Bagi yang baru bergelar ibu bapa pastinya teruja dan gembiranya apabila menimang cahaya mata pertama. Segala keperluan anak akan dibeli sempurna dan lengkap.
Namun gembira meraikan kedatang ahli baru dalam keluarga, ada cabarannya dalam tempoh membesarkan anak. Ia termasuk memastikan bayi cukup tidur. Biasanya waktu kritikal adalah semasa dalam pantang.
Bayi yang tidak cukup tidur mudah meragam. Malah jika dibiarkan berlarutan boleh menjejaskan kesihatan. Jika ibu tidak mendapat rehat yang cukup akan menjejaskan penghasilan susu ibu dan kesihatan yang boleh mengakibatkan tekanan perasaan.
Sudah tentu kita akan mencari alternatif untuk memastikan bayi tidur lena pada masa yang sama ibu juga dapat berehat. Jika dahulu, buaian gantung adalah alternatif untuk membuatkan bayi tidur dengan lena.
Kini terdapat pelbagai peranti moden untuk tidurkan bayi dengan selamat. Kebanyakan buaian bayi telah pun diubahsuaian rekabentuknya supaya lebih menarik, mudah dialihkan dan selamat untuk postur badan bayi semasa dalam buaian.
Ekoran ini memberikan yang terbaik buat anak ada yang sanggup berhabis ratusan, malah ribuan ringgit untuk membeli peranti ayunan yang sesuai untuk bayi baru lahir.
Basinet ini adalah antara alat bantu untuk mengelak bayi terjaga dan menangis waktu malam. Cara ini dapat membantu anda sudah kepenatan kerana bekerja sepanjang hari di tempat kerja atau menguruskan rumah.
Apa yang pasti, untuk peringatan secara puratanya, bayi perlu bangun dan menyusu setiap 2-4 jam. Kadang-kadang sampai terpaksa mereka dikejutkan supaya ibu dapat menyusu.
Ads
Menarik tentang basinet, seorang wanita yang berkongsi mengenai sejenis buaian moden ‘basinet’ yang mencecah harga hingga RM7,000.
Dalam video TikTok yang dikongsikan semula ke Twitter oleh pengguna Amirah Amir, seorang lelaki menunjukkan bayinya sedang tidur lena di dalam basinet sementara isterinya tidur lena di sebelah.
Menurut lelaki itu, dia menyangka isteri kurang waras apabila ingin membeli basinet berharga $1,500 itu. Namun apabila dia melihat anaknya tidur sepanjang malam tanpa terjaga, lelaki itu percaya pelaburannya itu berbaloi.
Tular dengan harga yang mahal, netizen memberikan pelbagai pandangan.
Pelaburan berbaloi!
Ads
Tetap kena kejutkan bayi baru lahir untuk menyusu
Bagaimana pun perlu pastikan bayi bangun untuk menyusu susu ibu pada tempoh tertentu.
Keluarga: Jika ada bajet, ia pelaburan yang berbaloi buat anak pertama. Peranti akan digunakan untuk anak seterusnya. Apa pun ikut kemampuan masing-masing.
Menyedari isteri begitu meminati penyanyi Anuar Zain, semalam pelakon kacak Fizo Omar telah melakukan kejutan kepada isteri tercinta Mawar Karim.
Mawar yang sedang menjamah hidangan di kediaman kawan mereka, terkejut setelah Anuar Zain muncul.
Aksi sepontan Mawar telah mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan apabila Mawar terus memusingkan badan kebelakang dengan riak wajah gembira melihat penyanyi kesayangan ramai itu.
Rumah adalah syurga dunia buat kita lantaran itu, ramai yang sanggup menyediakan peruntunkkan untuk menghias rumah.
Ruang kediaman yang ditata hias cantik pastinya memberi aura yang positif buat kita. Ruang yang kemas dan tersusun sudah tentu sedap dipandang mata. Bayangkan penat balik daripada bekerja melihat rumah yang kemas, sudah pasti hilang segala lelah. Itu yang dikatakan rumahku syurga ku!
Jadi tak mengapa jika rumah itu kecil saiznya. Bukan jadi penghalang untuk dekorasi menjadi sempurna. Jika ada kreativiti dan padanan yang sesuai pasti berhasil!
Begitulah yang dipaparkan oleh puan Nur Esyima menerusi Deco Rumah Cara Jimat. Nyata rumah kecil tidak menjadi penghalang minat untuk dekorasi rumah. Lihat haslinya memang superb!
Jom kita cuci mata hasil kreativiti beliau. Mana tahu boleh jadi inspirasi buat kita semua!
Buat yang tercari-cari dekorasi yang simple tapi nice, inilah salah satu dekorasi yang boleh dijadikan panduan.
Bertuah apabila dikurniakan suami yang rajin. Itulah yang amat didambakan kaum isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja. Saling membantu menguruskan rumah tangga bersama.
Lebih-lebih lagi kalau suami jenis yang kreatif dalam menghias rumah. tak perlu tunggu modal yang banyak, sebaliknya dengan bakat yang ada pada suami, banyak yang boleh dijimatkan.
Demikian yang dikongsikan oleh Hidayati Bohkharimenerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri rak sinki dan table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.
Projek diy rak sinki & table top BAJET
Alhamdulillah berjaya jugak en suami merealisasikan impian bini dia.. Nak table top dan rak sinki idaman hati.. 😁😁 Kire nie advanced hadiah anniversary ke 8 lar kot yer cyg @ziezan09 .. 😂
Disebabkan dapur rumah nie tak berapa nak besar…dan ruang pun sangat terhad..maka tercipta lar idea nak buat rak bajet nie.. Setelah lebih kurang 3 tahun kiterang buat survey (nampak tak berapa lama punya pikir) tambah tolak kos ape semua maka en suami memilih utk diy sendiri rak bajet..Lebih sentimental value katanya… 😍
Nama pun rak bajet kan so bahan² yang digunakan untuk rak bajet nie kiterang beli kat IKEA masa sale 11.11 aritu..nie kira² untuk rak bajet lebih kurang 10 kaki ye guysss..
1. Para² RM50 (ada 2 unit) – beli 3
2. Tiang kayu RM20 (ada 2 unit) – beli 2
3. Penutup / kaki kayu RM5 (ada 2 unit) – beli 4
4. Sinki 2 mangkuk RM100 (cari kat mudah)
Total kos : RM 310
Hasilnya ada pada gambar yang last.. Macam mana? ON x ON rak bajet nie..? 😁😁
Before.. 3 tahun kot setia dengan sinki pemaju.. 😄Before.. Just pakai meja banquet utk letak bibik korea & king topAfter.. Lepas pasang rak dan sinkiAfter 70% hampir siapAfter Helokkkk pulak #bibikkorea & #kingtop duduk bersanding kat situ yer.. 😂After Amacam..? ONzzzz tak..?
#diykitchen
#ikeaideas
#rakbajet
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...