Kena Saling Menghargai, Barulah Hubungan Suami Isteri Itu Makin Sayang.

Share

Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga adalah saling menghargai. Justeru, barulah bahagia rumahtangga.

 

Namun ada beberapa perkara yang menyebabkan sesebuah perhubungan atau perkahwinan hadapi masalah. Salah satunya adalah daripada diri suami itu. Apakah suami itu cukup sempurna jika inginkan isteri sentiasa sanjunginya.

Ikuti perkongsian oleh Firdaus Shakirin supaya perkahwinan itu sentiasa bahagia.

Apa yang seorang suami mahukan dari seorang isteri? 

Sebagai suami, tanya diri kita sendiri tentang apa yg kita mahukan dari seorang isteri…

Kita nak dia jadi isteri yang macam mana…

Kita nak dia menghormati kita? Then kita tanya pada diri sendiri, apa yg kita dah buat utk dihormati? Adakah kita melayani dia dgn baik? Adakah kita memahami dirinya? Adakah kita prihatin terhadap perasaannya? Adakah kita dah memenuhi hak2 seorang isteri yg sepatutnya dia dapat dari seorang suami?

Kita nak dia masak sedap2? Adakah kita dah menyediakan keperluan2 yg mencukupi utk dia masak sedap2? Adakah kita dah menyediakan peralatan2 utk dia memasak? Adakah kita dah bagi duit utk dia beli bahan2 mentah utk dia memasak?

Kita nak dia taat pd diri kita? Then, adakah kita dah taat kepada Allah? Adakah kita tak mengabaikan atau meninggalkan solat? Adakah kita dah “menghidupkan” suasana rumahtangga kita dgn agama?

Kita nak dia bahagia? Adakah kita selalu menggembirakan diri dia? Adakah kita selalu menyakiti hati dia?Ada x perbuatan2 atau tutur kata kita yg dpt membuatkan dia terasa, dia terluka atau dia kecewa?

Byk persoalan yg bermain difikiran…apa yg seorang suami mahukan dari seorang isteri…bila kita fikir dalam2, baru kita akan dapat jawapan…apa yg kita mahu itu sebenarnya adalah apa yg kita perlu buat dahulu, kemudian baru kita akan dapat apa yg kita mahu…

So ask ourselves, apa yg kita “DAH” buat sebagai seorang suami pada hari ini?

The answer to your question is within you…