Kejayaan anak itu adalah asbab doa dan kesungguhan ibu ayah mendidik anaknya. Biar sukar hidup, mereka tetap menyediakan keperluan buat anak.
Biar tak mewah tapi cukup seadanya untuk menjadikan anak itu seorang yang hebat dan berjaya dalam hidupnya.
Begitulah yang dipaparkan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad betapa jaga besar jaga orang tua.
Biarlah ibu ayah marah ia sebenarnya untuk mendidik anak-anaknya.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Saya ada prinsip yang super kuat tentang emak ayah. Jenis anak yang tak boleh ada dengar sesiapa burukkan mereka. Cepat melenting juga saya cepat naik angin.
Tak kiralah dia adik beradik atau sesiapa sahaja, ia memang tak boleh berlaku di hadapan saya. Saya akan sangat laju mengamuk.
Boleh tanya sesiapa sahaja. Saya tak boleh dengar langsung.
Malah jika kalian cuba burukkan emak ayah kalian dengan saya, itu adalah sebuah kesilapan yang amat besar. Saya akan pandang kalian sebagai anak tak sedar diri, tak malu, dan perbuatan itu satu dosa besar menggunung yang saya tak mahu sertai.
Kadang-kadang, benar, emak ayah kita buat silap. Namun saya tetap dengan prinsip saya iaitu “kita takkan lebih besar dari emak ayah.”
Terima sahaja kesilapan mereka, selagi tak berkaitan dengan jenayah atau kesalahan agama, tak perlu nak ambil hati.
Pelajaran saya, ya saya lebih tinggi.
Kemajuan bisnes saya, ya saya lebih perform.
Cara saya berfikir, kaedah selesaikan masalah, ya emak abah suka rujuk, namun saya takkan lebih besar dari emak abah saya.
Ads
KENA TEGUR, TANDA SAYANG
Sekiranya saya kena tegur, saya bersyukur. Nak merajuk, takkan lama. Pergilah tanya emak abah saya, mereka akan cerita, tanya orang rumah saya, beliau akan cakap.
Emak saya memang garang ya amat. Beliau nak marah, marah ja. Saya selalu kena. Hahaha. Namun dalam kurang 10 minit saya dah boleh duduk dengan emak semula seperti biasa. Marahlah macam mana pun, saya akan tetap begitu. Saya ok tak pernah simpan apa-apa dalam hati.
Itulah emak abah yang saya ada.
Lebih saya bersyukur apabila saya kena marah. Itu tanda emak abah sangat sayangkan saya. Saya pegang yang itu.
Kita ini sebagai anak, kena belajar-belajar hargai setiap apa yang keluar dari mulut ibu bapa. Kena letak dalam kepala setiap teguran itu adalah untuk kebaikan.
Kita pandai, hebat dan bijak sekarang adalah dari didikan emak abah kita.
Apabila kita rasa kita besar, maka berlakulah kebodohan dalam hubungan. Emak cakap, kita bangkang. Emak tegur, kita tak nak terima. Emak panggil, kita tak peduli.
Ads
Kawan-kawan, itu bukan anak yang baik. Kalau nanti kalian dah ada anak, percayalah apa yang kalian buat kepada emak ayah kalian hari ini, anak akan buat balik kepada kalian 10 kali lebih teruk dari itu.
Nak murah rezeki, nak tenang, nak bahagia,
Kalau kena marah, lekas minta maaf.
Kalau kena tegur, lekas minta maaf.
Kalau emak ayah kita lebih pentingkan adik beradik lain, doakan emak ayah kita dapat teruskan hal itu. Mereka lebih tahu anak mana yang utama nak dibantu. Itu kebahagiaan mereka, jangan cuba-cuba sentap benda itu dari mereka.
Itu semua emak ayah kita punya kepandaian. Mereka lebih besar dari kita.
Saya pernah dapat PM itu hari, seorang anak mengadu dia berniaga masakan dari rumah. Ibunya tinggal dengannya.
Setiap hari, ibunya akan cuba tukar resipi. Kata kena tambah itu, kena tambah ini. Nak beri lagi sedap dan sebagainya.
Si anak ini berasa hati dan apabila dah tak tahan, dia akhirnya tegur emak dia supaya jangan cuba-cuba tambah apa-apa yang dia masak untuk berniaga. Dia lagi pandai dan emaknya tak tahu apa-apa.
