Kena Kuarantin 14 Hari, Ni Fakta Sainsnya. Perlu Akur, Ia Bukan Suka-suka!

Share

Tindakan segelintir yang ambil ringan tentang perlunya kuarantin 14 hari  bagi individu yang terdedah kepada virus covid-19, nyata ianya cukup membimbangkan.

Hakikatnya, ada sebabnya perlu mengasingkan diri hingga 14 hari tanpa perlu pergi ke mana-mana. Dan ini dijelaskan melalui fakta sains yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia, semoga dapat pencerahan dan kefahaman untuk semua agar patuh arahan kuarantin 14 hari.

Sains Disebalik Kuarantin 14 Hari

Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid-19 kini diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 14 hari. Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid-19 dan juga Individu yang baru pulang dari negara luar.

1. Mengapa 14 hari? Bukan 10 hari atau 7 hari?

Ini adalah kerana tempoh pengeraman virus (incubation period) bagi virus ini adalah antara 4-5 hari sehingga 14 hari.

Kajian juga menunjukkan, 97.5% individu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala pada hari ke 11 selepas dijangkiti.

Gambar hiasan

2. Selepas ujian kali pertama, adakah bermakna individu tersebut telah bebas sepenuhnya dari jangkitan?

TIDAK, walaupun telah disahkan NEGATIF pada ujian kali pertama, individu tersebut masih perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

3. Bilakah seseorang individu boleh dibebaskan sepenuhnya dari tempoh kuarantin?

Pada hari ke 13, ujian ulangan akan dilakukan pada semua individu yang didalam pemantauan. Sekiranya ujian ulangan ini NEGATIF, pembebasan akan diberikan pada hari ke 14.

Gambar hiasan

Adakah sesiapa terkecuali dari menjalani proses kuarantin ini?

Pada 25 Mac 2020, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menjalani kuarantin wajib setelah 7 petugas istana dikesan postif Covid-19

Pada 22 Mei 2020, PM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari setelah salah seorang pegawai yang menghadiri menyuarat pasca kabinet disahkan positif.

Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Bersama kita patuh dan mengambil langkah pencegahan untuk mengekang penularan jangkitan.

Sumber: WHO- Transmission of SARS-CoV-2 , Implications for infection prevention precautions

Creadit : Public Health Malaysia