
Kalau namanya wanita, memang tidak sah kalau bercakap soal kecantikan. Tidak hanya tertumpu pada wajah semata-mata, bahkan seluruh badan menjadi perhatian.
Pendek kata daripada hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan cantik semata-mata, tapi bab kesihatan juga penting.
Salah satu anggota yang paling banyak bergerak dan digunakan adalah tangan. Orang kata kalau tangan kasar sebab banyak buat kerja rumah. Jadi, kalau nak pakai losyen tidak cukup.
Apa kata amalkan rendam tangan dalam minyak zaitun ‘extra virgin’ seperti Julia Roberts kalau nak tangan dan kuku yang cantik. Lihatlah hasilnya nanti bagaimana. Selamat mencuba!
Sumber: Wanista
Bernafas Dengan Betul Buat Rasa Tenang. Ada Caranya Boleh Praktik & Rugi Kalau Tak Buat!

Melunaskan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu diakui memang bukan tugas mudah. Terkadang terasa juga stres jika tidak dikawal dengan baik.
Semasa stres, umumnya pernafasan kita menjadi cepat dan ini menyebabkan pembuluh darah mengecut lalu mengurangkan kadar karbon dioksida dalam badan.
Oleh itu, amat penting untuk kita tahu teknik pernafasan yang betul ketika menangani situasi tegang atau stres.
Nak tahu lanjut, jom kita baca perkongsian daripada Dr Azima untuk manfaat bersama.
Tahukah anda teknik pernafasan yang betul dapat dapat membantu anda melalui hari-hari anda dengan lebih baik.
Ia mungkin kelihatan mudah dari situasi yang sebenar.
JOM kita mulakan
• Duduklah dengan selesa, kemudian tutup mata.
• Longgarkan otot-otot badan anda dari kaki hingga ke kepala.
° Pejamkan mata anda, relax kan diri.
• Seterusnya bernafaslah melalui hidung dengan perlahan-lahan dan tumpukan kepada pernafasan anda. Lakukan dengan kiraan 8 atau 8 saat.
° Semasa menarik nafas anda boleh membuat kiraan secara perlahan-lahan serta berzikir menyebut nama Allah.
° Pastikan perut anda mengembung. Tahan selama 4 saat.
° Lepaskan nafas secara perlahan-lahan dalam kiraan 8, sehingga perut sekempisnya. Berzikir dengan nama Allah semasa menghembus nafas.
• Lakukannya selama 5 minit
• Anda boleh membuka mata selepas selesai duduklah sebentar dan jangan terus berdiri.
Ia mampu mengganggu konsentrasi atau rasa mengah jika dilakukan teknik ini selepas makan kerana ia perut masih penuh serta ketenangan fikiran.
Sumber : Dr Azima
Jom Buat Aiskrim Macam McFlurry McD. Rasanya Memang Layan, Sedap!

Sebut sahaja Mcflurry Oreo McD mesti sudah ada yang dapat membayangkan betapa enak akan rasanya. Teksturnya cukup lembut dan ditambah pula dengan kesedapan rasa dan kerangupan biskut oreo, menjadikan aiskrim Mcflurry Oreo McD ini cukup istimewa.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai menggemarinya dan bukan hanya di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa juga. Malah boleh dikatakan seisi keluarga pasti akan menggemari aiskrim nan satu ini.
Oleh itu, sebagai ibu mungkin ada yang terdetik di hati untuk membuat sendiri aiskrim ala-ala Mcflurry Oreo McD ini. Kiranya dapatlah dinikmati bersama seisi keluarga pada bila-bila masa yang diinginkan. Mungkin juga terlintas di fikiran, jika dapat dibuat sendiri lebih menjimatkan!
Oleh itu, ketahui resipi dan cara menyediakannya.
Bahan-bahan :
Oreo vanila-hancurkan
1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
11/2 gelas susu cair (ikut kecairan atau kepekatan yang dikehendaki)
1 sudu ovalette (pastikan halal)
Sedikit esen vanila
Cara penyediaan :
- Putar susu pekat, susu cair, ovalette dan asen vanila hingga gebu.
- Masukkan oreo dan gaul rata.
- Masukkan dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk (freeze)
- Sedia untuk dimakan.
OVALETTE TU APA BENDA?
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.
*boleh beli dekat kedai kek
Sumber : http://shasafiez.blogspot.com/…/cara-buat-aiskrim-orea-maca…
Lebihan Nasi Jangan Dibuang, Boleh Jadikan Keropok Homemade Tau. Sedap & Berkhasiat Untuk Anak-Anak Ni!

Sayang pula jika lebihan nasi dibuang begitu sahaja. Selain dijadikan nasi goreng untuk esok paginya atau kuih apam, ibu-ibu boleh jadikan ia keropok pula. Resipi ini dikongsikan oleh Widyana Ali.
Ramai tak tahu bahawa kita boleh buat keropok dengan nasi. Kalau ada nasi lebih, jangan buang tau. Sayang nasi tu. Boleh cuba resepi keropok nasi ni. Sedap sangat dan juga berkhasiat . Anak- anak suka makan.
Jom cuba resepi saya. Resepi keropok nasi by Widyana Ali.
Bahan:
Nasi lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
Garam pink secukup rasa
Serbuk bawang putih
Cara:
- Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam.
- Blend nasi tadi hingga hancur,masukkan garam dan serbuk bawang putih.
- Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal.
- Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor.
- Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak.
- Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
- Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong.
- Lepas dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis.
- Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering.
- Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.
Selamat mencuba. ?
Nota: Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.
Sumber: Widyana Ali • Healthy Life