Akhirnya emaknya keluar pulang ke kampung. Berasa hati. Nak jadi cerita, bisnesnya semakin tak menjadi selepas itu.
Kemudian barulah dia perasan, dia tahu yang dia buat silap. Sepatutnya dia bersyukur dia pandai berniaga, dan dia ada emak yang pandai memasak. Dia takkan lebih besar dari emaknya dalam berbuat apa-apa. Sentuhan emaknya itu adalah syurga buatnya.
Ads
Kawan-kawan,
Berhenti rasa diri kita itu lebih besar dari emak ayah. Sekiranya rezeki kalian dapat ibu yang memang hari-hari suka tegur, hadap sahaja. Sayangi sahaja. Bergurau sahaja.
Sekiranya dapat emak yang tak berhenti tegur cara kita masak, hadap sahaja. Enjoy dan jangan berasa hati. Terus jadikan ia sebagai benda bahagia untuk bergurau senda.
Sekiranya dapat ayah yang garang ya amat, nak bersembang pun takut, banyak-banyak kasi hadiah, dia akan rindu suara anak dia selalu.
Kawan-kawan,
Dah ada anak nanti, kalian tahu perasaan ini. Kita memang sentiasa ada rasa nak tegur, nak nasihat, nak beritahu itu ini kepada mereka.
Boleh jadi mereka tak suka, namun itulah kita sebagai emak ayah.
Waktu itu, seandainya anak kita buat perangai dia cuba-cuba jadi lebih besar dari kita, boleh jadi Allah campakkan ingatan kepada kita apa yang kita pernah buat kepada emak ayah kita dulu.
Waktu itu, menyesal pun dah tak berguna. Hadap sahaja. Mana yang masih ada ibu bapa, hargai sahaja keberadaan mereka.
Sayangi dan bahagiakan mereka.
Mereka berdua tetap lebih besar dari kita.
Begitulah.
Sumber: Khairul Hakimin Muhammad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahang PKP mula terasa, terutama sekali bagi keluarga yang memiliki anak ramai. Karenah dan gelagat yang macam-macam membuatkan pening kepala ibu bapa nak handle.
Belum bab nak mengemas , timbul pula bab bergaduh. Pendek kata memang macam-macam ragam anak-anak. Tetapi sedikit sebanyak keriuhan itu menceriakan keluarga.
Itulah situasi yang dikongsikan oleh isteri kesayangan Dato Sri Aliff Syukri. Dalam perkongsiannya di laman instagram, Datin Sri Shahida memuat naik satu video berkenaan karenah anak-anaknya yang diminta mengemas rumah.
Penat jadi mando😅..nak kemas pun gaduh!!
bahang PKP bermula dah…..mcm biasa tahun lepas raudhah baru lahir tak pandai apa2 lagi….jadi sekarang dia dah pandai mcm2 bertambah sepah la rumah.
Kita kemas dia sepah
Memang jadi mando je lah mak2 ni bila duk rumah..kita kemas dia sepah….lama2 naik angin juga kenalah kemas sendiri…
Dalam perkongsian tersebut, ramai yang memuji cara Datin Shahida mendidik anak-anaknya terutama sekali dalam membuat kerja rumah.
Momen yang akan dikenang kelak
batubarachairina Anak anak yang baik ye… Comel comel… Bijak bijak semua, Mama marah marah sayang aje tu.. Kalau saya happy aja tengok anak anak yang ramai macam tu.. Takde lah sepi dan bosan aje di rumah.. Saya sampai tengok berulang ulang video ni, Terhibur tengok video gelagat budak budak yang comel dan bijak ni.. 😄🙌
pocahontas_nmzAnak2 terdidik dgn baik. Syabas, Datin. Alhamdulillah, Ameena juga dibesarkan dalam suasana yg penuh dgn kasih sayang dan sempurna. Berulang kali saya tgk video ni ❤️❤️❤️
mama_eitaMomen yang akan dikenang bila saat anak2 dah besar….bila kita dah tua2 nnti, semua anak2 dah khawin dan ada kehidupan sendiri pasti sunyi, kita akan kenang balik memori anak2 kecil… Ni lah saya, bila anak2 dah besar khawin, sunyi hati ni… Hahahhaa terlebih pulak saya ni
Seronok tengok anak-anak rajin dan dengar kata
farychunggSeronok anak ramai masa kecik2 mmg penat sikit.mulut kita pn becok je mcm murai.tapi bila semua dh besar kita rindu moment2 mcm ni.terasa sunyi je rumah bila ada yg balik kolej,balik asrama.saya ibu anak 5 melalui dh semua ni
mayeamohBagus cara Datin didik anak2..tak manjakan sgt.
juvita_zahmariahBagus didik ankank cm tu. Bila dh dewasa mereka dh tahu nk buat kerje kemas masak melipat baju berdikary. Alhamdulillah ajaran terbaek beadap.
