitu berasa dan enak sekali. Jadi tidak hairanlah boleh buat kita makan berselera dan teringin untuk menikmatinya lagi!
Jadi apa kata Raya kali ini anda cuba buat Rendang Padang dengan sediakan terlebih dahulu rempah atau bumbu rendang seperti yang dikongsikan oleh Nur Ateekah ni.
Menurutnya rempah ini adalah resipi asli dari Padang Indonesia untuk memasak 3 kg daging. Sesuai sangatlah di musim perayaan ini, buat banyak untuk kita nikmati seisi keluarga dan sanak saudara yang berkunjung ke rumah di Hari Raya nanti.
Selamat mencuba!
UNTUK 3 KILO DAGING LEMBU@KAMBING
BAHAN KISAR (B) REMPAH
3 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
9 Biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu kecil jintan
3 sudu kecil lada hitam@lada putih(tambahan)
3 biji buah pala
CARA-CARANYA:
1.Masukkan semua bahan rempah ke dalan kuali.
Sangai (goreng tanpa minyak dengan menggunakan api yang kecil selama 3-4minit.
3. Kemudian masukkan ke dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus tanpa menggunakan air atau minyak.
Ektra Info:
Bila sudah ada rempah nih, tak perlu mengunakan rempah daging…ini rempah asli untuk RENDANG PADANG.
Berkongsi pengalaman hidup seorang wanita yang kini dialah ibu dan dialah ‘ketua keluarga’ setelah suami tercinta dijemput Ilahi, nyata bukan mudah untuk dilaluinya.
Ini dikongsikan melalui posting artikel Doa Yang Diaminkan Malaikat di akaun fbnya. Jom semak.
DOA YANG DIAMINKAN MALAIKAT
Sementara menunggu giliran untuk membayar di kaunter, mata saya memandang kiri dan kanan juga orang yang beratur di hadapan saya.
“Ramai betul orang hari ni,” itu yang terpacul di bibir. Fina yang mendengar turut memandang sekeliling.
Ada yang beli barang penuh satu troli. Mungkin ahli keluarganya ramai. Ada yang beli barang penuh 2 troli. Mungkin dia seorang peniaga.
Ada yang beli barang hanya separuh troli. Mungkin itu cara dia berbelanja.
Ada yang beli barang yang boleh dibilang dengan jari. Mungkin hanya itulah yang mencukupi sebagai rezeki. Macam-macam kisah sebenarnya di sebalik troli ni.
Saya pandang pula troli sendiri.
Barang yang biasa-biasa sebagai memenuhi keperluan kami bertiga. Setelah ketiadaan arwah suami, saya cuba sedaya upaya mengisi tanggungjawab sebagai ‘ketua keluarga’ dengan sebaiknya.
Apa yang ada di dalam troli saya, adalah rezeki saya dan anak-anak. Begitu juga yang ada di dalam troli orang lain. Itulah rezeki masing-masing. Memang tak akan sama.
Kalau difikir betapa susahnya saya hidup tanpa dia, saya pasti ada isteri-isteri di luar sana yang lebih sukar hidupnya. Makan bersukat. Perut diikat. Duit dicatu. Cukup apa yang perlu.
Bila pandang troli sendiri, sematkan rasa syukur dalam hati. Bila pandang troli orang lain, doakan yang baik-baik buatnya.
Saya pernah melalui saat-saat perit pada awal tempoh pemergiannya. Saya pernah menangis kerana tidak mampu tunaikan keinginan anak-anak.
Memang saya meraung sambil memanggil namanya. Rasa seperti tidak terdaya menunaikan amanah yang dia tinggalkan.
Bila anak-anak meminta, hanya janji yang mampu saya beri. Terasa seperti saya ini seorang ibu yang zalim.
Saya ikhtiar apa yang perlu untuk saya mengubah kehidupan. Ianya tak semudah disangka. Halangan akan sentiasa ada.
Sehinggalah saya biasakan diri mendoakan orang di sekeliling saya. Doa yang tulus. Doa yang datang dari hati.
Itulah konsep doa yang diaminkan malaikat. Mendoakan yang baik-baik untuk orang lain agar kita mendapat apa yang dihajatkan. Memaaf dan melupakan agar kita juga dimaafkan.
Semua ini perlukan masa. Sentiasa diamalkan agar jadi kebiasaan. Sampai masa yang tepat, doa kita akan dimakbulkan.
Selepas ni, sambil tolak troli, kita saling mendoakan yang baik-baik sesama kita. Manalah tahu. Daripada barang yang boleh dikira dengan jari bakal menjadi rezeki yang boleh dikongsi.
