Kena Serangan Jantung Dalam Perjalanan Balik Kampung. Isteri Ni Kongsi Puncanya, Jadikan Pengajaran!

Share

Amalan gaya hidup sihat jika dilihat lebih mendalam, ianya bukan sahaja memberi impak pada diri seseorang malah terkesan pada keluarga pastinya.

Ini sebagaimana apa yang ingin dikongsikan oleh seorang isteri ini, mengenai pengalamannya berdepan dengan situasi cemas bila suami mendapat serangan jantung kesan daripada merokok.

Oleh itu bersama ambil iktibar melalui kisah ini agar kita seisi keluarga lebih mengutamakan  gaya hidup sihat.

Ini perkongsiannya.


3X U HANTAR I GI HOSP TIME I NAK BERSALIN, KALI NI I LAK HANTAR U KE HOSPITAL

(Masa tu meter 140, emergency!)

Maaf semua, yang bertanya bad kenapa?
camne boleh jadi? Result camne?
Nahhh… kak bell baru FREE untuk share apa yang jadi kat kami time tu.
( #Tag la pasangan korg yang masih merokok & vape)

21.02.2020 (jumaat)
Bermula malam yang panjang buat kami sekeluarga & tak kan lupa sampai bila-bila.

8 mlm ; kami keluar rumah, nak balik kuantan (kampung), singgah makan dulu.

9mlm ; teruskan perjalanan melalui NKVE, DUKE

DUKE : time drive ni bad (suami) , dia terasa macam ada letrik mencucuk-cucuk kat bahagian dada kiri (3x) , tapi dia diam lagi sebab ingatkan takde pape..tapi sebenarnya tu la bermulanya “heart attack”

SHELL GOMBAK :Kami singgah sini sebab nak betulkan kedudukan anak-anak, diorang semua dah tido. Masa angkat rania, tertiba bad rasa sakit kat dada kiri dia.. dia ingat sebab tersalah dukung ke.. dia diam lagi, takde mengadu sakit dada.

Kami teruskan perjalanan dengan gembiranya.

TEROWONG GENTING SEMPAH : Lepas jer terowong tu, bad cakap sakit perut. Kak Bell pun cakap, kita singgah la membuang kat R&R Genting Sempah tu. Dia cakap ok. Tapi masa tu terpandang lama siket kat bad, muka dia dah pucat dan berpeluh macam tak selesa.

Tak fikir apa lagi time tu, sempat la bergurau.

“U nak berak, berak jer la.. bukan x pernah berak dalam suar“ , time tu kak bell gelak sorang-sorang.. bad  tak!

Ok, time ni memang dah rasa pelik .. muka dia pucat .

Kak Bell start tanya, u ok tak ??
Dia jawab tak ok.
Berkali-kali dia jawab tak ok !

PETRONAS GENTING SEMPAH : Berhenti jer, terus bad cakap nak muntah. Laju-laju capai tong sampah kecik dalam kete. Urut-urut siket, memang duk burrp..burrpp.. tapi muntah tak kuar. Macam angin. Time tu dah rasa bad memang tak ok!

Tetiba.. kak bell terpandang jam bad.
Heart Rate time tu 125 even tengah duduk
(Normal Rate : 76) time duduk tenang.

Siyes jam tu sangat-sangat membantu !!

Masa tu berkali-kali kak bell tanya ;
“U ok tak sayang, nape heart rate u tinggi gila ni?”

Memang bad cakap ;
“ i tak ok! Dada i berdebar-debar, kencang!”

Masa tu memang Kak Bell dah takut, tetiba teringat tanda-tanda serangan jantung!
Sebab terbaca kisah Asyraf Sinclair siang tu.
1. Rasa mencucuk (letrik) kat dada kiri
2. Dada rasa berdebar-berdebar (kencang)
3. Rasa nak muntah
4. Kebas tangan kiri
(Semua tu sama apa yang bad rasa time tu)

#PERINGATAN : Bila korg dalam situasi camni, jangan PANIC !

Kak Bell terus tenangkan bad, minta dia duduk kat luar kereta amik angin siket. Minum air. Tarik nafas perlahan-lahan.

Masa tu, heart rate dia masih 90lebih dan dada rasa berdebar-debar.

