Apabila bergelar isteri, ramai wanita mula rasa tertekan terutama apabila hal menguruskan rumahtangga.
Dulu sebelum ada anak-anak, rumah bersih dan kemas. Sebaliknya bila ada anak. Bukan kata anak itu beban tapi lumrah rumah pasti berselerak.
Sehingga ada wanita alami tekanan perasaan dalam diam. Memendam rasa. Itu salah satu sebab kenapa ramai wanita suka membebel.
Menarik perkongsian wanita ini, Siti Suryani Yaakop yang memberi kata-kata semangat agar para wanita tidak tertekan hal rumahtangga.
Katanya jangan terlalu memaksa diri sehingga semua aura negatif ada dalam diri. Sebaliknya ambil sikap chill je, bertenang.
Paling deep, katanya, wanita kena sayang diri dulu.
Ikuti perkongsiannya.
Kena terus terang
“Tinggalkanlah. Takda siapa yang datang nak cek benda tu”.
Biasa-biasa sebelum keluar ke mana-mana, aku akan kemas rumah dulu.
Menyapu, lipat baju, kemas peti ais, sental jamban. Buatlah segala benda supaya balik nanti aku senang. Tapi kali ni, tak. Aku tinggal. Ikut kata suami.
Akhir-akhir ni aku rasa mental aku tak berapa nak sihat. Aku bagitau suami. Banyak benda dalam otak. Macam ligat sangat mesin otak aku berpusing tanpa henti. Banyak sangat benda nak fikir.
Aku malas nak munafik-munafik kata aku okay. Aku terus terang je. Senang. Sebab kalau aku tak okay, pasti satu rumah nanti tak okay.
Aku rasa ramai ibu dan mak rasa bersalah sangat kalau dia tak okay. Dia rasa dia mesti kena sentiasa sihat, stabil, waras, elok, sopan, gembira, riang ria dan segala macam benda positif je kena ada.
Sampai kadang-kadang dia simpan semua energi negatif dalam diri yang akhirnya menelan diri dia sendiri secara perlahan-lahan. Dia keliru. Tak tahu nak buat apa.
Paling kuat pun dia menangis sesorang diam-diam bawah pancur. Padahal takda apa pun. Hal kecik je. Yang biasanya dia memang tak kisah langsung.
Jika begitu, sedarlah. Dah lebih limit.
Bawa bertenang, chill ok!
Makanya dengan itu, hentikan semua kelam kabut mengejar dateline kerja rumah. Pejamkan sekejap mata melihat baju yang bertimbun. Lantakkan segala karut marut hal di pejabat. Pekakkan telinga bila kau dengar Tipah Cili mengata kau di belakang. Biarkan semut berlalu pergi membawa lari serpihan biskut meri yang anak kau makan tadi.
Ambiklah segelas milo panas. Letak depan TV. Bawa bersama biskut mayat. Cicah 3-4 keping. Slurppp milo panas tu perlahan-lahan. Kerja rumah boleh tunggu. Anak-anak elok ada depan mata mu. Segala masalah dunia ni akan berlalu.
Kau tu…kau kena sayang diri kau dulu. Dan ingatlah satu perkara tanpa malu dan ragu.
Menjadi tak okay adalah okay buatmu. Kita manusia. Bukan batu.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Kredit: Siti Suryani Yaakop