Kena Cantik Luar Dalam Menjelang Raya, Tiga Perkara Yang Wajib Wanita Berkahwin Amalkan!

Share

Wanita yang sudah melahirkan anak memang banyak pantang larangnya jika mahu badan kembali cantik dan sihat. Bukan cantik luaran sahaja, paling penting jaga kesihatan dalam.

Ada banyak cara yang harus diamalkan untuk pastikan badan wanita lebih sihat, tidak masuk angin dan sakit-sakit berpanjangan. Apa yang harus diamalkan? Perkongsian seorang pengamal urutan tradisional yang telah mengamalkan dua perkara ini patut kita contohi. Apa tiga perkara tersebut?

Jangan Duduk Bersila
Ketika berpantang jangan sesekali duduk bersila sebaliknya wanita berpantang kenalah duduk bersimpuh dan merapatkan paha serta kedua belah kaki sentiasa. Bukan hanya lepas pantang malah amalkan cara ini sampai bila-bila. Kalau duduk bersila anda sendiri boleh rasa ngilu dan tak selesa. Jadi untuk pastikan kawasan sulit ini mantap dan sentiasa hebat, elakkanlah duduk bersila. Bersimpuhkan lebih sopan.

Posisi Tubuh Tegak

Menurutnya lagi, bagi memastikan perut tidak buncit dan lebih rata, pastikan ketika duduk samada di atas kerusi atau hanya di lantai, jagalah postur tubuh. Pastikan tubuh tegak dan jangan membongkok.

Ketika menyusu anak atau ketika bekerja di pejabat, tegakkan tubuh dan postur. Apabila tubuh tegak, ia akan menarik otot-otot sekeliling terutama bahagian perut. Masalah sakit belakang juga akan dapat diatasi dengan cara ini.

Amal Jus Kunyit Halia
Selain amalkan dua cara ini, makanan dalaman yang sihat juga harus diamalkan semua wanita berkahwin. Katanya urat wanita selepas berkahwin berbeza dengan ketika masih belum berkahwin.

Ramai wanita ambil mudah masalah ini. Jika tiada kos untuk membeli produk di pasaran, hanya amalkan jus rebusan kunyit bersama beberapa bahan lain sebagai minuman wajib. Boleh cuba tiga bahan ini untuk semua wanita.

Bahan-Bahan:
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 sudu makan gula melaka
Air secukupnya

Caranya mudah sahaja iaitu dengan merebus kesemua bahan ini dan jadikan sebagai jus harian. Lebih hebat lagi, campurkanlah sedikit manjakani di dalamnya dan minumlah setiap hari. Dengan cara ini, masalah angin akan dapat diatasi malah dalaman wanita juga lebih kuat!