Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew baru-baru ini berkongsi kisah keluarga yang tinggal di jejantas. Atas keprihatinan dan usaha Ustaz Ebit Lew berjaya mendapat rumah sewa untuk keluarga ini.
Sebak rasa seharian carikan rumah untuk adik ni dan mak ayahnya. Dapat rumah 1 bilik. 1 ruang tamu dan ada dapur dan tandas semuanya. Saya bayarkan rm500 sebulan dari tuan rumah. InsyaAllah saya akan terus bayar bulan-bulan selagi mampu insyaAllah. Saya bagi free jer pada mereka. Bila tengok adik ni berlari-lari main mainan patung hadiah dari anak saya. Sebak menangis rasa hari ini. Ubat hati ini semalam tengok tidur di jambatan alas kotak.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit Lew turut meluahkan rasa terkilan kerana hasrat seorang lelaki untuk memberikan keluarga ini tinggal di rumahnya secara percuma dihalang oleh pengurusan kediaman berkenaan.
Tadi ada seorang abang bagi rumahnya free. Dia berada di oversea. Tapi kawasan kondo tu kena halau pula. Sedih gak. Takperlah. Katanya undang-undang. Ya Allah selalu begitu pandangan orang pada orang miskin dan gelandangan. Tuan rumah bagi. Tapi ajk tak bagi. Susah juga call sana sini. Banyak protokolnya.
Saya dah biasa kena halau bila bawa adik jalanan atau gelandangan pergi shoping. Hati saya dah lali kena halau ini. Luka sikit tapi cepat jer pulih. Kena halau dalam dunia ini takper. Jangan kena halau di akhirat.
Syukur kawan-kawan bantu. Terima kaseh abang azman dan semua kawan-kawan yer. Terima kaseh tuan rumah baik hati bantu masuk malam-malam ini. Saya doakan semua yang bantu Allah rahmati dan kasih sayangnya. Saya dah hadiahkan tikar,toto, bantal,tilam dan barang dapur. InsyaAllah esok hantar lagi barang-barang lain.
Sabarlah yer abang kakak. Kita mungkin buat silap dan kadang orang pandang rendah. Tapi kita hidup untuk Allah sayang. Saya doakan Allah bantu abang dengan kakak yer. InsyaAllah Allah Maha Baik. ALLAH Maha Mengetahui
Terima Kasih Kepada Pengerusi JMB XXXXX HEIGHT CONDOMINIUM serta AJK nya di atas layanan yang mendukacitakan,kami medoakan supaya kamu sentiasa dilindungi serta dirahmati oleh Allah S.W.T
Perbincangan menemui jalan buntu,kami di arahkan supaya meninggalkan tempat itu atau bahasa halus nya di HALAU.
Isu nya adalah budi bahasa.Jaga lah budi bahasa kamu ketika bertutur..hormati orang lain tanpa mengira bangsa,pangkat dan usia.
Perwatakan serta pertuturan seperti kamu itu lah yang membuatkan orang yang bukan Islam takut untuk mendekati Islam bahkan orang Islam sendiri akan menjauhkan diri.
Ya kami mengalah..mungkin itu semua dah di tentukan Oleh Nya..
Syukur Alhamdulillah…dapat merasa UJIAN Bersabar dari Allah bersama-sama Ustaz Ebit..😊😊
Semoga semua yang terlibat pada malam itu mendapat Hidayah Dari Allah..
Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.
Sumber: Ebit Lew