Isteri dan anak-anak kita memang tak sama dengan adik beradik kita.
Memang tiada galang gantinya. Jadi kenalah jaga hubungan adik beradik ni dengan sebaiknya.
Cerita yang dikongsikan oleh saudara Khairul Hakimin Muhammad ini memang berlaku dalam realiti kita.
Dalam hal adik beradik dan keluarga, ya ada yang senang dan ada yang susah. Namun kawan-kawan, jika masing-masing sudah ada keluarga sendiri, jika kalian sedang kesusahan, beritahulah.
Kita ini kena ada juga simpati kepada diri sendiri. Kita sendiri pun tak ada tanya khabar, dan apabila kita susah, kita berharap adik beradik bantu kita tanpa diberitahu. Manusia ini sama sahaja, tak beritahu, takkan tahu.
Tak adil untuk marah, up di status cakap bukan-bukan begitu begini. Ada banyak hal yang perlu didengar dari 2-2 belah pihak.
Saya ingat semasa kami bantu gelandangan dulu-dulu, apabila kami tanya kenapa tak balik kampung sahaja? Katanya semua tak sayang, semua tak peduli.
Lalu kami berusaha dapatkan keluarganya.
Keluarganya datang ke Kuala Lumpur dan kami satukan. Sekitar 4 bulan tak pulang siap ada report polis bagai. Rupanya datang ke KL nak kerja, namun memilih sangat, dari sehari ke seminggu akhirnya kena pau sana-sini siap kena pukul. Mamat ini mula tidur di sekitar masjid negara. Kemudian ke mana-mana kaki lima.
Kita duk cakap, balik jelah, kan ada keluarga. Katanya “semua adik beradik sibuk, tak peduli tentangnya. Tak pernah tanya makan minum dia.”
Sudahnya dalam kepala dia, adik beradik tak peduli dia susah. Tak peduli angguk dia kalau dah sampai report polis bagai. Hangin aku.
Kawan-kawan, si gelandangan ini ada abang yang punya restoran hebat di Utara sana. Dan apabila kami temukan mereka ini, mereka beriya berpelukan. Emaknya siap tepuk-tepuk badan mamat itu macam tak percaya dia masih hidup. Kalau saya, elok lempangkan aja.
Hari ini, abangnya mesej, tunjuk gambar yang adiknya itu kerja dengannya. Payah sangat nak dapat kerja, ha kerja sekali jelah.
Abangnya cakap, “dengan adik beradik ni, kena beritahu kalau kita susah, memang takkan kita tahu kalau mereka tak beritahu. Dan kena rajin tanya khabar. Kalau tak, masing-masing akan bawa diri dan saling menyalah antara satu sama lain.
Tak adil tuduh yang senang itu selalu tak peduli. Sedangkan dia melihat adik beradik elok sahaja dengan kehidupannya.
Dengan adik beradik, benda kecil jadi besar. Lebih lagi kalau jenis yang biarkan syaitan hasut. Lagilah jadi benci kepada keluarga sendiri sampai sanggup hidup merempat dan buang keluarga.
Yang buruknya keluarga.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Menyayangi semua.
Kredit: Khairul Hakimin Muhammad