Kena Didik Anak Yakin Diri Supaya Elak Masalah Anak Yang Tak Boleh Berenggang

Share

Nak tahu tak masalah risau apabila berpisah dengan ibu bapa dikenali sebagai separation anxiety. Ia adalah perasaan tertekan atau perasaan bimbang yang dialami oleh kanak-kanak apabila dipisahkan daripada penjaga terutamanya ibubapa.

Malah perasaan ini dibawa sehingga anak memasuki tadika.Malah ada sehingga ke darjah satu! Ikuti perkongsian Doktor Taufiq Razif mengenai hal in bila anak tak boleh berenggang

KISAH ANAK YANG TAK BOLEH BERENGGANG

Si Solahuddin ni memang cepat cuak kalau Ummi dan Abinya tak ada depan mata. Mula la nak meraung dan menangis.

Ummi dia nak pergi tandas je pun dia meraung sampai satu taman boleh dengar! Bila nampak je Ummi dia, dia terus berhenti nangis dan sengeh-sengeh macam tak ada apa yang berlaku!

Tuan Puan, ini lah namanya SEPARATION ANXIETY.

Nak taknak kita kena terima inilah ujian sebagai ibubapa. Benda ni normal je sebab anak kita tak faham lagi tentang ‘ Object Permanance ‘. Bagi mereka, apa yang tak ada depan mata tu, memang tak ada!

Tak boleh nak salahkan mereka juga sebab tu memang fasa perkembangan anak umur 8 bulan hingga 2 setengah tahun.

Apa yang kita kena tahu bab SEPARATION ANXIETY ni?

1. Tu sebenarnya tanda yang bagus sebab tu bermakna anak kita dah develop attachment dengan kita. Sayang sangat la tu kononnya.hehe

2. Separation anxiety ni biasanya akan hilang sendiri asalkan kita pandai yakinkan anak kita bahawa ketiadaan kita tu tak menyakitkan emosi mereka pun

3. Sebelum nak tinggal anak ke pengasuh kena la cukupkan dulu keperluan fisiologi mereka. Bagi susu dulu ke mandikan mereka dulu ke. Baru la mereka tenang sikit nak ditinggalkan pun.

4. Jangan mungkir janji! Kalau cakap nak pergi sekejap, kena pergi sekejap je. Anak cuma akan develop confidence bila dia tahu kita takkan mungkiri janji kita je.

Tolong ajar ilmu ni pada mak ayah yang belum tahu ye. Ilmu ni sangat-sangat penting pada mereka.

p/s : Boleh join Telegram Parenting saya di sini : t.me/NotaTaufiqRazif