Kena Cuba Bahan Ini Jika Mahu Tangan Dan Kuku cantik Macam Julia Roberts.

Share

Kalau namanya wanita, memang tidak sah kalau bercakap soal kecantikan. Tidak hanya tertumpu pada wajah semata-mata, bahkan seluruh badan  menjadi perhatian.

Pendek kata daripada hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan cantik semata-mata, tapi bab kesihatan juga penting.

Salah satu anggota yang paling banyak bergerak dan digunakan adalah tangan. Orang kata kalau tangan kasar sebab banyak buat kerja rumah. Jadi, kalau nak pakai losyen tidak cukup.

Apa kata amalkan rendam tangan dalam minyak zaitun ‘extra virgin’ seperti Julia Roberts kalau nak tangan dan kuku yang cantik. Lihatlah hasilnya nanti bagaimana. Selamat mencuba!

Sumber: Wanista