Hati mana yang tak terharu dan gembira bila mana ada yang mengambil berat di saat diri dilanda musibah. demikian juga dengan pelakon dan hos terkenal, Alif Satar yang kini sedang menerima rawatan akibat positif Covid-19.
Alif dalam laman instagramnya berkongsi rasa teruja apabila dihubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu memuat naik tangkapan skrin ‘video call’ mereka serta turut menerima sepucuk surat dan buku yang ditulis sendiri oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.
“ALHAMDULILLAH.. Alif terima semangat baru harini, terima kasih yang tak terhingga kepada YB @drzulkifli.albakri sudi bertanya khabar melalui facetime tadi,dan sempat kirimkan surat dan buku untuk alif baca sepanjang kuarantin.
“Masa video call tadi alif sangat terharu apabila DS Zul turut mendoakan kesihatan bukan saja untuk alif, tapi buat semua yang terjebak dengan Covid19. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak semoga Allah swt merahmati dan membalas jasa baik Ustaz Zul sekeluarga.. insyaAllah.” tulis Alif dikapsyennya.
Rata-rata yang membaca perkongsian mengucapkan syukur dan memuji keprihatinan Datuk Dr Zulkifli. Tak kurang yang mengatakan Alif bertuah disayangi ramai.
Nak cuci mata boleh lah ke SINI
Sumber: Alif Satar