Sumber : Zureiny Zulkafly
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hubungan kekeluargaan dahulu dan kini cukup berbeza. Dibandingkan dahulu bonding time tak dibincangkan sangat memandangkan hubungan kekeluargaan sangat rapat. Inilah yang dikongsikan oleh Haji Hushim Haji Salleh, Kaunselor Berdaftar berkenaan isu bonding antara ibu bapa dan anak-anak.
“Kalau dulu tak timbul isu anak-anak rasa kurang bonding dari ibu bapa. Tetapi zaman sekarang serba maju dan moden dengan penggunaan media sosial yang meluas menyebabkan hubungan kian terbatas.
“Anak-anak rasa tak dapat kasih sayang dan ibu bapa pula sibuk dengan kerjaya. Ini memberi kesan dalam hubungan. Apabila kurang terasa bonding di tambah pula sekarang banyak pilihan seperti penggunaan gajet. Mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan menerusi gajet meneybabkan hubungn anak beranak makin jauh.
“Hari ini, 95% wanita berkerjaya. Dibandingkan zaman dahulu isteri hanya suri rumah dan melayan anak-anak apabila pulang dari sekolah. Walaupun dulu menu tidaklah sehebat sekarang, hanya nasi putih dan ikan singgang, tetapi ada rasa bonding. Tetapi sekarang, apabila anak balik sekolah tiada sesiapa yang menunggu. Anak-anak rasa makin jauh dari ibu bapa.
“Sebab itu timbul pelbagai isu sosial, LGBT, dadah, ponteng sekolah, lepak dan terkini basikal lajak. Itu belum termasuk bab rempit. Kenapa ini semua berlaku. Sebab kurangnya kasih sayang. Peranan ibu bapa penting. Sibuk macam mana pun ibu bapa kena ada masa yang berkualiti untuk anak-anak.
“Balik kerja, luangkan dengan anak sama ada makan bersama jadi ada ruang komunikasi dengan mereka. Jangan sibuk pegang handphone kerana itu akan membuatkan isteri dan anak-anak rasa tidak disayangi dan diambil perhatian,” ujar Haji Hushim lagi yang mengakui pelukan boleh bantu anak-anak rasa tenang.
Elak pegang handphone di rumah
Sebenarnya komunikasi penting untuk bonding. Tanya khabar dan cerita anak di sekolah, macam mana belajar dan sebagainya.
“Bonding paling hebat adalah pelukan kasih sayang. Tak perlu cakap tetapi itu sudah buat anak rasa disayangi. Kesan psikologi dan emosi membuatkan ada kes anak-anak mengadu ayah sibuk dengan handphone tak banyak cakap. Sebab tu, kalau di rumah elakkan memegang handphone apabila bersama anak-anak.
“Elakkan memberi gajet kerana itu boleh menyebabkan anak-anak leka dan alpa dengan benda ini. Kalau kita lihat di kedai mahupun di luar sana, tak ada komunikasi sebaliknya semua leka dengan gajet. Anak-anak membesar tanpa kasih sayang. Sebab tu bonding sangat penting. Mereka dapat membesar dengan emosi, psikologi stabil selain kurang hadapi tekanan baik rakan sebaya mahupun pelajaran,” ujar Haji Hushim lagi.
Bonding orang Islam solat berjemaah
Sebab itu sebagai ibu bapa kena ada masa untuk anak-anak. Yang pertama kena ada komunikasi, kedua kena peluk anak kita.
“Dahulu anak-anak waktu kecil setiap kali kita pulang kerja mereka sibuk nak peluk, tetapi sekarang berbeza. Ada yang malu dan segan nak peluk dnegan kita. Itu sebab tak ada bonding. Makin besar makin jauh dan itu juga yang menyebabkan permasalahan remaja di negara kita makin dahsyat. Semuanya kerana kurang bonding dan kasih sayang dari ibu bapa.
“Kalau orang Islam nak bonding mudah sangat. Lepas solat berjemaah, ayah jadi imam dan lepas beri salam, zikir dan doa. Bukan hanya anak-anak tapi isteri juga perlukan bonding, Suami sibuk dengan handphone buat isteri terabai dan ‘lonely’. Ada yang mengadu pada saya mereka kekal hanya kerana fikirkan anak sahaja.
“Kalau anak tak ada pasti sudah berpisah sebab dah mula rasa kurang kasih sayang. Sebab tu lepas solat berjemaah peluklah isteri, bisikkan kata-kata seperti I sayang u, terima kasih lahirkan anak-anak, jaga mereka.
Apa salah puji dan harga isteri. Dengan kata-kata juga salah satu bonding. Manusia memang suka dipuji dan dihargai,” jelas Haji Hushim yang mengakui tak salah ungkapkan kata-kata buat pasangan jika mahu kasih sayang kekal selamanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.