Kena Jaga Pemakanan Keluarga. Motivasi Sungguh Perkongsian Doktor Ini!

Share

Apa yang ibu ayah makan, adalah cerminan kesihatan anak masa hadapan. Pemakanan sihat bermakna anda sihat dan sebaliknya. Oleh itu, tidak mustahil dikatakan, penyakit itu diwarisi oleh pemakanannya yang tidak sihat. Sehingggakan anda perlu menyediakan kos perubatan untuk anak-anak. Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahma  sungguh motivasi.

Ramai yang bertanya kepada saya tentang caj kansultasi doktor di klinik swasta yang meningkat.

Saya faham situasi di mana sekarang kita terpaksa membayar lebih mahal untuk segala keperluan kita.

Baru-baru ini seorang rakan yang sebelum ini mendapat ubat aspirin dari pihak hospital. Dia membeli ubat tersebut di farmasi. RM35 sekeping. Berbanding dengan RM10 kira-kira lima tahun lalu.

Jadi bukan saja konsultasi yang akan meningkat, tetapi juga harga ubat-ubatan juga telah lama meningkat.

Cuma ada yang tak merasakannya sebab rawatan yang diterima, dibayar oleh majikan.

Apatah lagi rawatan di hospital. Dulu di hospital kerajaan, kesemua kemudahan perubatan hampir percuma. Sekarang tidak lagi. Walau pun dengan harga subsidi, masih dapat lihat peningkatan caj.

Kalau hospital swasta, jangan cakaplah.

Family preparing food together

Jadi apa yang kita perlu buat?

Kita rakyat Malaysia sudah perlu lebih memberikan perhatian kepada pencegahan penyakit. Kaedah pencegahan penyakit telah lama kita tinggalkan dalam kehidupan kita. Kita banyak tumpukan kepada pendekatan rawatan penyakit.

“Ala apa susah, bil kesihatan saya ditanggung oleh majikan. kalau masuk hospital, pihak insuran akan membayarnya”

Tetapi bila kita sudah sakit, kualiti hidup kita sudah tidak seperti dulu.

Kita mungkin bertongkat, kita mungkin tidak boleh lagi memanjat bukit atau tangga, kita mungkin lagi tidak boleh bercuti ke mana-mana.

Apakah pencegahan penyakit itu terlalu sukar?

Tidak. Ia sebenarnya cara kita menjalani kehidupan ini dengan menukar dan memilih cara yang lebih sihat dan bermanfaat.

Selama ini kita kurang minum air kosong, kita kurang berjalan kaki, kita tidak cukup tidur, kita banyak makan makan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, jiwa kita sentiasa resah dan stress dan kita membenci sayur-sayuran.

Mulakan secara perlahan-lahan sistem kehidupan kita. Penyakit kronik tidak dapat dengan tiba-tiba.

Hari ini kita makan burger yang kaya dengan daging dan lemak, esok kita tidak jatuh sakit, kecuali kita telah mempunyai masalah kesihatan.

Penyakit datang secara beransur-ansur. Dalam pada masa yang sama kita telah menerapkan budaya cara hidup yang tidak sihat pada anak-anak kita dengan memberikan contoh yang tidak baik.

Sebagai contoh ketika kita berumur 50an kita sudah diserang sakit jantung, pada masa itu mungkin anak-anak yang berumur 20-30an kita sudah mengikut cara pemakanan kita dan mereka juga mungkin mendapat akan serangan jantung selepas 10-15 tahun lagi.

Jadi tidak hairanlah kalau ada yang kata “serangan jantung saya ini diwarisi” dari ayah saya.

Pernah dengarkan? Ya kita sebenarnya warisi sistem cara hidup salah sehingga kita hampir pasti mengikuti destitasi yang sama dengan ayah kita.

Jadi bertukarlah dengan memilih cara pemakanan dan kehidupan yang lebih baik. Kita wriskan cara kehidupan dan pemakanan yang bermanfaat.

Saya sendiri bila berumur akhir 40an ini sangat berhati-hati memilih makanan. Alhamdulillah saya amalkan satu sudu minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Rasa lebih sihat dan bertenaga.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad