Kena Romantik Walau Dah Lama Kahwin, Aktiviti Ni Confirm Pasangan Teruja!

Share

Walaupun dah berkahwin lama dan anak pun dah berderet-deret, tapi itu bukan maknanya suami isteri tak perlu lagi nak beromantik bagai.

Romantik sentiasa kena praktikkan untuk segarkan hubungan rumah tangga.

Jom bangkitkan semula rasa romantik dan cintan cintun suami isteri. Kasi suprise sikit pada pasangan.

1. Tak perlu tunggu hari istimewa, belikan 12 kuntum bunga dan buatkan suprise di tempat kerja pasangan. Kenapa 12? Sebab wakilkan setiap bulan yang tertinggal. Sweet tak?

2. Kalau rajin buatkanlah bekal untuk pasangan nak ke tempat kerja. Bukan bekalan biasa tapi sandwich bertulis i love you.

3. Kalau dah lama tak mandi sama, sila amalkan semula. Kasi mood mantap. Buatlah apa-apa yang patut asal tambah bahagia.

4. Setiap hari Khamis atau Jumaat berikan mesej ringkas berbau romantik. Mood ghairah kena disentuh, baru menjadi.

5. Setiap kali makan jangan lupa aksi suap menyuap. Biarlah anak jadikan contoh cara kita yang mesra. Berkat, pahala pun dapat.

6. Tolong isteri pilihkan pakaian pun dah cukup romantik. Percayalah isteri sangat inginkan pendapat suami. Apa lagi beli dan buat suprise. Confirm isteri melompat gembira.

7. Kalau tengok tv gatal-gatalkanlah tangan usap rambut isteri. Belai-belai lebih sikit, hilang penat isteri. Nak tolong urutkan, sangat dialukan kata isteri.

8. Dalam kereta, sesekali boleh juga pegang atau sentuh-sentuh tangan isteri. Isteri mana yang tak teruja malah rasa disayangi. Sila buat!

9. Dah romantik, hubungan intim jangan diabaikan sebab inilah kunci bahagia suami isteri. Cari mood baru dengan pergi bercuti atau check in hotel berdekatan. Kasi suprise istimewa buat pasangan kita.