Menerima hadiah kejutan di hari istimewa pastinya meninggalkan memori yang cukup manis dalam hidup.
Demikian juga dengan wanita ini apabila suaminya yang menghadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang cukup berbeza dan tidak disangka-sangka.
Perkongsian ini dimuatnaik wanita berkenaan menerusi satu video di akaun TikTok @aien_suraya.
Rupa-rupanya sang suami telah menghabiskan seutas rantai emas yang ‘disorok’ di dalam kek hari lahirnya.
Malangnya hadiah tersebut hanya diketahui selepas tiga hari.
”Tarikh 3/2/22 potong kek, 6/2/22 jumpa hadiah dalam kek. Nasib baik terdetik nak makan, betul-betul surprise,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga hampir-hampir memberikan kek itu kepada jiran. Namun mujur anaknya menemui rantai emas berkenan ketika makan di bahagian tengah kek.
”Kebetulan masa potong kek hari tu separuh je makan, lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari.
“Ni pun sebab anak dah korek makan kat tengah. Kalau tak, memang tak tahu ada emas”, ujarnya lagi.
Video berdurasi 12 saat itu telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 52.2k tanda suka hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut melahirkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah kepada wanita berkenaan.
Anak Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64, menjelaskan tindakan merayu kerajaan melanjutkan tempoh bayaran royalti atas karya bapanya yang berakhir pada 29 Mei depan, dibuat atas faktor itulah punca rezekinya dalam menampung hidup.
Sazali berkata, dirinya semakin uzur dan sudah tidak mempunyai kudrat untuk kembali bekerja.
“Saya bukan mendesak, saya cuma minta tolong… Itupun kalau boleh. Kalau tidak dapat, tak mengapa. Itu maknanya bukan rezeki saya.
“Kalau dapat, bukan untuk saya makan seorang, tetapi semua cucu Allahyarham P Ramlee akan merasa.
“Saya sudah tua, lutut kanan dan pinggul patah akibat kemalangan pada 2015. Memang tidak larat hendak kembali bekerja,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di kediamannya.
Sazali berkata demikian bagi memperbetulkan persepsi konon tindakannya memohon kerajaan melanjutkan pembayaran royalti atas karya P Ramlee sebagai tindakan terdesak dan terlalu meminta-minta.
Sebelum ini, Sazali dilaporkan merayu kerajaan menimbang cadangan melanjutkan tempoh kontrak royalti lagu karya arwah bapanya. Sazali mendakwa dirinya semakin uzur dan hanya bergantung kepada royalti itu bagi menampung perbelanjaan kos perubatan dirinya dan isteri, Hamidah Hitam.
Bulan lalu, BH Online melaporkan, pada 29 Mei depan, genap 50 tahun pemergian Allahyarham P Ramlee yang menghembuskan nafas terakhir akibat akibat sakit jantung, lantas meninggalkan peminat legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.
Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu Allahyarham P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan Badan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali, 63.
Mendapatkan perkembangan terkini berhubung gesaan penggiat industri agar tempoh agihan royalti P Ramlee dilanjutkan 20 tahun lagi, MACP dilapor menjelaskan, pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.
Ketua Bahagian Undang-Undang MACP, Rashidah Ridha, dilaporkan berkata pihaknya sudah berusaha memperjuangkan usul melanjutkan agihan royalti kepada 70 tahun melalui saluran betul.
Sazali berkata, sejak bersara pada 2015, wang royalti itulah yang menampung kehidupannya termasuk membiayai kos perubatan dirinya dan isteri.
Ditanya reaksinya jika rayuan itu ditolak, Sazali reda jika itu menjadi keputusan kerajaan.
“Kalau tak dapat, tidak mengapa. Mungkin saya terpaksa cari jalan lain seperti memohon bantuan kerajaan dan persatuan seni untuk menyara hidup,” katanya.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.