Bila tanya,
“u ok x?”
Dia akan jawab,
“ i tak ok, badan i rasa sejuk”

Masa dia cakap sejuk ni, terus air mata laju !! Takkanlah Ya Allah !!!

Terus wasap Farah & Jue , cakap bad sakit ni. Aku kat genting sempah, siap share location. Dia cuba tenangkan Kak Bell kat wasap time tu. Masa tu dah nangis sorok-sorok, supaya bad tak nampak aku dah cuakkkksss

Tengah COOL DOWN kan bad , suruh dia tarik nafas dalam-dalam, lepaskan tenang-tenang.

“Tangan kiri i kebas! “ bad cakap

Perghhhh… masa tu rasa nak menjerit jer!
Sebab tanda-tanda yang seseorg tu kena serangan jantung sama apa yang Kak Bell baca siang tu.

Terus minta Farah & Jue suggestkan hospital paling dekat time tu.

Kak Bell terus pecut dari genting sempah ke setapak tu. CANCEL balik kuantan & hiking bersama anis.

COLUMBIA ASIA SETAPAK : Sampai emergency, turunkan bad. Kak Bell park kereta, Farah dah smpai untuk jaga anak-anak yang tengah tidor dalam kereta tu.

Kak Bell berlari gi emergency, jumpa doc.
Doc cakap :
“Suami puan kena Minor Heart Attack & ECG dia abnormal”

Menangis lagi la kat situ…
doc tengah check lagi dalam emergency tu.
Doc bagi kata dua, antara stay kt columbia atau hantar ke HKL sebab ni kes yang jarang-jarang berlaku pada usia 35 tahun.

Mundar mandir lgi kat emergency tu, nak tengok bad tak boleh … tiba-tiba wani sampai.

Menangis la kami berpeluk-peluk depan tu . Pikir balik macam lawak, tapi tuhan jer tau perasaan time tu camne.

Dr Ng Sweet May explain keadaan bad dan refer kepada Dr Sazzli Shahlan (Specialist Cardiologists)

Disebabkan ECG abnormal, bad dimasukkan dalam ICU.

Bermula la episode dalam ICU tu… malas citer part ni, nanti korg takut . Haha

22.02.2020 (Sabtu)
Bad kena buat blood test & CT Coronary Angiography untuk check ada blocking tak area jantung.

23.02.2020 (Ahad)
Result :
Blood Test : negative
Ct Scan : Clear

Cuma lung belah kiri bengkak, Dr bagitau ni adalah “Radang Paru2”
Disebabkan radang ni, punca kena “heart attack” tu.
( Mudahkan korang nak faham? )

Kak Bell tanya, apa punca “Radang Paru-paru” nie?
Simple jer jawapan dr.

“Rokok & Vape”

Yeaaaa… dr cuma cakap,“Rokok & Vape”

Rokok tu bukan sebab baru 6 bulan hisap then boleh bagi effect kat paru-paru uols…

Oh.. tak !

Ianya sebab dah hisap dah bertahun-tahun, sejak sekolah menengah kan?

Bahaya vape lak, kita tak tau… ingredients dalam liquid tu.

Mesti apa yang Kak Bell cakap ni akan menguris hati perokok2 & vaper2 sekalian.
Kak Bell minta maaf, cuma nak share pengalaman kami.

Nak jadi pengajaran silakan, tak nak takpe..sebab kami dah laluinya.

[Pengalaman berharga untuk kami]

24.02.2020 (Isnin)
Bad dah transfer wad biasa, dia nampak lega sangat dengan result tu. Alhamdullilah takde blocking.

Cuma disebabkan radang tu, sampai hari ni dada still rasa tak selesa. Kena makan ubat & neb.

So lepas ni, kena stop rokok & vape, continue exercise, jaga makan.

Nasib baik , bad memang dah start jogging 5km/day & makan memang dia sangat menjaga. Cuma vape tu kena berhenti, sebab bahaya untuk paru-paru dia.

Kami jadikan ni sebagai peluang untuk berubah.

Alhamdullilah, dah seminggu bad berhenti Vape👏🏾

Terima kasih semua family & kawan ada time memerlukan.

Sekian cerita kami.

Sila la share pengalaman kami ni, hope jadi pengajaran untuk orang lain.

#PERINGATAN!! Bila nak merokok & vape tu, pandang-pandang la anak-anak yang masih kecik tu .

sumber : Adila Iela Bello