Sejak minggu lepas, ramai antara kita dah mula membuat open house untuk menjemput kawan-kawan datang ke rumah.
Memang benar, untuk mengadakan majlis open house memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Lantaran itu, diharap tetamu dapat makan dengan sebaik mungkin untuk mengelak pembaziran.
Sebagaimana perkongsian oleh doktor ini dilaman facebooknya, Kamarul Ariffin Nor Sadan
yang beranggapan tetamu perlu mengambil makanan secara sederhana untuk mengelak daripada pembaziran.Ikuti perkongsian ini untuk peringatan bersama.
Boleh tak tetamu hentikan pembaziran
Dah beberapa rumah terbuka aku pergi, kalau ada hidang sate, mesti ada orang ambil banyak dalam pinggan, tuah kuah kacang berladung dan akhirnya tak habis.
Lepas tu dia balik, biar sate tu atas meja. Aku yakin benda tu sampai ke sudah tak ada orang makan sebab tetamu lain mesti tak lalu nak makan sisa orang.
Tuan rumah terpaksa buang. Sedih tahu tak nak buang makanan yang kita niat nak jamu orang. Kadang-kadang boleh makan hati.
Boleh tak kita sebagai tetamu hentikan pembaziran macam ni?
Mohon sedar, semakin banyak kita buang rezeki, semakin sempit pintu rezeki buat kita. Sampai satu tahap, mungkin akan tertutup terus.
Bila sampai tahap itu, tak mustahil kita akan sanggup geledah tong sampah, mengharap ada rezeki untuk kita di situ.
Jadi, tak usah tamak. Ambil berpada-pada, jika tak cukup baru ambil lagi.
Moga perkongsian ini menjadi manfaat bersama untuk mengelak pembaziran. Moga kita menjadi tetamu yang tahu adab apabila ke open house.