Kena Pulau Tak Pakai Beg Smiggle, Benar Atau Palsu? Penceramah Ini Kongsi Tangkap Layar Kisah Sebenar

Share

Pertama kali masuk sekolah, anak-anak tidak ketinggalan untuk bercerita pengalaman maisng-masing. Baru-baru ini viral anak mengadu pada ibu dia dipulaukan kerana tidak menggunakan beg sekolah jenama Smiggle.

“Allahu. Hari ni hari pertama anak sekolah. Tanyalah dia, adik OK tak sekolah hari ni? Dia jawab tak ada orang nak kawin adik sebab adik tak pakai beg Smiggle.

“Kesian anak aku, tak apalah nak, ada rezeki lebih nanti mama belikan ya,” tulis seorang wanita.

Dengan satu perkongsian mungkin menjadi tumpuan orang ramai, tetapi bila 3 posting dari 3 orang yang berbeza dengan ayat yang sama, agak pelik di situ, kan?

Penceramah dan pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi memuat naik bukti tangkap layar bahawa perkongsian itu palsu.

Seorang wanita dikenali sebagai Puteri Syazana Aimi mendakwa gambar beg tular tersebut dirakam sendiri olehnya dan tiada kaitan dengan kisah-kisah sedih ibu bapa murid-murid berkenaan.

“Kepada sesiapa yang jumpa tweet ni di Twitter atau Facebook, sila tolong report ya. Tu gambar saya upload kat Shopee untuk review, tak ada kaitan dengan Smiggle ke apa.

“Saya beli beg tu untuk anak umur tiga tahun bawa pergi playschool. Saya tak ajar anak saya guna barang branded walaupun kami berdua mampu. Admin akaun tu dah salah guna gambar tersebut. Sila bantu saya report kalau nampak lagi posting ini,” ujar wanita berkenaan.

Dalam pada itu, Akhi Fairuz juga turut berkongsi pendapatnya mengenai kisah itu. Tulisnya, kanak-kanak biasanya tidak kisah akan jenama beg, sebaliknya mereka lebih tertarik kepada rekaannya.

“Kalau satu post, mungkin kisah ini real. Tapi kalau tiga post dari orang yang berbeza dengan lenggok bahasa yang hampir sama, susah juga nak percaya benda ni betul.

“Lagipun anak-anak yang baru masuk darjah satu ni jenis tak memilih kawan. Ni pasal beg berbeza terus palau kawan nampak tak logik. Lagipun sekolah baru je bermula tiga hari lepas.

“Anak-anak masih lagi dalam fasa homesick, kejap-kejap keluar tandas, nangis nak mak, terkencing dalam seluar dan lain-lain. Marketing je semua ni, ujarnya di Facebook.

Tambah Akhi Fairuz, kanak-kanak biasanya tidak kisah akan jenama beg, sebaliknya mereka lebih tertarik akan rekaan beg tersebut.

“Budak kalau pasal beg, depa lebih prefer gambar pada beg, bukan jenama. Anak lelaki suka gambar dinosaur, Avengers dan lain-lain. Anak perempuan OK je kalau ada gambar Elsa, princess, Little Pony dan lain-lain.

“Namun, jika salah satu dari penulis ni membawa kisah yang benar, malang sekali pemikiran begini ada dalam jiwa anak kecil.

“Lebih malang lagi, siap compare jenis kereta parents, rasis dengan warna kulit yang berbeza dan lain-lain.

“Ketahuilah ini semua acuan orang dewasa yang diikuti oleh anak tanpa sedar,” ujarnya lagi.

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/